Wednesday, July 15, 2009
Friday, July 3, 2009
AKU, KAU BERBEZA....,AKU, KAU ISTIMEWA..!!
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
Renung2 kan lah….!!
4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. (p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. (p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."
Untuk renungan kita bersama..!!
Friday, June 26, 2009
AKIDAH TUNJANG UTAMA MUSLIM
Oleh Idris Musaidris@hmetro.com.my
TUNJANG utama Muslim menerima Islam sebagai sistem hidupnya ialah akidah dan ia perlu menepati prinsip digariskan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Penceramah agama, Zulkarnain Hamzah, berkata akidah yang benar dan sah menjadi syarat utama kepada pengakuan seseorang yang menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya.
"Beriman dan yakin bahawa pencipta alam ini ialah Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain.
"Semua ini dapat dibuktikan melalui keindahan, kerapian dan keselarasan alam ciptaan Allah, yang mana setiap unit alam ciptaan Allah ini memerlukan unit yang lain untuk menjamin kewujudan dan kestabilannya.
"Satu unit daripada kejadian alam ini tidak mungkin wujud dalam keadaan stabil tanpa kewujudan unit lain," katanya dalam Program Pemantapan Iman, di surau The New Straits Times Press (NSTP), Balai Berita, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Program sehari itu disertai lebih 100 warga kerja NSTP termasuk ahli keluarga. Turut hadir, Pengarah Pengeluaran NSTP, Tun Ibrahim Mohd Jafri. Restoran Ali Maju memberi sumbangan 10 hamper untuk program itu.
Zulkarnain yang juga moderator program Astro-Kalam Suci, berkata matlamat dan tujuan Allah menciptakan alam ini sukar difahami secara terperinci kecuali melalui rasul atau wahyu-Nya.
Beliau memetik ayat 115 dan 116 dari surah al-Mukminun yang bermaksud: "Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia."
Jika akidah menjadi syarat utama, ibadat pula adalah kemuncak daripada perasaan tunduk dan patuh kepada Allah.
"Ibadat juga adalah tangga penyambung antara makhluk dan Penciptanya. Selain itu, ibadat mempunyai kesan mendalam di sudut hubungan makhluk dengan Pencipta.
"Logik Islam menuntut supaya seluruh hidup ini adalah ibadat dan taat kepada Allah," katanya.
Perkara itu katanya, selaras dengan maksud firman Allah dalam surah adz-Dzaariyaat, ayat 56 dan 57, maksudnya: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku sesekali tidak menghendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan."
Untuk renungan kita bersama.
Thursday, June 25, 2009
PANTUN PERTAMAKU

Aku masih ingat semasa dialam persekolahan dalam darjah 5, aku dan semua murid-murid dikehendaki mereka pantun masing-masing dan pada keesokan harinya kami dikehendaki membaca pantun masing-masing dihadapan kelas. Jadi bila balik kerumah aku meminta bantuan abang aku untuk memberikan aku pantun. Aku pun mendapat pantun yang diberikan oleh abang aku seperti di atas. Rupa-rupanya pantun aku yang menjadi popular dikalangan cikgu-cikgu di sekolah aku. Pantun ini mengingatkan aku kepada satu-satunya abang aku, Abang Mazlan yang kini telah kembali kerahmatullah. Al-Fatihah.Monday, June 22, 2009
ARTIKEL DALAM MINGGUAN MALAYSIA 21 JUNE, 2009

Warkah buat anakku
Lahirnya anak-anak dalam sebuah keluarga adalah merupakan hari yang paling bahagia untuk kedua-dua suami isteri. Mereka akan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Mereka akan berkorban apa saja demi anak-anak.
Kepada anak-anakku, percayalah bahawa kasih sayang yang bersemi dalam diri ini tidak sedikit pun luntur. Ayahmu ini sentiasa mengingati anak-anaknya dan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ayah walaupun kita berjauhan. Cuba bayangkan semasa saat-saat manis kita meluangkan masa bersama, belajar, bermain, melancung, membeli-belah, berkelah, bergurau, gelak ketawa, dan gembira bersama. Itulah saat kebahagiaan yang ayahmu dapat rasakan dan masih segar dalam ingatan ayahmu ini.
Tetapi apa yang berlaku di tengah-tengah perjalanan ini adakalanya diluar kekuasaan kita. Perpisahan ini bukanlah kehendak ayahmu yang sebenar-benarnya, hanya Allah SWT yang lebih mengetahui. Janganlah jadikan perpisahan ini sebagai dendam yang membara dalam diri anak-anakku. Janganlah kita menjadi hakim, dan janganlah pula kita menjadi pendakwa atau pembela. Tugas anak-anakku hanyalah menghormati ayahmu sebagai seorang ayah, hormatilah tanggungjawab yang ayahmu cuba laksanakan, hormatilah kasih-sayang yang ayahmu ingin berkongsi dengan anak-anaknya.
