Monday, June 30, 2008

PERIOK API

Periok api terus menjadi senjata pembunuh semasa dan juga selepas peperangan. Walaupun peperangan sudah berlalu hampir sedekad namun periok api masih menjadi ancaman kepada manusia. Ianya melumpuhkan aktiviti manusia dan menyebabkan perpindahan ke kawasan lain serta kawasan pertanian tidak dapat digunakan dan menghalang daripada aktiviti pertanian. Periok api ini adalah sejenis bahan letupan yang ditanam dikawasan yang menjadi laluan manusia, kenderaan termasuk binatang. Didalam peperangan ianya digunakan untuk menghalang pergerakan musuh dan sebagai penghalang sempadan antara kedua-dua pihak yang bermusuhan. Dianggarkan 85 juta periok api yang masih aktif yang menjadi punca kematian manusia yang tidak berdosa setiap tahun. Kawasan yang paling teruk dilanda periok api ini adalah seperti berikut :
  • Eropah – 3 hingga 7 juta periok api termasuk lebih daripada 2 juta di Croatia, Serbia dan Bosnia.

  • Eropah Tengah – Medan periok api Perang Dunia ke 2 masih merbahaya terutama di Rusia, Ukraine dan Belarus.

  • Asia Barat – 17 hingga 24 juta periok api, kebanyakan di Kuwait, Iraq dan Iran serta kedua-dua sempadan Israel-Syria dan Lebanon dan Jordan.

  • Asia Selatan – 13 hingga 25 juta di Afghanistan.

  • Asia Tenggara – 15 hingga 23 juta kebanyakannya di Kemboja, Thailand, Loas dan Vietnam, iaitu peninggalan perang Vietnam.

  • Amerika Latin – 300 ribu hingga 1 juta periok api, kebanyakanya di Nicaragua, El Salvador, Honduras, Costa Rica dan Guatemala.

  • Afrika – 18 hingga 30 juta periok api yang melumpuhkan ekonomi perkampungan dan menghalang program bantuan.
Ada 3 jenis mekanisma periok api :


Padang Periok api yang ditanam di sempadan Namibia dan Angola

Tugas memusnahkan periok api di Namibia oleh Pasukan Pengaman Malaysia


Kesan kepada manusia yang tidak berdosa akibat periok api. Ramai yang terbunuh dan cedera akibat senjata pembunuh ini.

"The heart of all problems whether economic, political or social, is a human heart" - Charles Edward.

Saturday, June 28, 2008

SUDAN & KRISIS DARFUR

Sudan sebuah negara yang merdeka pada 1 Jan, 1956 dibawah perjanjian kerajaan Mesir dan British. Sebuah negara terbesar di benua Afrika. Wilayah Darfur itu sahaja lebih luas daripada negara Perancis. Apabila kita melihat peta negara itu barulah kita akan terasa betapa luasnya Sudan yang berukuran 2.5 juta kilometer persegi, dan berjiran dengan lapan buah negara iaitu Republik Afrika Tengah, Chad, Republik Demokratik Congo, Mesir, Eritrea, Ethiopia, Kenya dan Uganda.

Jarak di antara Nimule, bandar yang paling Selatan dan Wadi Halfa, bandar yang paling utara negara itu melebihi dua ribu kilometer. Perjalanan darat antara Khartoum dan El-Obaeid akan mengambil masa hampir sepuluh jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda manakala yang paling jauh ialah dari Khartoum dan Port Sudan sejauh lebih seribu kilometer. Sebahagian besar penduduknya yang berjumlah lebih 39 juta orang mengikut anggaran UN pada tahun 2007. Sejumlah besar tinggal di bandar-bendar besar seperti Khartoum, Port Sudan, El-Obaied, Sawakin, Juba and Malakal. Bahagian utara negara itu beriklim panas padang pasir manakala bahagian selatan beriklim tropika.

Dua wilayah yang paling bergolak di Sudan ialah Selatan Sudan dan Darfur. Pemberontakan oleh penduduk Selatan Sudan bermula tahun 1963 dan berakhir hanya pada tahun 2004 apabila pihak kerajaan Sudan menandatangani perjanjian dengan pihak pemberontak Selatan Sudan dengan mempersetujui berkongsi hasil petroleum bagi membangunkan Selatan Sudan.

Pemberontakan oleh penduduk Wilayah Darfur pula bermula pada tahun 2003 dan sehingga sekarang keamanan di Darfur masih menjadi tanda-tanya. Penubuhan Sudan Liberation Army (SLA) pada Feb, 2003 sebuah kumpulan bersenjata ditubuhkan untuk menentang kerajaan disebabkan ketidakpuashatian mereka terhadap kerajaan kerana kurangnya perlindungan dan pembangunan di wilayah itu. Kumpulan bersenjata ini disokong kuat oleh golongan petani yang tidak berpuashati terhadap kerajan dan mereka telah bergabung dengan JEM (Justice & Equality Movement). Berlaku pertempuran bersenjata di Darfur antara tentera kerajaan dan juga kumpulan militia pro kerajaan Janjawid (Guns on Horseback). Berlaku pertempuran dan serangan dipenempatan penduduk menyebabkan rakyat di Darfur menjadi pelarian, sehinggakan ada yang menyeberangi sempadan ke Negara Chad.

Tragedi Selatan Sudan dan Darfur menjadi satu penghalang besar kepada pembangunan Sudan, dan perkara ini seolah-olah diambil kesempatan oleh kuasa-kuasa barat khasnya Amerika bagi campur-tangan di dalam hal negara Sudan. Amerika pernah mengebom kilang ubat di Khartoum pada tahun 1998 kerana Khartoum menjadi tempat tinggal Osama bin Laden ketika itu.

