
Alhamdulillah, semua anggota-anggota saya tidak mengalami sebarang kecederaan semasa melaksanakan tugas ini. Oleh kerana kawasan ini terlalu besar & anggota-anggota saya terpaksa pula melaksanakan tugas-tugas lain, kerana pada masa yang sama Kompeni-Kompeni dari Malaysian Battalion mengambil kedudukan di penempatan masing-masing. Jadi banyak yang perlu diperbaiki & diselenggara bagi memberikan keselesaan kepada anggota-anggota kita. Saya terus memaklumkan kepada Pegawai Memerintah untuk memohon bantuan daripada Australian Engineer untuk meneruskan tugasan ini bagi memusnahkan periok api & UXB ini di kawasan-kawasan yang masih belum kami musnahkan. Semenjak dari itu anggota-anggota saya & Australian Engineer saling bantu membantu bagi memusnahkan periok api & UXB ini. Kawasan-kawasan yang merbahaya terutamanya di sempadan Namibia & Angola, yang masih saya ingat seperti Ruacana, Opuwo, Oshakati, Ondangwa, Okalongo, Eenhana dan lain-lain lagi yang menjadi sejarah dalam hidup saya. Saya bersyukor & berbangga kerana dapat melaksanakan tugas & tanggungjawab ini disamping menyelamatkan orang-orang awam terutamanya kanak-kanak yang tidak berdosa daripada menjadi mangsa periok api & UXB ini. Simbol kemegahan & keberanian “Anggota-anggota Jurutera” di Namibia ini, kami abadikan bersama “BLUE HELMET’ yang kami pamerkan di Muzium Kor Jurutera Diraja TD, Kluang, Johor.
Sekian, coretan pengalaman saya. WALLAPO NAWA...EH !!
Sekian, coretan pengalaman saya. WALLAPO NAWA...EH !!
No comments:
Post a Comment