Thursday, April 29, 2010

HARGAILAH HIDUP INI!!

PESAN ROH KEPADA MANUSIA HIDUP!!

APABILA roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan, sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.


“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.” Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanaku.


"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."

HARGAILAH HIDUP INI!!

“Hargai” adalah satu perkataan yang kita akan ingat bila kita hilang sesuatu. Ianya bukan hanya dimaksudkan dalam percintaan sahaja tetapi dalam segala apa yang kita lakukan. Bagi aku, hampir terlupa tentang perkataan ini sehingga bila aku mula ingat kepada perkataan ini segalanya sudah terlambat.

Sebagai contoh, masa kita mempunyai keluarga dan Ibu Bapa, kadang-kadang kita lupa menggunakan ruang dan waktu untuk bersama mereka, mungkin sengaja atau tidak disengajakan. Ini mungkin kerana kita lupa kepada perkataan HARGAI. Tetapi kalau kita selalu ingat perkataan HARGAI mungkin kita tidak akan sengajakan. Bagi aku HARGAI apa yang ada disekeliling kita adalah satu permulaan untuk ingat kepada HARGAI. Janganlah bila sampai masa kita kehilangan dengan salah seorang ahli keluarga, baru kita mula berfikir “kalau aku tahu jadi begini, pasti aku akan lebih menghargai masa lalu.” Jika kita baru teringat sebegitu, mungkin kita akan berasa menyesal. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Aku teringat pulak lirik lagu Rabbani yang menyebut;

INGAT 5 PERKARA SEBELUM DATANGNYA 5 PERKARA

Kena Diingat Lima Perkara
Sebelum Tiba Lima Perkara
Semoga Hidup Aman Bahagia

Waktu Lapang Buatlah Amalan
Sebelum Sibuk Pelbagai Urusan

Waktu Senang Beringatlah
Sebelum Tiba Waktunya Susah

Bila Sihat Jagalah Badan
Sebelum Derita Sakit Tak Keruan

Jika Kaya Bermurah Hati
Dapat Pahala Menolong Orang
Jikalau Miskin Apa Pun Tak Ada

Waktu Kita Hidup Di Dunia
Sediakan Bekalan Sebelum Mati
Walaupun Susah Banyak Halangan
Tabah Dan Sabar Allah Kan Sayang

TAKDIR ITU MILIK ALLAH

Hidup ini bukan selalunya manis, juga, tidak selalunya terang. Ibarat malam dan siang kadang-kadang malam pun tidak berbintang, gelap gelita.

Siang yang terang benderang tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan adakalanya mengakibatkan bencana banjir.

Semuanya dijadikan Allah untuk menguji hamba-hambanya dan setiap ujian itu ada hikmahnya, bagi orang-orang yang sabar serta redha di atas segala dugaannya!!

UNTUK RENUNGAN !!

Afiq & Ayesha

Wednesday, April 28, 2010

APA YANG TAK KENA DENGAN PENIAGA-PENIAGA KECIL MELAYU??

Salam Sdr/Sdri,

Daripada pemerhatian saya mengenai peniaga-peniaga melayu terutamanya peniaga-peniaga kecil tak kiralah berniaga apa sekali pun sebenarnya; pertama kita kekurangan pengetahuan dlm perniagaan yg nak dibuat. Kita selalu terikut-ikut kalau org buka kedai makan kita pun buka kedai makan, kalau jual char kue teow ada pulak yg buat char kue teow, jual jambu 88 semua jual jambu 88,99, dan macam2 lagi. Jadi gerai-gerai macam cendawan tumbuh. Kemudian kita tak nak belajar & ikut cara tersendiri. Service & kebersihan ikut dan je. Kalau pelanggan tegur kita marah balik, sedap ke tak sedap ke tak peduli janji dpt duit. Kedua, kekurangan modal. Jadi terpaksa gunakan yg perlu sahaja dan tak kira kat mana nak berniaga kadang-kadang kerusi meja yg putih dah jadi hitam. Bila dpt pinjaman gunakan utk yg lain & bukan utk tujuan modal pusingan perniagaan. Ketiga, tak mahu bekerjasama & tolong menolong sesama sendiri dan selalunya timbul perasaan hasad dengki jadi mulalah bermasam muka dan mulalah gunakan khidmat bomoh dan ilmu hitam (BMW) Keempat, kalau nak berniaga juga jgn duduk disatu-satu tempat jual la kat pasar malam ke, pasar tani ke, karnival usahawan ke yg bergerak dari satu tempat ke satu tempat, jadi tak sempat nak bergaduh atau bermasam muka. Ambil pengalaman dan belajar selok belok berniaga dulu kemudian barulah buka kedai atau restoren ke. Kalau dah ada perkara 1,2 & 3 boleh la terus berniaga.