Sebaik sahaja tamat peperangan di Selatan Sudan timbul pula kekacauan di Wilayah Darfur, sebelah barat negara itu. Beberapa orang tempatan (warga Sudan) yang tinggal di Khartoum dan El-Obaied sama ada yang beragama Islam atau Kristian menyalahkan Amerika dan barat yang sengaja mencari kesempatan mencampuri hal-ehwal Sudan.

Beberapa pengkaji politik Mesir pernah mengingatkan pemimpin-pemimpin Mesir supaya tidak menyokong Amerika sehingga Amerika menguasai Sudan, kerana kata mereka: “Jika Amerika menguasai Sudan maka secara tidak langsung Mesir juga akan sentiasa terpaksa meminta belas ehsan Amerika, kerana sebahagian besar sumber air Mesir adalah dari Sungai Nil dan Sungai Nil ini mengalir melalui Sudan dahulu baru sampai ke Mesir. Maka jika Sudan dikuasai Amerika maka sumber air Mesir juga di bawah penguasaan Amerika.

Khemah Pelarian Krisis Darfur
Rakyat Sudan yang beragama Islam begitu tinggi semangat keislaman mereka, manakala yang beragama Kristian pula amat nasionalistik semangat mereka. Dipercayai, negara-negara barat dan Amerika tidak mudah untuk menguasai Sudan dan sekiranya tentera barat dan Amerika cuba juga untuk menguasai Sudan, maka mereka akan menerima nasib yang lebih buruk daripada yang dilalui mereka di Afghanistan dan Iraq. (Petikan dari Travelog Sudan)


Punca daripada konflik ini adalah kerana manusia sudah hilang perasaan hormat menghormati dan kasih sayang sesama manusia. Mereka yang kuat akan terus menguasai manakala yang lemah akan tertindas dan dianiaya. Masyarakat dunia sekali lagi dipaksa dan terpaksa melihat sekelompok manusia menjadi mangsa kepada sekelompok manusia yang lain. Konflik ini menambah lagi episod hitam dalam sejarah kehidupan moden umat manusia. Implikasi yang terhasil daripada tragedi ini cukup parah kerana ia bukan sekadar mencetus masalah persengketaan yang berpanjangan tetapi juga dari segi ekonomi, sosial, kesihatan, psikologi dan banyak lagi.

“Punca segala masalah samada masalah ekonomi, politik atau social adalah hati manusia”

TEMERLOH

Bandar Temerloh ini juga dikenali sebagai Bandar Ikan Patin. Nama Temerloh juga adalah sama nama dengan nama daerahnya. Ia terletak lebih kurang 130km dari Kuala Lumpur. Ianya terletak diantara petemuan Sungai Pahang dan Sungai Semantan. Ianya juga terletak ditengah-tengah laluan Kuantan – Kuala Lumpur. Temerloh juga adalah Bandar kedua terbesar di Negeri Pahang Darul Makmur ini. Disini terkenal dengan Ikan patin atau lebih dikenali Patin Sangkar atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi. Terdapat berbagai jenis patin seperti Patin Muncung, Patin Buah, Patin Lawang, Patin Mas (kacukan patin buah & muncung), Patin Juara dan sebagainya. Ikan patin ini juga boleh didapati di pekan sehari yang terletaknya di Jalan Sultan Ahmad Shah hinggalah ke Jalan Semantan di Lurah Semantan yang jaraknya lebihkurang 1 km dan yang unik sekali ianya terletak di sepanjang Sungai Pahang, sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia. Urusniaga pekan sehari ini adalah seawal jam 6 pagi dan berakhir 2 petang. Pekan sehari ini juga telah berusia hampir 40 tahun.

Bandar Temerloh ini menjadi nostalgia kepada saya kerana disinilah bermulanya karier saya dalam tentera. Selepas ditauliahkan sebagai Lt Muda dalam Kor Jurutera, saya ditempatkan di Kem Bt 3, Temerloh pada tahun 1982. Sebagai pegawai muda bermacam-macam kenangan pahit manis semasa berada di sini. Rakan-rakan saya seperti Zulkifli Abdullah, Azahari Sidek, Kamaruzaman, Yunus, Ismail Hassan, Nazanuddin, Roslan dan lain-lain lagi yang masih saya ingat. Ada diantaranya masih dalam perkhidmatan dan ada juga yang telah pun menamatkan perkhidmatan mereka.

Jadi kalau sesiapa yang dalam perjalanan ke Kuantan atau ke pantai timur singgahlah di Temerloh, Bandar ikan patin.

Thursday, June 26, 2008

MUSIM DURIAN DI BUKIT GANTANG - DOLU2!!

Semasa zaman persekolah dahulu sekitar tahun 70an, musim durian adalah yang paling menggembirakan buat kami sekeluarga. Kampung kami memang terkenal dengan hasil buah durian ni. Bila tiba musim durian kampung kami bertukar menjadi seperti pasar minggu. Setiap pagi orang-orang kampung akan membawa hasil dusun masing-masing untuk dijual kepada pembeli-pembeli yang telah menunggu dengan basikal, motosikal, van dan lori. Pada masa yang sama juga penjual-penjual lain seperti penjual pakaian, barang-barang permainan, makanan dan lain-lain mengambil peluang untuk berniaga disini. Keadaan kampung kami akan menjadi meriah dan ramai saudara-mara dan sahabat handai jauh dan dekat berkunjung untuk menikmati hasil durian ini. Kalau dirumah hidangan pula semuanya ada perasa durian, samada pulut durian, lempuk, tempoyak, kuah durian, ikan keli masak tempoyak, sambal tempoyak dan berbagai-bagai lagi, bak kata semuanya ada durian. Orang-orang kampung tua, muda semuanya gembira, tak ada yang susah hati.

