Menguap..... semua orang menguap termasuk juga saya, tetapi kadang kala kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap. Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut ....ini rasanya kebanyakan orang tahu, Alhamdullilah. . kan manis gitu..!!
Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar dihujung proses tersebut bunyinya pula pelbagai...huargh. ....huh.. ..haaah; dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini. Menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga, syaitan sangat menyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan ..? astarafilullah. .! begitu rupanya...!!
Bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi-bunyian tetapi ucapkanlah istifar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan yang menghiburkan syaitan. Sukakah kita bila syaitan seronok? Sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa dan maksiat yang kadang2 tidak kita sedari, setidak2nya usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada ALLAH subhanawataala dan menjauhkan fitnah syaitan....!!
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Sesungguhnya Allah suka pada orang-orang yang suka bersin dan membenci orang yang menguap. Maka ketika seseorang itu bersin dan memuji Allah, maka adalah menjadi hak kepada bagi setiap orang muslim yang mendengarnya untuk mendoakan berkat ke atasnya. Adapun menguap, maka sesungguhnya hal itu daripada syaitan, maka tolaklah ia sekuat tenaga, maka ketika seseorang berkata: “Haa”, syaitan mentertawakannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Bersin yang dimaksudkan adalah tidak melebihi 3 kali. Jika lebih dari 3 kali maka cepat-cepatlah kita minum air suam. Berusaha dengan sedaya mungkin agar tidak terjadinya menguap. Kerana menguap adalah didorong oleh syaitan. Menguap menunjukkan kemalasan.
Petikan email daripada seorang rakan untuk dikongsi bersama..!!
Petikan email daripada seorang rakan untuk dikongsi bersama..!!
4 comments:
Sorry if I commented your blog, but you have a nice idea.
It could give you more facts.
I could give my own opinion with your topic that is not boring for me.
Thanks for dropping by & your comments too..!! Mejasara
Post a Comment