Maksud DENGKI : Persaan kurang senang atau gelisah melihat kelebihan yang ada pada orang lain dan berharap agar nikmat tersebut hilang daripadanya.
Haa.. inilah yg dikatakan dengki. Pernah tak terlintas di hati kita perasaan dengki ni? Kalau masih ada, maknanya kena periksa balik la IMAN kita. Sebabnya Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud ” Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki.
(Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)
Adanya perasaan dengki dalam hati kita menunjukkan IMAN kita belum lagi sempurna sebab kalau ada dengki maknanya tiada iman dan sebaliknya. Malah sifat ini diwarisi daripada syaitan laknatullah.(Isk3x..x pasal2 jadi ‘geng’ syaitan!)
Sifat hasad dengki ini juga merbahaya kerana ia boleh merosakkan pahala amalan kita. Hadith Riwayat At-Tirmidzi ada menyebutkan “Sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu api”. Bayangkanlah pahala-pahala yang kita kumpul sejak dahulu akan hilang/hapus dengan mudah jika dalam hati kita masih ada sifat dengki ni. (Alangkah ruginya!)
Walaubagaimanapun, masih ada dengki yang dibolehkan. Percaya tak? Sesungguhnya, Islam itu indah. Bagi peluang untuk rasa merasa dengki ni..hehe.Dengki yg dibolehkan ialah :
1) Apabila kita melihat orang alim (berilmu) yang gemar mengamalkan ilmunya dan mengajarkan ilmu tersebut kepada orang lain, lalu kita pun nak berbuat seperti itu. Dalam erti kata lain, kita belajar/mencari ilmu supaya boleh diamalkan dan diajarkan agar bermanafaat kpd orang lain (bukan untuk berbangga tau).
2) Apabila kita melihat orang kaya/berharta yang gemar bersedekah dan membelanjakan hartanya kejalan ALLAH, lantas kita pun ingin berbuat perkara yg serupa.
Dengki yang dibolehkan ini berdasarkan hadith yg bermaksud: “Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua hal; yaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta dan dia selalu menginfakkannya pada malam dan siang hari (juga iri) terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu ia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain. (H.R Bukhari dan Muslim).
Kedua-dua ‘dengki’ diatas dibolehkan kerana sifat dengki tersebut tidak diiringi dengan harapan supaya nikmat itu dihilangkan daripada orang tersebut malah ia akan melahirkan UMAT ISLAM yang sentiasa berlumba-lumba dalam kebaikan. (*Faham ke ni? Maaflah ayat tunggang langgang!!)
Sebagai penutup, marilah kita amalkan bacaan surah Al-Falaq supaya orang lain tidak dengki terhadap kelebihan nikmat yang ALLAH berikan kepada kita. Kalau mereka dengki pun, biarlah kedengkian itu menjadikan mereka insan yg lebih baik. Amin..
Doaku : ” Ya Allah, hambaMu memohon kepadaMu agar bersihkanlah hatiku ini daripad sifat dengki & juga penyakit-penyakit hati yg lain. Janganlah Engkau timbulkan secalit pun rasa dengki dalam hatiku ini melainkan kedengkian pada insan-insan selayaknya yg bakal menjadikanku hari esok lebih baik daripada hari ini. Dan janganlah juga Engkau jadikan orang lain dengki kepadaku melainkan dalam kedengkian mereka pada ilmu dan amalku supaya mereka juga berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan. Amin ya Rabbal A’lamin…”
Dipetik daripada Blog Pengembara.
No comments:
Post a Comment