Tetapi yang paling menggembirakan kami ialah duit belanja sekolah tak perlu minta dari emak atau ayah, bak kata kalau musim durian ni nak beli atau makan apa pun kira mewah. Tetapi dulu tak adalah KFC, Mc Donald, ataupun Pizza, jadi masa tu kalau ke bandar Taiping, kami pekena roti canai di Restoran Bismillah, ataupun tengok wayang kat panggung REX. Bila tiba hari sabtu dan ahad adalah hari yang paling ditunggu-tunggu, kerana saya akan bangun seawal 6 pagi, selepas sembahyang subuh terus bergegas ke dusun untuk mencari dan mengutip buah durian. Kadang-kadang kami bermalam didusun durian ini kerana adakalanya pencuri pun ambil kesempatan untuk mencuri.

Tetapi kini keadaan sudah berbeza, durian boleh didapati pada bila-bila masa tanpa menunggu musim. PLUS Expressway Bhd telah menyediakan tempat di hentian R & R arah utara dan selatan di Bukit Gantang untuk membeli berbagai-bagai jenis buah-buahan. Majoriti pengunjung singgah di hentian ini kerana ingin membeli buah-buahan tropika, kerana mereka tidak boleh menemuinya di tempat lain malah mereka tidak perlu memasuki kampung untuk mencarinya. Selain durian kahwin, pengunjung boleh merasai nikmat durian kampung seperti raja kunyit, durian katak, tupai mas, kucing tidur, capri, sarang semut, durian susu dan durian belimbing. .Begitulah ceritanya mengenai durian Bukit Gantang. Kini semuanya hanya tinggal memori indah, kerana keadaan sudah berubah...emak & ayah pun sudah tiada, adik beradik pun membawa hala tuju masing-masing. Kemesraan berkumpul menikmati durian tidak lagi semeriah dulu...!!

Wednesday, June 25, 2008

KAKITANGAN KERAJAAN DIBERI PERMIT BERNIAGA ?

Baru-baru ni Pak Lah umumkan iaitu kakitangan kerajaan akan diberi permit untuk berniaga, walaupun dahulunya Pak Lah kata tak payahlah kerja luar lagi, nak jual karipap ke, burger ke, mee goring ke…pasal gaji dah naik. Tetapi kerana bahana kenaikan minyak kerajaan terpaksa membenarkan kakitangan kerajaan berniaga. Jadi ramailah yang akan mengambil peluang ini selepas kerja untuk berniaga, jual burger, jual buah, jual kuih-muih, jual baju, jual nasi ayam, laksa, ada yang bawa teksi dan lain-lain lagi. Jadi, kaunter-kaunter jabatan kerajaan nanti makin panaslah sebab kakitangan kerajaan tak cukup tidur kerana berniaga semalaman. Kalau yang kerja luar pulak ambil peluang tak balik pejabat buat part time. Pagi-pagi lagi dah bangun nak pergi kerja dan petangnya pula bergegas untuk balik dan malamnya untuk berniaga. Macamana kehidupan dengan keluarga, masyarakat dan jiran tetangga ? Bila pulak kita nak bersama dengan anak & isteri ? Adakah rumahtangga terjaga ? Sedangkan kehidupan seharian pergi & balik kerja pun kita jarang-jarang berjumpa. Bila kepenatan terganggu emosi, kadang-kadang bergaduh suami isteri. Kalau yang masih bertenaga kira oklah, macamana pulak yang kurang bertenaga ? Nak minum tongkat ali & makan makjun pun dah naik harga. Dalam sebulan 4,5 kali ke klinik ambik MC. Kerja dipejabat tak juga selesai, nanti rakyat pula komplen kerja tak berkualiti, bila ditegur kita pulak dimarahi, nak senyum jauh sekali…!! Bahana kenaikan minyak ni buat kita jadi haru-biru..!! Apa nak jadi..??

DIFFERENCE BETWEEN FOCUSING ON PROBLEMS & FOCUSING ON SOLUTIONS

Case 1

When NASA began the launch of astronauts into space, they found out that the pens wouldn't work at zero gravity (ink won't flow down to the writing surface). To solve this problem, it took them one decade and $12 million. They developed a pen that worked at zero gravity, upside down, underwater, in practically any surface including crystal and in a temperature range from below freezing to over 300 degrees C.

And what did the Russians do...?? They used a pencil.

Case 2

One of the most memorable case studies on Japanese management was the case of the empty soapbox, which happened in one of Japan's biggest cosmetics companies. The company received a complaint that a consumer had bought a soapbox that was empty. Immediately the authorities isolated the problem to the assembly line, which transported all the packaged boxes of soap to the delivery department. For some reason, one soapbox went through the assembly line empty. Management asked its engineers to solve the problem. Post-haste, the engineers worked hard to devise an X-ray machine with high-resolution monitors manned by two people to watch all the soapboxes that passed through the line to make sure they were not empty. No doubt, they worked hard and they worked fast but they spent a whoopee amount to do so.

But when a rank-and-file employee in a small company was posed with the same problem, he did not get into complications of X-rays, etc., but instead came out with another solution. He bought a strong industrial electric fan and pointed it at the assembly line. He switched the fan on, and as each soapbox passed the fan, it simply blew the empty boxes out of the line.

Moral of the story:
  • Always look for simple solutions.
  • Devise the simplest possible solution that solves the problems.
  • Always focus on solutions & not on problems…!!

Tuesday, June 24, 2008

PROBLEMS

Have you ever encountered a sentence or paragraph that seemed to jump out of the page and hit you right between the eyes?. It happens to me all the time. I have made a collection of sentence that have affected me that way, at least long enough to make me do some serious thinking.
Here is one I ran across the other day that stopped me. There is nothing particularly unusual about it. Maybe it will not affect you at all, but it did me. It was written by Prof Robert Seasore, Chairman of the Department of Psychology at Northwestern University :

“The happiest people are not the people without problems; they are people who know how to solve their problems”.