Ingatlah anak-anakku, seorang ayah akan merasa gembira apabila anak-anaknya gembira, seorang ayah akan merasa bangga bila anak-anaknya berjaya, seorang ayah akan menutup mata dengan aman apabila anak-anaknya mendoakannya. Tetapi seorang ayah akan merasa sedih apabila anaknya bersedih, seorang ayah akan merasa kecewa apabila anaknya gagal, seorang ayah akan merasa berdosa apabila anak-anaknya tidak mendoakannya.
Setiap racun ada penawarnya, setiap kesilapan ada puncanya, setiap dugaan akan ada kenikmatannya.
- Untuk tatapan anak-anakku..!!
Baba, Perlis.
Buat semua insan bergelar bapa,
Kasih bapa sepanjang masa, walau jauh di mata tetapi dekat di hati. Jika patah tidak akan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini, tiada dua atau tiga. Demikian besarnya pengorbanan seorang bapa. Selamat hari bapa..
- Puteri
Petikan Artikel Mingguan Malaysia, Ahad 21 Jun, 2009
ARTIKEL DALAM MINGGUAN MALAYSIA 21 JUNE, 2009

kecewa sikap ayah
Bersama Putri
Pada 21 Jun, 2009 (hari ini) kita akan menyambut Hari Bapa. Pada tahun ini saya bercadang untuk balik ke kampung untuk menziarahinya ayah sempena Hari Bapa.
Tetapi pada minggu yang lalu, saya mendapat panggilan telefon daripada ayah, yang beliau akan datang kerumah saya. Saya amat bersyukur kerana ayah tidak pernah datang ke rumah saya selama ini semenjak saya berpindah ke sini. Ini kerana sepanjang hidup saya, ayah hanya pernah berkunjung ke rumah saya hanya dua kali sahaja semasa saya di Melaka.
Mungkin kerana beliau terlalu sibuk dengan anak-anaknya yang lain, atau tidak berupaya untuk perjalanan yang jauh.
Atau mungkin beliau tidak mahu mengganggu kehidupan kami, atau mungkin beliau mahukan kami balik untuk menziarahinya di kampung.
Tetapi kehadiran beliau ke rumah saya pada kali ini amat berbeza dan saya dapat rasakan ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Beliau tiba dengan sebuah kereta Proton Perdana diiringi oleh adik dan makcik serta seorang pemandu. Saya menjemput mereka semua masuk dan duduk untuk menghilangkan kepenatan perjalanan yang memakan masa lebih dari empat jam itu.
Belum pun isteri saya menghidangkan minuman dan juadah, saya telah merasakan sesuatu yang tidak kena melalui perbualan kami.
Beberapa tahun yang lalu, berlaku perselisihan faham antara saya dan kakak saya yang sememangnya seorang yang dianggap berkuasa dalam keluarga ini (kini bergelar Datin). Saya sering sahaja menjadi mangsa kerana saya tidak sependapat dengan beliau.
Jadi kehadiran ayah ke rumah saya pada kali ini, saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Ayah mula memberi ceramah beliau mengenai agama dan kita perlu berdampingan dengan ulama-ulama dan ustaz bagi menambah ilmu agama.
Beliau langsung tidak mahu mendengar isi hati saya ini dan mula menuduh saya telah terkeluar dari landasan agama dan kehadiran beliau untuk memperbetulkan kepercayaan agama saya.
Saya rasa amat terkejut dengan tuduhan ini dan tidak dapat menerima pertuduhan ini yang datangnya dari seorang ayah. Saya terus mendesak ayah untuk mendengar rintihan hati saya terhadap perbuatan adik beradik yang lain terhadap saya selama ini.
Apakah kesalahan dan kesilapan saya yang menyebabkan saya dibenci dan dipinggirkan dari keluarga ini.
Dan kali ini, ayah datang ke rumah saya untuk pertama kalinya di sini dengan satu matlamat hanya untuk menuduh saya sudah lari dari landasan agama saya??? Kini, saya telah terputus hubungan dengan ayah dan adik beradik yang lain.