Bukan la semua peniaga-peniaga melayu macam ni, ada yg dah berjaya pun & dah buka cawangan dimerata-rata tempat. Kepada yg dah berjaya tu bantu-bantulah pulak peniaga-peniaga kecil ni & berilah bimbingan. Barulah perniagaan anak bangsa kita akan maju dan berkembang.

Sekian, untuk renungan dan kita fikirkan bersama..!!


Monday, April 26, 2010

KENANGAN MENGUSIK JIWA-SAMBUTAN HUT RAJD KE 57

Pada 21 dan 22hb. April, 2010 yang baru lalu, aku mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur untuk sambutan HUT RAJD Ke 57. Pada mulanya ramai yang ingin turut serta, melebihi 50 orang. Ketua rombongan En Abd Rani Ibrahim dah pening kepala, bas hanya muat untuk 40 orang saja. Tetapi saat-saat akhir ada yang tarik diri, jadi ketua rombongan legalah sikit kerana yang nak pergi hanya 35 orang sahaja. Aku pergi juga ke KL tetapi dengan kereta sendiri bersama dengan Mej (B) Nazlan & Kapt (B) Azhari (Ex-Sappers juga ni geng lama di 9 Skn RAJD). Kebetulan singgah di R & R Gunung Semanggol kami berjumpa dengan rombongan ini. Mantan Ketua Jurutera, Dato’ Jamil & Datin pun ada sekali dan kami sempat berbual sambil makan tengahari sementara menunggu solat zohor.

Sambil makan kami memerhatikan gelagat anggota tentera mundar mandir disitu. Apa yang kami perhatikan ialah cara mereka memakai uniform, ada yang hanya pakai seluar uniform dan T Shirt, baju dibuka dan diletakkan di atas bahu dan ada juga yang memakai baju tetapi dibiarkan terbuka. Cara pemakaian uniform sebegini tidak mencerminkan sebagai seorang tentera yang berdisiplin lebih-lebih lagi ditempat-tempat awam sebegini. Kalau diperhatikan juga terutamanya di Sg Petani dipusat-pusat membeli belah tidak kira waktu, samada waktu kerja atau selepas waktu kerja kita akan nampak mereka berpakaian begini. Kata Dato’ Jamil, kalau dulu nak keluar kem samada dengan uniform atau awam kita akan berpakaian lengkap dan akan diperiksa sebelum keluar dari pintu ‘Guard Room’ dan kita berbangga dengan uniform kita. Aku juga masih ingat peristiwa dimana aku telah ditegur oleh seorang pegawai kanan kerana tidak memakai beret semasa berada dalam Landrover dalam perjalanan dari KL ke Utara. Waktu zohor pun dah masuk dan selepas menunaikan solat zohor kami pun berangkat menuju ke KL.

Kami tiba di Kem Batu Kentonmen jam 6.00 petang dan disambut oleh Mej Hj Sabri Ali dan Mej Subramaniam di Wisma Perwira dan menikmati minum petang yang disediakan oleh 91 Rej Bina RAJD. Kami teringat pula masa-masa dalam perkhidmatan dulu disinilah tempat kami tinggal. Kini hanya tinggal kenangan mengusik jiwa…!! Selepas solat maghrib, kami diraikan pula dengan jamuan makan malam bersama dengan Ketua Jurutera. Kami berkesempatan bertemu dengan rakan-rakan lama yang dah bersara dan juga yang masih dalam perkhidmatan. Banyak yang dibualkan sambil mengimbau kenangan lama. Aku berkesempatan juga bertemu dengan Lt Kol Kamarudin Jani JP&P dan Mej(B) Tajul Hashnan Ghazali yang kini orang kuat di SPNB(Intake sekupang), dan juga Kapt (B) Harris Hussain senior kami masa di AFATS dulu (Intake 8). Aku juga dapat bertemu dengan pegawai yang banyak mengajar aku dan juga sahabat baik aku, Kol Abu Sufian Ahmad yang sekarang ni sebagai Atache di Turki, banyak yang kami bualkan dan rasanya malam tersebut terlalu singkat sebab esok masing-masing nak menghadiri perbarisan pulak. Sedang aku berjalan balik kebilik, aku diajak pula oleh Mej Zamri, Rani & Lt Kol Redo Abduh Abd Hamid untuk pekena teh tarik dan kami berbual panjang mengimbau peristiwa-peristiwa semasa kami di 72 Skn RAJD di Taiping.