People who seem to spend most of their time hanging onto the short end of the stick will tell you that it is because of their problems. I’m sure successful people have problems too, but instead of complaining about them, they solve them.

I wonder how many millions of people have sat and moped because they have problems they think are standing between them and the things they want. They don’t realize that trouble distributes itself without favor all over the world. So it boils down not to a matter of problems but of people, and that’s what it always comes back to.

They are several ways of trying to solve problems. One is the hectic or panic method. Some people want so frantically to solve their problem that they jump at any apparent escape hole like birds knocking themselves out against a pane of glass. When one hole won’t work, they try to find another. Sometimes they do, particularly if the problem is simple, but more often than not, it’s actually the long way around. It generally results in a lot of wasted time, a lot of worry, and sleepless nights.

Experts claim that it is possible to learn a definite system of problem solving that will fit most situations. Instead of jumping from one thing to another, think through each problem and its possible solutions before you do anything about it. There are six steps :

1. Define your problem clearly on paper.
2. List the obstacles standing in the way of your solving it.
3. List people or other idea sources that might help solve your problem.
4. List as many possible courses of action as you can think of, and take your time on this.
5. Try to visualize the results of each course of actions.
6. Choose the course of action that seems best to you, and then pursue it. Stay with it long enough for it to work or to prove that it can’t. If it finally doesn’t choose another.

This is the scientific way to solve problems….!!

Monday, June 23, 2008

PENGORBANAN & SETIAKAWAN

Kisah ini berlaku pada tahun 1983, iaitu saya bersama rakan-rakan menjalani kursus Pegawai Jurutera di Kluang, Johor. Kami akan menduduki ujian akhir teori dan selepas itu menjalani latihan praktikal sebelum kami menamatkan kursus ini. Pada malamnya, kami semua sedang bertelaah untuk menghadapi ujian peperiksaan bertulis pada keesokannya. Jadi masing-masing kusyuk mengulangkaji, bila tiba tengah malam masing-masing kelaparan dan nak makan biskut dah habis, mee maggi pun dah tak ada stok lagi. Nak keluar beli makanan masing-masing tak mau, kerana nak study. Jadi kami pun berbincanglah siapa yang patut beli makanan tetapi masing-masing menolak kerana banyak lagi nak diulangkaji, almaklumlah semuanya nak buat saat-saat akhir. Dalam bincang-bincang tu, seorang sahabat ini sanggup berkorban demi kawan-kawan yang kelaparan termasuk beliau sendiri yang jugak kelaparan. Jadi masing-masing pun tulislah apa yang nak dibeli, kira-kira ada lebih daripada 10 bungkus termasuk mee rebus, beehoon sup, nasi goreng, minuman dan lain-lain lagilah.

Jadi kami semua menunggu dengan penuh harapan dan kelaparan. Jam 1 pagi tak sampai lagi, jam 2 pagi pun tak sampai jugak, jadi masing-masing dah tak boleh nak study. Kemudian, saya menerima panggilan telefon dari sahabat saya ini untuk datang mengambil makanan yang dipesan tadi di hospital. Jadi saya agak terkejut dan saya pun terus ke hospital dan diberitahu sahabat saya ni kemalangan semasa perjalanan balik. Kaki sahabat saya ni patah dan terpaksa bermalam di hospital mulai malam tersebut. Beliau telah menyerahkan semua makanan yang dipesan tadi kepada saya untuk disampaikan kepada rakan-rakan semua, kami terharu dan sedih di atas apa yang berlaku. Kerana pengorbanan dan semangat setiakawan, menyebabkan beliau terlantar di hospital.

Sahabat saya ini terpaksa menjalani ujian akhir di hospital dengan kakinya berbalut. Beliau juga telah lulus kursus ini walaupun terpaksa menerima sijil kursus dengan bertongkat. Pengorbanan dan setiakawan yang telah beliau tunjukkan ini menjadi kenangan kami di EOBC83 dan menjadi kenangan dalam diari kehidupan saya sehingga kini. Inilah gambar sahabat saya tu.....!!

TEORI & PERLAKSANAAN

  • Teori tanpa perlaksanaan TIADA FAEDAHNYA..!
  • Ilmu tanpa beramal tiada KEBAIKANNYA !
  • Amalan tanpa teori adalah kerja tanpa PEMIKIRAN !
  • Amalan tanpa ilmu mungkin terdedah kepada KESESATAN !

Sunday, June 22, 2008

KISAH ROTI CANAI & NASI LEMAK

ROTI CANAI

Seorang sahabat yang mengikuti Kursus Sains Sukan, ada memberitahu kepada saya, sekiranya kita mula makan roti canai sebiji sehari pada usia 20 tahun, berkemungkinan umur kita tidak akan sampai 55 tahun. Kenapa ? Sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan kita berjogging 5 km. Maknanya sekiranya kita berjogging sejauh 5km, lepas tu kita pekena sebiji roti canai macam kita tak berjogging la. Dah tu kadang-kadang kita pekena 2,3 biji, jadi macam langsung tak berjogging la. Selain daripada itu, terdapat macam-macam jenis minyak bila nak buat roti canai ni, nak uli tepung pakai minyak, nak canai pakai minyak, nak goring pun pakai minyak. Dah la pulak tu, tukang buat roti canai pun berminyak-minyak (peluh mamak). Bila kita exercise, kita berpeluh, penyakit pun keluar bersama peluh. Bila makan roti canai ni, kita makan dengan penyakit yang tukang buat roti canai tu sekali. Lagi satu jangan makan roti canai yang tukang buat tu pakai cincin belah kiri, faham-faham aje lah apa kegunaan tangan kiri. Sebagai alternatif kita makan capati, kalau pekena 10 keping sehari pun okay, no problem. Kita akan sihat & kuat…!!