– Pak Teh Ji,
Kangar, Perlis
Pak Teh Ji,
Menyelami isi hati saudara, Puteri harapkan janganlah perasaan itu mengeruhkan hubungan kekeluargaan kelak. Sebagai anak, saudara perlu mengalah. Tidak perlu terasa hati dengan sikap ayah. Biasalah, orang tua kadang-kadang tidak sedar apa yang mereka ucapkan. Niat mereka hanya ingin mendidik dan membetulkan kita. Apa yang perlu saudara lakukan, bertenang dan cuba bina kembali hubungan tersebut. Ramai yang terputus hubungan kerana perkara kecil seperti ini. Usaha saudara untuk mengunjungi ayah di kampung adalah terbaik. Mengalah dan cuba mengambil hatinya semula. Namun, ia mungkin mengambil masa yang lama. Tetapi sebagai anak jangan sesekali melukai hati bapa selagi ada hayatnya. Inilah peluang untuk kita menghargainya sebagai tanda terima kasih.
Petikan Artikel Mingguan Malaysia, Ahad 21 Jun,2009
Saturday, June 13, 2009
HADIAH ISTIMEWA DARI SEORANG AYAH SEMPENA HARI LAHIR
Tanggal 10hb. Jun, 2009 yang lalu adalah hari lahir saya. Sebelumnya, saya mendapat panggilan telefon daripada ayah, yang beliau akan datang kerumah saya pada hari itu. Saya amat bersyukur kerana ayah tidak pernah datang kerumah saya selama ini semenjak saya berpindah kesini. Ini kerana sepanjang hidup saya, ayah hanya pernah berkunjung kerumah saya hanya dua kali sahaja semasa saya di Melaka. Mungkin kerana beliau terlalu sibuk dengan anak-anaknya yang lain, atau tidak berupaya untuk perjalanan yang jauh. Atau mungkin beliau tidak mahu mangganggu kehidupan kami, atau mungkin beliau mahukan kami balik untuk menziarahinya dikampung.Tetapi kehadiran beliau kerumah saya pada kali ini amat berbeza dan saya dapat rasakan ada sesuatu yang bermain difikirannya. Beliau tiba dengan sebuah kereta Proton
Perdana diiringi oleh adik dan makcik serta seorang pemandu. Saya menjemput mereka semua masuk dan duduk untuk menghilangkan kepenatan perjalanan yang memakan masa lebih dari 4 jam itu. Belum pun isteri saya menghidangkan minuman dan juadah, saya telah merasakan sesuatu yang tidak kena melalui perbualan kami.
Beberapa tahun yang lalu, berlaku perselisihan faham antara saya dan kakak saya yang sememangnya seorang yang dianggap berkuasa dalam keluarga ini(kini bergelar Datin). Saya sering sahaja menjadi mangsa kerana saya tidak sependapat dengan beliau. Beliau mahukan semua adik beradik mengikut kehendaknya dan bersetuju apa sahaja yang beliau rancang. Saya juga pernah menegur beliau agar jangan terlalu taksub sangat dengan kepercayaan bomoh dan saya pernah juga diberitahu yang beliau pernah bertapa di puncak Gunung Jerai kerana terlalu mempercayai ilmu ini.
Apa yang menjadi isu perselisihan kami adalah kerana saya bertanyakan sebab mengapa beliau membatalkan rancangan perjumpaan hari raya disaat-saat akhir setelah semua persiapan dibuat. Tetapi beliau tidak menjawap pertanyaan saya itu dan terus memarahi dan menghalau saya dan anak isteri saya keluar dari rumah ayah dihadapan semua saudara mara yang ada termasuk ayah. Pada ketika itu ayah tidak berkata apa-apa atau pun berbuat apa-apa. Saya dan keluarga terus keluar dengan perasaan yang amat sedih dan hiba. Semenjak hari itu beliau sentiasa mencari kesalahan dan kesilapan saya sehingga kini. Adik beradik yang lain juga tidak berani untuk datang atau menghubungi saya dan saya rasa mereka-mereka ini telah dipengaruhinya untuk tidak berbaik-baik dengan saya.
Jadi kehadiran ayah kerumah saya pada kali ini, saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Ayah mula memberi ceramah beliau mengenai agama dan kita perlu berdampingan dengan ulama-ulama dan ustaz bagi menambah ilmu agama. Untuk tidak memanjangkan ceramah beliau, saya memohon pada ayah untuk memberikan saya ruang bagi menceritakan apa yang tersirat dan tersurat dalam hati saya ini. Tetapi ayah tidak langsung memberikan ruang kepada saya untuk menerangkan kedudukan dan situasi saya sekarang ini. Beliau langsung tidak mahu mendengar isihati saya ini dan mula menuduh saya telah terkeluar dari landasan agama dan kehadiran beliau untuk memperbetulkan kepercayaan agama saya.