Pada keesokannya kami semua berkumpul dan menyaksikan perbarisan HUT RAJD Ke 57. Selepas perbarisan semasa jamuan aku sekali lagi dapat bertemu dengan rakan-rakan yang dah lama tak berjumpa, Mej Nasarudin Che Om (Intake 9) senior kat AFATS dan di RMC TJT 20 dulu. Dicelah-celah tetamu jemputan aku dapat juga berjumpa dengan Lt Kol Dato’ Hj Abd Rahim Abd Aziz, Pegawai Memerintah 40 Rejimen Pakar Pelabuhan dan Lt Kol (B) Baharin Tahir pegawai dari KTMB yang telah bersara dari KTMB dan juga bekas Peg Memerintah 50 Rejimen Pakar Keretapi. Kami sama-sama dahulu terlibat dalam aktiviti-aktiviti dan latihan Rejimen Pakar. Selesai acara kami dan rombongan bergerak balik ke utara dengan seribu kenangan manis. Aku berkesempatan jumpa anak aku Ayesha di Putrajaya sambil makan tengahari.

Aku rasa amat bersyukur kerana masih berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan serta dapat mengimbau kembali kenangan-kenangan lalu dan sekiranya masih berpeluang, Insyaallah ditahun-tahun hadapan aku akan meluangkan masa dalam aktiviti yang dianjurkan, sekiranya dijemput.

Coretan perjalanan ke HUT RAJD KE 57


Sunday, April 25, 2010

KENAPA MELAYU SINONIM DENGAN DENGKI??

Aku tertanya-tanya kenapalah masyarakat melayu ni suka sangat dengan dengki mendengki. Kadangkala dengki ini menjadi-jadi sehingga memudharatkan orang lain. Sehinggakan sanggup menggunakan bomoh dan ilmu hitam untuk menjatuhkan orang lain. Perkara ini pernah terjadi kepada perniagaan aku, kerana aku sendiri pernah terserempak dengan perbuatan menggunakan ilmu hitam ini. Mereka telah meletakkan sejenis tanah bewarna hitam didepan dan belakang kedai serta menyapu sejenis minyak dipintu masuk dan didinding kedai. Bila sahaja aku masuk kekedai aku dapat merasakan satu perasaan tak selesa bila berada didalamnya. Pelanggan-pelanggan pun tak ada yang datang dan hanya lalu lalang seolah-olah kedai kami tertutup. Sehinggakan mereka juga sanggup memotong bekalan air kekedai kami bagi menggagalkan perniagaan kami. Adakalanya mereka akan menghalang pelanggan-pelanggan untuk datang ke kedai kami dengan berbagai-bagai tomahan dan fitnah.

Inilah Melayu Bangsaku..!!

Hasad dengki satu sifat keji yang bahaya kepada diri dan masyarakat. Ia bermakna diri tidak senang apabila orang lain mendapat nikmat dan mengharapkan nikmat itu luput.

Akibat daripada hasad dengki ini ialah:

Diri yang dikuasai oleh perasaan itu akan menderita hidupnya. Dia panjang angan-angan mencari jalan bagaimana kebaikan yang ada pada diri orang yang didengkinya itu akan dihilangkan dan dipindahkan kepada dirinya. Dalam mencari helah itu dia tidak dapat tidur dengan nyenyak, kurang selera makan dan hatinya sentiasa gelisah sehingga nikmat yang ada terlucut daripadanya.

Orang yang hasad itu dimurkai Allah kerana dia tidak redha dengan ketentuan Allah terhadap diri seseorang. Dia memprotes Tuhan kerana memberi nikmat dan kesenangan kepada orang lain, tidak kepada dirinya.