NASI LEMAK
Nasi lemak pulak, kandungan kalestorelnya tinggi kerana menggunakan santan. Prof Ungku Aziz ada ditanya apakah rahsia beliau sihat fizikal & minda sehingga berumur 85 tahun ? Dia jawab salah satunya kurangkan makan nasi lemak atau jangan makan langsung.

KESIMPULANNYA : Kita semua dah 40an, dan ada yang dah nak sampai 50an dah. Jadi marilah kita beringat-ingat bila makan tu, janganlah kita pekena apa yang sedap je…kesianlah kat badan kita ni..!! Kepada sesiapa yang dok jual roti canai ke, mee goring ke, tea tarik ke, tukarlah menu pulak. Jual la pulak capati ke, roti arab ke, roti perancis ke, atau pun roti Poland ke?? Kepada yang suka pekena tea tarik berkole-kole tu, cubalah minum air suam pulak…!! Ataupun susu magnolia…itupun kalau ada lagi..!! Kalau nak pekena juga roti canai & tea tarik, lepas pekena cuba balik jalan kaki pulak..boleh berjimat-cermat sambil exercise, sebab minyak keta pun dah mahal. "Selamat Mencuba...!!"

Saturday, June 21, 2008

TOMATO STORY


  • A Jobless man applied for the position of 'office boy' at Microsoft. The HR manager interviewed him then watched him cleaning the floor as a test. 'You are employed' he said. Give me your e-mail address and I'll send you the application to fill in, as well as date when you may start.


  • The man replied 'But I don't have a computer, neither an email'. 'I'm sorry', said the HR manager. If you don't have an email, that means you do not exist and who doesn't exist, cannot have the job.'


  • The man left with no hope at all. He didn't know what to do, with only $10 in his pocket. He then decided to go to the supermarket and buy a 10Kg tomato crate.


  • He then sold the tomatoes in a door to door round. In less than two hours, he succeeded to double his capital. He repeated the operation three times, and returned home with $60.


  • The man realized that he can survive by this way, and started to go everyday earlier, and return late. Thus, his money doubled or tripled everyday. Shortly, he bought a cart, then a truck, and then he had his own fleet of delivery vehicles.


  • 5 years later, the man is one of the biggest food retailers in the US. He started to plan his family's future, and decided to have a life insurance. He called an insurance broker, and chose a protection plan. When the conversation was concluded the broker asked him his email. The man replied, 'I don't have an email.'


  • The broker answered curiously, 'You don't have an email, and yet have succeeded to build an empire. Can you imagine what you could have been if you had an e mail?!!' The man thought for a while and replied, 'Yes, I'd be an office boy at Microsoft!'

Moral of the story :



  • Moral 1 - Internet is not the solution to your life.


  • Moral 2 - If you don't have Internet, and work hard, you can be a millionaire.


  • Moral 3 - If you have email account, you are closer to being a office boy/girl, than a millionaire..........

P.S - Do not send any email to me, I am closing my email account & going to sell tomatoes! !!! But......I'm still maintaining my blog...he..he..!!

BAHANA KENAIKAN HARGA MINYAK..!!

Kesan bahana kenaikan minyak ini amat dirasai oleh semua lapisan masyarakat samada yang bekerja dengan kerajaan, swasta mahupun yang berniaga. Kesan yang ditanggung ini akan memberikan impak kepada emosi setiap individu. Kehidupan tidak lagi selesa sepertimana sebelumnya, dirumah, dipejabat, perjalanan menggunakan kenderaan ataupun pengangkutan awam, semuanya memberikan tekanan dalam kehidupan seharian kita.

Semakin ramai pengguna akan beralih kepada penggunaan motosikal berbanding kereta, maka semakin kurang petrol diisi di stesen minyak, itupun kerana nak pergi kerja la, kalau dah berkeluarga terpaksa juga pakai kereta. Maka dijalan ramai yang akan guna motorsikal, harap-harap lepas nih moto tak kena tol la. Kemalangan motosikal pula diharap akan berkurangan sebab kereta dijalan dah kurang kalau ada pun kereta menteri & ahli-ahli korporat saja. Janganlah pula lepas ni spare part motor akan naik gila-gila pulak, maklumlah nak kemana-mana pun guna motosikal untuk apa jua tujuan, minyak hitam pun naik, tayar moto pun naik, parking moto pun naik, tapi ada eloknya sebab rempit merempit mungkin kurang sebab minyak mahal, sekali rempit dah kena isi jadi kurang la aktiviti mat rempit, jadi tukar rempit dengan basikal je, bagus untuk aktiviti riadah. Stesen minyak mungkin naik harga dalam premis kedai masing-masing, air mineral akan melonjak naik, bermotosikal pi kerja bawa air sendiri la, kan di Selangor air free, untung la orang Selangor. Motosikal pun akan mengalami kenaikan harga la pulak lepas nih (baru dan 2nd), topi keledar pun naik harga, jadi hati-hati la, topi keledar pun akan dicuri sebab harga baru mahal, jalan pun banyak lubang sebab kurang maintenance. Kesimpulannya kenaikan harga petrol yang terlalu tinggi sebenarnya tidak sihat kepada negara, dan rakyat umumnya kerana ramai yang akan naik darah tinggi & penyakit jantung kerana tekanan emosi. Nak naik bas atau keretapi kadang-kadang terhenti-henti sepatutnya sampai pukul 9 pagi, rupa-rupanya sampai esok pagi. Kalau dulu-dulu boleh pekena teh tarik & roti canai hari-hari, tetapi la ni seminggu sekali pun kena fikir dua tiga kali. Bagusnya kat hospital swasta doktor boleh goyang kaki, tetapi hospital kerajaan ambulan jalan tak henti-henti. Kata Lokman, “Rebet setahun habis dalam sehari”. Itulah bahananya bila minyak naik…!! Ramai pulak yang akan naik minyak, jadi kawal emosi kawallah hati..!! Ini semua dugaan Allah SWT.

