Wednesday, March 3, 2010

AL-KISAH

Sebidang tanah di Lot 209, Jalan Kangar-Alor Setar, Kangar, Perlis, pemilik asalnya atas nama Aminah bt Hassan. Pada tahun 1992, anak saudaranya telah memohon untuk berniaga kedai makan di atas tanah tersebut dan pemilik bersetuju untuk membina, memasang pendawaian letrik dan bekalan air menggunakan nama pemilik asal. Perjanjian antara pemilik asal dan anak saudara(penyewa) juga dibuat secara ringkas, tidak tercatit tempoh penyewaan, kadar sewaan dan hanya ditandatangan oleh penyewa, pemilik dan saksi sahaja. Perjanjian tersebut dibuat pada 15hb.Dis, 1998. Semenjak dari hari itu penyewa telah berniaga di atas tanah tersebut sehinggalah sekarang.

Pada bulan Mei,2009, pemilik asal Aminah bt Hassan telah memindah milik tanah tersebut kepada nama anaknya Nooraziah bt Ahmad (Pemilik baru). Satu perjanjian penyewaan yang baru juga telah dibuat oleh penyewa dan pemilik baru pada 23hb. Jun, 2009 dan telah ditandatangan oleh kedua-dua pihak melalui pejabat peguam dan telah di “stamping”. Perjanjian ini dibuat untuk tempoh setahun dan akan tamat pada 30hb. Jun, 2010.

Pemilik baru juga telah mendirikan kedai sementara untuk menjual kek, bun dan cenderahati di sebelah kedai penyewa pada bulan April, 2009 dan mendapat persetujuan daripada penyewa kerana kawasan tersebut tidak mengganggu kedai penyewa. Walau bagaimanapun setelah kedai pemilik beroperasi penyewa telah menunjukkan sikap protes dan cuba menjejaskan perniagaan kedai pemilik. Sehinggalah pada 2hb. Mac, 2010, penyewa telah memotong paip bekalan air ke kedai pemilik tanpa sebab. Apabila pemilik bertanya kepada penyewa beliau memberitahu, beliau tidak dapat menahan lagi kemarahan dan mengambil tindakan tersebut. Pihak pemilik tidak berpuashati dan melaporkan kepada pihak polis dan bekalan air disambung seperti sediakala pada keesokannya dengan campurtangan pihak polis.

Pemilik tidak mendapat maklumat terperinci kenapa penyewa bertindak sedemikian, kerana penyewa sentiasa mengelak untuk berbincang dengan pemilik. Walau bagaimanapun maklumat yang diterima daripada kakak penyewa dan beliau memaklumkan mengenai perkara-perkara berikut:

a. Penyewa tidak berpuashati terhadap perjanjian yang telah dibuat dan beliau berkata perjanjian tersebut tidak ditandatangan dihadapan beliau semasa perjanjian tersebut dibuat dan tidak mahu mengesahkan perjanjian tersebut.

b. Beliau juga mengugut akan membawa peguam yang membuat perjanjian ini ke pihak berkuasa kerana tidak menandatangan perjanjian ini dihadapan beliau.

c. Beliau juga mengugut untuk tidak keluar dari kedai tersebut walaupun perjanjian akan tamat pada 30hb. Jun, 2010 akan datang. Beliau hanya akan keluar dengan mendapat perintah mahkamah sahaja.

d. Beliau juga akan menuntut gantirugi sebanyak RM250,000.00 (Ringgit Dua Ratus Lima Puluh Ribu) daripada pemilik baru sekiranya diarahkan keluar dari kedai tersebut.

Penyewa sebenarnya tidak memahami hak penyewa dan hak pemilik dan menyebabkan beliau bertindak diluar dugaan mengikut kata hati dan perasaan. Beliau sanggup melakukan perkara seperti memotong bekalan air premis pemilik yang mana beliau tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian. Nama di atas plan bangunan, bil letrik dan bil air adalah nama pemilik asal dan setelah pemindahan hakmilik tanah tersebut di tukar milik semuanya akan menjadi hakmilik pemilik baru. Didalam perjanjian yang ditandatangan oleh Penyewa dan Pemilik Baru juga tercatit ; pemilik baru tidak bertanggungjawab di atas perjanjian terdahulu dan bila perjanjian ini ditandatangani perjanjian dahulu dianggap batal. Mulai tarikh itu, pemilik baru mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap semua yang berkaitan tanah Lot 209 ini. Ikatan penyewa dan pemilik adalah hanya terikat kepada perjanjian sewa sahaja dan penyewa tidak mempunyai hak langsung terhadap tanah lot 209 ini. Gantirugi yang berjumlah RM 250,000.00 juga tidak masuk akal. Penyewa juga bertlagak sebagai pemilik dan tidak langsung mahu berbincang atau menyelesaikan masalah secara diplomasi.

Inilah sikap manusia yang ego, tamak dan haloba. Bertindak mengikut hawa nafsu dan tidak berfikir menggunakan akal fikiran. Tidak tahu dimana kita berada dan kemana kita akhirnya..!! Apakah yang dikejar dalam hidup ini, sedarlah dunia ini hanya sementara, yang kekal disana......!!

1 comment:

mangchikla said...

salam tuan. bleh saya apa kesudahan cerita ini, tk. itu pun klu tuan sudi..