Kerana sikapnya yang buruk itu, Allah menghapuskan pahala kebajikan yang pernah dilakukannya. Ini dapat difahami menerusi Hadis Rasullullah SAW, maksudnya; “Hasad itu memakan pahala amal-amal kebajikan sebagaimana api memakan kayu api yang kering”.

Hasad dengki itu sebenarnya berpunca daripada kelemahan manusia, iaitu sifat tidak mahu kurang daripada orang lain.

Jika rasa itu masih pada peringkat iri hati, dapat juga dibendung, tidak sampai disuarakan atau dilahirkan dalam tindakan. Sebaliknya, jika sudah membesar menjadi hasad dengki, amat sukar dikawal. Akhirnya padah menimpa, bukan saja orang yang didengki, tetapi seluruh bangsa.

Adakah kita sedar, apabila menyebut sahaja bangsa yahudi kita akan sentiasa membenci sikap dan tindakan bangsa ini, tetapi kenapa bangsa yahudi menjadi maju dan dominan di dunia ini. Ini kerana kalau kita jentik telinga seorang bangsa yahudi, maka kita akan dibalas dengan meriam dan kereta kebal. Begitulah mereka apabila membela bangsa mereka sendiri.

KATA Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani:

"Mengapa kamu dengki kepada orang lain, wahai insan? Dengkikah kamu kepada apa yang telah diberikan Allah kepadanya? Apa yang ada padanya itu adalah sebenarnya kurniaan Allah jua. Oleh itu, kenapa dengki? Jika kamu dengkikan dia kerana bimbangkan bahagian kamu, maka kamu adalah jahil kerana apa yang telah diberikan kepada kamu, tidak akan lesap ke tangan orang lain."

Wahai Melayu Bangsaku….Hayatilah & renungkanlah…..!!

Saturday, April 17, 2010

"LIFE IS A GIFT"

There was a blind girl who hated herself because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She told her boyfriend, 'If I could only see the world, I will marry you.'

One day, someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend.

He asked her, 'Now that you can see the world, will you marry me?' The girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought of looking at them the rest of her life led her to refuse to marry him.

Her boyfriend left in tears and days later wrote a note to her saying: 'Take good care of your eyes, my dear, for before they were yours, they were mine.'

This is how the human brain often works when our status changes. Only a very few remember what life was like before, and who was always by their side in the most painful situations.

Life Is a Gift

Today before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.Before you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.Before you complain about your husband or wife - Think of someone who's crying out to GOD for a companion.Today before you complain about life - Think of someone who died too early on this earth. Before you complain about your children - Think of someone who desires children but they're barren. Before you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep - Think of the people who are living in the streets. Before whining about the distance you drive Think of someone who walks the same distance with their feet. And when you are tired and complain about your job - Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.


But before you think of pointing the finger or condemning another - Remember that not one of us is without sin.

And when depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on your face and think:

you're alive and still around.

Sunday, April 4, 2010

BERTEMU BEKAS JURULATIH MTD 1980-1982

Semasa dalam latihan kedet TJT 21 di Maktab Tentera Diraja Sg.Besi dalam tahun 1980-1982, aku memang berminat dalam modiul JSPA (Jerangkap Samar dan Periok Api). Jurulatih yang bertanggungjawab dalam modiul ini ialah Kapt Sabir Ahmad Badaruddin. Dialah juga yang membawa aku, Omda,Arwah Jamal & Late Yew Chean Choon ke dalam Kor Jurutera. Setelah hampir 25 tahun tak bersua, akhirnya aku bertemu semula dengan Mejar Sabir Ahmad A. Badaruddin (B) (411847) semasa Mesyuarat Agung Ex-Sappers Wilayah Utara pada 3hb.April,2010 yang lalu di Permaipura Golf & Country Club,Bedong,Kedah. Kini beliau menetap di Kamunting,Perak dan mempunyai sebuah stesen minyak Esso di Kamunting. Beliau juga memberitahu aku kalau-kalau sesiapa yang berada di Kamunting tu singgah-singgahlah kat Petrol Station Essso beliau. Minyak free tak dapatlah…tapi mineral water free bolehlah dia bagi, katanya.