Friday, June 20, 2008

PERISTIWA BERLATIH MAIN HOKI

Masa belajar di AFATS dulu aku masih ingat lagi, bila sesi petang kita semua kena aktif bersukan. Ada yang main bola, ragbi, hoki dan yang berlari pun ada di padang, yang tak main apa-apa kena fatiq cookhouse. Jadi setiap petang kita semua kenalah ada di padang. Mulanya aku nak main bola tetapi disebabkan bola ni ramai yang nak main, jadi aku pun cubalah main ragbi pulak. Masa tu badan pun macam cikeding, sekali Fuad mamak tackle aku dengan bola-bola sekali touchdown, serik lah aku. Nak berlari ada lagi yang lari lebih laju daripada aku, terutamanya Zali Chat, jadi aku pun cuba lah main hoki pulak. Seronok pulak bila dapat main hoki ni kerana tak pakai kaki tapi pakai kayu. Jadi bila dah habis sesi latihan kami pun buatlah latihan tambahan dibelakang blok belajar flick bola.

Masa tu aku masih ingat lagi, Wak Sadiman jadi gol keeper, masing-masing ambil giliran flick bola dan tukar-tukar jadi gol keeper. Bila tiba giliran sahabat aku ni jadi gol keeper, aku pulak yang flick bola. Masa aku flick bola tu, bola terkena cermin naco dan pecah, serpihan cermin tu terkena ditelinga sahabat aku ni, apa lagi berdarah bertaburan kat situ. Nasib baik juga kena kat telinga dia, kalau kena kepala kena buat korban la pulak. Kami bawa dia ke RSAT untuk rawatan dan seingat akulah dia kena jahit telinga dia ni 7 jahitan. Semenjak hari tu aku tak berani lagi nak training hoki kat belakang blok lagi. Sehingga kehari ni sahabat aku ni tak berani nak main hoki lagi, tapi main bola dia terror..!! Sampai kehari ni bila aku ajak dia main golf dengan aku, dia tak berani. Dah banyak kali aku ajak dia, ada saja alasan. Mungkin dia takut telinga dia kena jahit kut..!! Sampailah kehari ni, bila aku pegang kayu golf mesti aku ingat kat dia. Apa pun sehingga kehari ni kami masih berhubung melalui telefon walaupun dia takut bila aku pegang kayu hoki ataupun kayu golf. Itulah peristiwa 30 tahun lalu yang masih aku ingat lagi, aku rasapun dia ingat jugak lagi peristiwa ni, sebab tu dia tak nak main golf dengan aku. Inilah dia sahabat yang aku maksudkan tu Lt Kol Zulkifli Ismail (Bung Naya) dah khatam Phd kat UUM...!!

Thursday, June 19, 2008

MEANING OF FAMILY

I ran into a stranger as he passed by, 'Oh excuse me please' was my reply. He said, 'Please excuse me too; I wasn't watching for you.' We were very polite, this stranger and I. We went on our way and we said goodbye.
But at home a different story is told, How we treat our loved ones, young and old. Later that day, cooking the evening meal, My son stood beside me very still. When I turned, I nearly knocked him down. 'Move out of the way,' I said with a frown. He walked away, his little heart broken. I didn't realize how harshly I'd spoken.

While I lay awake in bed, My inner small voice came to me and said, 'While dealing with a stranger, common courtesy you use, but the family you love, you seem to abuse. Go and look on the kitchen floor, You'll find some flowers there by the door. Those are the flowers he brought for you. He picked them himself: pink, yellow and blue. He stood very quietly not to spoil the surprise, you never saw the tears that filled his little eyes.' By this time, I felt very small, And now my tears began to fall.

I quietly went and knelt by his bed; 'Wake up, little one, wake up,' I said. 'Are these the flowers you picked for me?' He smiled, 'I found 'em, out by the tree. I picked 'em because they're pretty like you. I knew you'd like 'em, especially the blue.' I said, 'Son, I'm very sorry for the way I acted today; I shouldn't have yelled at you that way.' He said, 'Oh, Mom, that's okay. I love you anyway.' I said, 'Son, I love you too, and I do like the flowers, especially the blue.'

FAMILY Are you aware that if we died tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days. But the family we left behind will feel the loss for the rest of their lives. And come to think of it, we pour ourselves more into work than into our own family, an unwise investment indeed, don't you think?

So what is behind the story? Do you know what the word FAMILY means?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Email from my good friend..!!

