PESAN ROH KEPADA MANUSIA HIDUP!!
APABILA roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.
“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.” Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanaku.
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."
HARGAILAH HIDUP INI!!
“Hargai” adalah satu perkataan yang kita akan ingat bila kita hilang sesuatu. Ianya bukan hanya dimaksudkan dalam percintaan sahaja tetapi dalam segala apa yang kita lakukan. Bagi aku, hampir terlupa tentang perkataan ini sehingga bila aku mula ingat kepada perkataan ini segalanya sudah terlambat.
Sebagai contoh, masa kita mempunyai keluarga dan Ibu Bapa, kadang-kadang kita lupa menggunakan ruang dan waktu untuk bersama mereka, mungkin sengaja atau tidak disengajakan. Ini mungkin kerana kita lupa kepada perkataan HARGAI. Tetapi kalau kita selalu ingat perkataan HARGAI mungkin kita tidak akan sengajakan. Bagi aku HARGAI apa yang ada disekeliling kita adalah satu permulaan untuk ingat kepada HARGAI. Janganlah bila sampai masa kita kehilangan dengan salah seorang ahli keluarga, baru kita mula berfikir “kalau aku tahu jadi begini, pasti aku akan lebih menghargai masa lalu.” Jika kita baru teringat sebegitu, mungkin kita akan berasa menyesal. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Aku teringat pulak lirik lagu Rabbani yang menyebut;
INGAT 5 PERKARA SEBELUM DATANGNYA 5 PERKARA
Kena Diingat Lima Perkara
Sebelum Tiba Lima Perkara
Semoga Hidup Aman Bahagia
Waktu Lapang Buatlah Amalan
Sebelum Sibuk Pelbagai Urusan
Waktu Senang Beringatlah
Sebelum Tiba Waktunya Susah
Bila Sihat Jagalah Badan
Sebelum Derita Sakit Tak Keruan
Jika Kaya Bermurah Hati
Dapat Pahala Menolong Orang
Jikalau Miskin Apa Pun Tak Ada
Waktu Kita Hidup Di Dunia
Sediakan Bekalan Sebelum Mati
Walaupun Susah Banyak Halangan
Tabah Dan Sabar Allah Kan Sayang
TAKDIR ITU MILIK ALLAH
Hidup ini bukan selalunya manis, juga, tidak selalunya terang. Ibarat malam dan siang kadang-kadang malam pun tidak berbintang, gelap gelita.
Siang yang terang benderang tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan adakalanya mengakibatkan bencana banjir.
Semuanya dijadikan Allah untuk menguji hamba-hambanya dan setiap ujian itu ada hikmahnya, bagi orang-orang yang sabar serta redha di atas segala dugaannya!!
UNTUK RENUNGAN !!
No comments:
Post a Comment