Masyallah, saya rasa amat terkejut dengan tuduhan ini dan tidak dapat menerima pertuduhan ini yang datangnya dari seorang ayah. Saya terus mendesak ayah untuk mendengar rintihan hati saya terhadap perbuatan adik beradik yang lain terhadap saya selama ini, tetapi ayah terus dengan sikap degilnyanya untuk tidak mahu mendengar keluhan hati saya. Saya merasa amat-amat sedih dan tidak dapat menerima tindakan ayah ini. Berlaku sedikit pertengkaran dan ayah terus keluar rumah tanpa menjamah apa-apa dari rumah saya. Saya rasa amat sedih, kecewa dan hiba di atas apa yang berlaku. Saya menangis seperti kehilangan seseorang yang amat disayangi. Saya hairan kenapa ayah tidak mahu langsung mendengar apa yang ingin saya katakan. Saya sebenarnya inginkan jawapan mengapa adik beradik yang lain terus menerus memusuhi dan membenci saya. Semasa emak masih ada dahulu, saya banyak berkorban untuk keluarga ini dan juga adik beradik yang lain, kini pengorbanan saya sudah dilupakan.
Sudah agak lama juga saya tidak berhubung dengan adik beradik yang lain atau balik kekampung, tetapi apa saja yang berlaku saya sering dikaitkan. Sehinggakan saya dituduh dan dikaitkan dengan isu-isu berikut:
- Ada yang membuat laporan polis, saya dituduh mengugut untuk membunuh anaknya?
- Ada yang jadikan saya ini punca pergaduhan suami isteri dan menyebabkan suaminya (abang ipar) ingin memukul saya?
- Ada yang memburuk-buruk nama saya setelah saya membantu anak-anak mereka untuk mendapatkan pekerjaan disyarikat saya bekerja?
- Ada yang menghantar sms supaya saya tidak mengganggu dan mencampuri urusan keluarga ini walaupun saya salah seorang ahli keluarga ini?
Dan kali ini, ayah datang kerumah saya untuk pertama kalinya disini dengan satu matlamat hanya untuk menuduh saya sudah lari dari landasan agama saya??? Masyallah, dari manakah ayah mendapat maklumat-maklumat ini? Apakah yang menyebabkan ayah menuduh saya sebegini rupa. Saya mengucap panjang “LAILLAHAILALLAH MUHAMMADURASULLULLAH”. Kini, saya telah terputus hubungan dengan ayah dan adik beradik yang lain.
Petikan Artikel - Keluhan hati mangsa kezaliman & keegoan manusia..!!
RENUNGKANLAH !!
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI. BAHAWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA, SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI. BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA, SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA. BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERMUSUH-MUSUHAN!"
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.."
( Al-Qur'an, Surah Al-Hujurat ( 49 ):6 ).
Wednesday, June 3, 2009
SAMBUTAN HARI BAPA TAHUN 2009
Selepas kita menyambut Hari Jururawat, Hari Ibu & Hari Guru kini kita akan menyambut pula Hari Bapa yang jatuh pada hari Ahad minggu ke 3 bulan June. Iaitu pada 21 June, 2009 akan datang. Diseluruh dunia hari bapa atau Father’s Day disambut berbeza-beza tarikhnya seperti berikut.21 June 2009- bersamaan Ahad ketiga dalam bulan Jun bagi negara-negara berikut: Malaysia, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe.
5 Disember 2009 - tarikh yang tetap.. bagi Thailand
6 September 2009 - Ahad pertama dalam bulan September bagi negara Australia dan New Zealand
19 Julai 2009 - Ahad ketiga bulan Julai bagi negara Uruguay
19 Mac 2009 - tarikh yang tetap bagi negara Bolivia, Honduras, Itali, Liechtenstein, Portugal, Sepanyol
Selamat Hari Bapa
Bapa, ayah, abah, itulah panggilan keramat anak kepada lelaki yang mempunyai anak. Kehebatan ayah tiadalah tandingannya…. Sebut saja ayah anak pasti berhati-hati. Ayah selalunya tegas dan penuh disiplin dalam banyak hal ayahlah kata pemutus.
Ayah juga jarang menunjukkan secara zahir sayangnya pada anak. Hakikatnya ayah amat sayang pada anak-anak. Kebanyakkan ayah tak banyak cakap tapi banyak tindakan. Ayah banyak mengajar anak-anak dengan perbuatan dan gerak geri. Ayah juga banyak guna bahasa badan, sehingga anak membuat telahan sendiri. Anak-anak kalau bercakap dengan ayah terlalu berhati-hati, kadang-kadang takut kadang-kadang tidak.
Itulah kebanyakan lelaki yang bergelar ayah! Sempena Hari Bapa, hadiahkanlah sesuatu untuk ayah. Beraksilah dipentas kehidupan dengan aksi-aksi yang tidak mengecewakan mereka…!! Nasihat untuk anak-anak yang masih ada ayah, abah & bapak..!!