Wednesday, June 18, 2008

KETANDUSAN KASIH SAYANG DALAM MASYARAKAT

Semua orang inginkan kasih sayang. Anak-anak suka kalau mereka dikasihi oleh ibu dan ayah. Isteri berbahagia jika mendapat pembelaan & kasihsayang dari suami. Suami pula bangga mendapat layanan dan kasih sayang dari si isteri. Rakyat puas hati mendapat perhatian dari pemimpin. Tapi terbukti dalam kehidupan manusia hari ini, sudah ketandusan kasih sayang. Mana perginya kasih sayang? Apa yang menjadi penghalang dari terjalinnya kasih sayang? Antara pekara-pekara yang menjadi penghalangnya ialah :
  1. Sifat-sifat mazmumah: Misalnya sombong, membesar-besarkan diri di depan orang lain. susah untuk bermesra, tidak mau merendah diri, kagum dengan kebolehan diri sendiri dan berbagai sifat mazmumah lain mendorong dirinya untuk berkrisis dengan orang lain. Susah menerima pandangan orang atau susah untuk mengalah. Sifat yang ada pada dirinya menghalang orang untuk menyayangi seterusnya menyukai dirinya. Malah menyebabkan orang semakin benci padanya.
  2. Kasih sayang tidak dapat disuburkan kerana kejahilan. Masing-masing tidak tahu pentingnya kasih sayang disuburkan dan tidak tahu bagaimana cara memberi kasih sayang tersebut. Anak-anak meninggi suara bila bercakap dengan ibu dan ayah. Ayah dan ibu pula suka berleter dan berkasar dengan anak-anak dan sebagainya. Begitu juga anak murid tidak pandai menghormati guru sementara guru tidak pandai mengambil hati anak muridnya.
  3. Tidak sabar dengan ragam kawan-kawan. Semasa berkawan tentu ada kesilapan sama ada yang sengaja mahupun yang tidak sengaja dilakukan oleh kawan-kawan. Kalau kita benar-benar hendak menjaga agar persahabatan dan kasih sayang tidak retak, maka kesilapan itu mestilah dimaafkan. Kita mesti mempunyai sikap bertolak ansur. Jika tidak sabar dengan ragam mereka dan tidak boleh berlebih kurang, sudah pasti berlakulah bermasam muka atau menjauhkan diri. Lalu hilanglah kasih sayang yang terjalin sebelumnya.
  4. Sangat mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan perasaan atau kepentingan orang lain. Melalui pengalaman kita sendiri walaupun kita ingin disayangi orang, kita juga sangat mementingkan diri sendiri. Kita kurang bersimpati dengan kesusahan orang lain dan tidak sibuk untuk memikirkan tentang nasib orang lain. Kita lebih memikirkan nasib diri dan keluarga kita sahaja. Kesusahan orang langsung tidak dipedulikan. Kadang-kadang ada jiran tetangga yang ditimpa musibah pun tidak dihiraukan. Tiada belas kasihan dan simpati terhadap keperitan yang ditanggung oleh orang lain. Masing-masing memikirkan hal sendiri, akhirnya pudarlah kasih sayang di dalam masyarakat apatah lagi saudara mara.
  5. Rasa fanatik terhadap kaum atau kelompok sendiri dan memandang rendah pada puak yang lain. Bilamana manusia mengikutkan rasa melebihkan puak, dengan sendirinya manusia akan memandang rendah pada puak lain. Masing-masing saling berlumba-lumba untuk menaikkan puak sendiri dan sanggup menjatuhkan puak lain. Maka tertutuplah pintu-pintu yang boleh mencetuskan kasih sayang di antara sesama manusia.


Petikan email dari seorang rakan.

Saturday, June 14, 2008

KOMPLEKS PADANG BESAR, PERLIS

Pada minggu lepas saya telah berkunjung ke Padang Besar, Perlis untuk membawa anak saya yang datang bersama kawannya dari KL. Memandangkan ini adalah pertama kali kawannya berkunjung ke Perlis, saya membawanya untuk melihat sebuah pekan kecil yang terletak disempadan antara Malaysia dan Thailand. Pekan ini adalah sebuah pekan yang terkenal dikalangan pelancong-pelancong tempatan untuk membeli belah. Terdapat berbagai-bagai barangan yang dijual disini termasuk pakaian, pinggan-mangkuk, periok-belanga, beg tangan & beg pakaian, perhiasan rumah, mainan kanak-kanak, aksesori wanita, makanan, sehinggakan peralatan perkahwinan seperti bunga-bungaan, peralatan hantaran, kad jemputan dan berbagai-bagai macam benda boleh didapati disini. Harganya pula berpatutan dan kebanyakannya adalah barangan daripada Thailand. Kalau sesiapa yang ingin membeli barangan berjenama dengan harga murah silalah berkunjung kesini, jam tangan rolex, beg tangan bonia, jeans guess dan bermacam-macam lagi. Tempat ini adalah tempat yang menjadi tumpuan terutama surirumah yang suka membeli-belah terutamanya bila musim cuti sekolah dan cuti hujung minggu. Kalau nak keluar negara kenalah bawa passport kerana bersebelahan kompleks ini pekan padang besar disebelah Thailand. Biasanya kaum bapak passport mereka sampai kat sini je...tak boleh keluar negara...!!

Thursday, June 12, 2008

KISAH ANAK-ANAK

Pada cuti persekolahan yang lalu saya telah dapat meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak saya kerana telah agak lama kami tidak meluangkan masa bersama. Selalunya kalau saya ada urusan di KL, saya akan mengambil kesempatan untuk melawat Ayesha di Putrajaya sambil jalan-jalan di Alamanda, tetapi Afiq telah agak lama tidak bertemu. Ayesha Shahira satu-satunya anak perempuan saya yang belajar di Putrajaya dalam Tingkatan 2 dan beliau sering cemerlang dalam pelajaranya. Walaupun Ayesha di Putrajaya saya sering berhubung dan bertanya khabar melalui handphone yang saya belikan untuknya bagi memudahkan saya berhubung dan bertanya khabar. Manakala Mohd Afiq sedang mengikuti kursus tahun pertama di Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras dan mengambil pengajian dalam bidang ‘Ijazah Pendidikan(Major dlm Muzik) selama 5 tahun. Oleh kerana minatnya dalam muzik dan juga bagi menjamin masa depan beliau, kursus ini adalah yang terbaik bagi beliau kerana setelah tamat pengajian nanti beliau akan menjadi seorang guru muzik di sekolah. Sebagai seorang bapa kita sentiasa berdoa dan cuba untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak agar mereka akan menjadi orang yang berjaya dalam bidang yang diceburi walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Yang paling utama sentiasa menghormati ibubapa dan sentiasa memohon kepada Allah SWT dalam apa jua yang kita lakukan. Insya Allah hidup kita akan sentiasa di rahmati Nya. (For both of you, baba always love you all..!!) Sempena Hari Bapa Tahun 2008, “Selamat Hari Bapa” kepada bapak-bapak semua…!!

Sunday, June 1, 2008

Siapakah Aku.......??!!

Masa ni aku baru dalam darjah 6, dah kena buli dgn 6 orang kakak2 aku. Aku tak boleh lari terpaksa juga pakai macam perempuan Hawaii ni, kena paksa masuk pertandingan pakaian beragam kat sekolah. Kenalah buat aksi pom-pom girl. Nasib baiklah aku menang dapat tempat pertama. Lepas tu aku dah serik dah bila disuruh menari macam ni..!!

Kecik2 lagi aku dah kena buli...!!




Bila dah masuk menengah aku ke AFATS, kena buli lagi....tapi tak lah pulak jadi pom-pom girl, tapi selalu kena terbang..!! Bila dah jadi senior giliran aku pulak buli junior ..!!







Tapi bila jadi pegawai Lt Muda di unit, kena buli lagi…tak pe la yang ni dah jadi pegawai kira okay la..!! Sebab aku dah lalui semuanya...tak jadi masalah..!!






Teringat pulak masa training kat RMC, aku kena ambil bahagian boxing, mula2 tu masuk ambil syarat je sebab semua mesti rasa kena penumbuk. Bila dah kena tumbuk rasa geram la, bila penumbuk sulong kena kat muka..!! Tapi yang tak boleh aku lupa bila kena penumbuk skot aku Sufian dari AR Coy, aku nampak bintang berkelip-kelip kat dahi…nasib baiklah aku tak tumbang..!! Tu yang aku balun balik, sorry la skot...sebab aku menang jugak, johan bantamweight..!!

Aku aktif juga dalam lain-lain game, kalau tidak tak boleh jadi sportman, kenalah juga pegang kayu hoki, tak dapat pukul bola pukul kaki pun ok la..!! Tapi aku tak boleh lupa skot aku sorang ni Zulkifli, masa training kat belakang toilet aku flick bola kena cermin naco pecah kena telinga dia..berdarah kena 9 jahitan kat telinga...!! Nasib baik la telinga dia panjang tak la putus telinga dia...!!

Masa training Young Officer Engineer kat Kluang, kami semua kena belajar taekwando, tetapi nasib baik la aku ada basic masa kat RMC dulu, jadi kadang2 tu kena la tunjuk ajar kat student2 yang lain, aku dgn skot Omda, Jamal & Yew jadi jurulatih sambilan. Tapi tak dan juga nak khatam….black belt Tak Dan je..!!


Bila dah masuk unit, aku aktif juga main bola, lepas tu kena pulak jadi manager team kor jurutera. Masa tu aku kena incharge team bolasepak kor jurutera lawan di Kuala Lipis, Piala TD. Kor Jurutera masuk semifinal je..kalah dengan Kor Semboyan. Bila dah berhenti aku aktif la jugak main bola ni, kenalah wakil Pantai Medivest lawan dengan team bolasepak Hospital Melaka, main kat stadium kubu, melaka. Rasanya tak boleh nak main full time 90 min, mampu takat 45 min je, aku dah semput.!!

Dah letih main bola sebab dah berumur tak mcm dulu lagi, aku tukar la pulak main golf sebab tak perlu nak lari sana sini kejar bola. Kalau tak larat nak jalan boleh naik buggy sambil sembang-sembang macam orang korporat..!!








Aku suka melawat tempat-tempat orang, nak tengok negeri orang. Ni masa bercuti kat Afrika...!! Kami ambil peluang explore, Afrika..tengok negro & safari..!! Wallalalapo Nawa...!!


Yang ni pulak aku bawa keluarga cuti ke eropah….bawa anak2 tengok tempat orang & rasa mcmana sejuknya cuaca kat negeri orang putih. Anak-anak aku memang happy la terutama bila dapat pergi disneyland, Paris..!!



Ni pulak sebahagian drp saudara mara aku. Sebuah keluarga besar, yang seronok bila ramai-ramai blh ramah-mesra dengan adik beradik.., yang paling tak seronok bila ada krisis, masa ni la pulak ada yang nak jadi jaguh..!! Kenalah bertolak ansur sikit, & hormatilah saudara mara yang lain...!!


Makanan yang aku suka roti canai...sekali sekala kenalah belajar buat roti canai, jgn asyik pandai makan je...!! Tapi la ni senang je kalau nak makan roti canai, tak payah pergi kedai mamak. Beli yang dah ready (frozen) balik rumah panaskan, kalau semua orang buat macam ni tutup la kedai mamak...!!

Tetapi masa aku dalam service cabaran yang utama sekali bila ditugaskan untuk memusnahkan jerangkap samar...berpeluh jantan la keluar...!! Silap-silap hilang nyawa..! Tapi sebagai pegawai kenalah confident, kalau tidak anggota2 kita pun takut pulak..!!



Kadang2 tu kita jadi boss la bila ada perkara-perkara yang berkaitan dengan bom ni, jadi pakar rujuk la...!!

Yang paling seronok bila jumpa kawan2 lama terutamanya yang dah 20, 30 tahun tak pernah jumpa..!!



Yang seronok bila dapat jumpa kawan-kawan yang dah berubah ada yang perut dah buncit, gigi pun dah jarang, rambut pun dah putih, tapi ada jugak yang awet muda...!! Alhamdulillah kerana kita masih sihat walafiat...!! Tapi ada juga yang dah pun kembali ke Rahmatullah, kita doakan semoga Roh mereka bersama orang-orang yang Soleh...Insya Allah.

Itulah aku.....!!