Sunday, April 25, 2010

KENAPA MELAYU SINONIM DENGAN DENGKI??

Aku tertanya-tanya kenapalah masyarakat melayu ni suka sangat dengan dengki mendengki. Kadangkala dengki ini menjadi-jadi sehingga memudharatkan orang lain. Sehinggakan sanggup menggunakan bomoh dan ilmu hitam untuk menjatuhkan orang lain. Perkara ini pernah terjadi kepada perniagaan aku, kerana aku sendiri pernah terserempak dengan perbuatan menggunakan ilmu hitam ini. Mereka telah meletakkan sejenis tanah bewarna hitam didepan dan belakang kedai serta menyapu sejenis minyak dipintu masuk dan didinding kedai. Bila sahaja aku masuk kekedai aku dapat merasakan satu perasaan tak selesa bila berada didalamnya. Pelanggan-pelanggan pun tak ada yang datang dan hanya lalu lalang seolah-olah kedai kami tertutup. Sehinggakan mereka juga sanggup memotong bekalan air kekedai kami bagi menggagalkan perniagaan kami. Adakalanya mereka akan menghalang pelanggan-pelanggan untuk datang ke kedai kami dengan berbagai-bagai tomahan dan fitnah.

Inilah Melayu Bangsaku..!!

Hasad dengki satu sifat keji yang bahaya kepada diri dan masyarakat. Ia bermakna diri tidak senang apabila orang lain mendapat nikmat dan mengharapkan nikmat itu luput.

Akibat daripada hasad dengki ini ialah:

Diri yang dikuasai oleh perasaan itu akan menderita hidupnya. Dia panjang angan-angan mencari jalan bagaimana kebaikan yang ada pada diri orang yang didengkinya itu akan dihilangkan dan dipindahkan kepada dirinya. Dalam mencari helah itu dia tidak dapat tidur dengan nyenyak, kurang selera makan dan hatinya sentiasa gelisah sehingga nikmat yang ada terlucut daripadanya.

Orang yang hasad itu dimurkai Allah kerana dia tidak redha dengan ketentuan Allah terhadap diri seseorang. Dia memprotes Tuhan kerana memberi nikmat dan kesenangan kepada orang lain, tidak kepada dirinya.

Kerana sikapnya yang buruk itu, Allah menghapuskan pahala kebajikan yang pernah dilakukannya. Ini dapat difahami menerusi Hadis Rasullullah SAW, maksudnya; “Hasad itu memakan pahala amal-amal kebajikan sebagaimana api memakan kayu api yang kering”.

Hasad dengki itu sebenarnya berpunca daripada kelemahan manusia, iaitu sifat tidak mahu kurang daripada orang lain.

Jika rasa itu masih pada peringkat iri hati, dapat juga dibendung, tidak sampai disuarakan atau dilahirkan dalam tindakan. Sebaliknya, jika sudah membesar menjadi hasad dengki, amat sukar dikawal. Akhirnya padah menimpa, bukan saja orang yang didengki, tetapi seluruh bangsa.

Adakah kita sedar, apabila menyebut sahaja bangsa yahudi kita akan sentiasa membenci sikap dan tindakan bangsa ini, tetapi kenapa bangsa yahudi menjadi maju dan dominan di dunia ini. Ini kerana kalau kita jentik telinga seorang bangsa yahudi, maka kita akan dibalas dengan meriam dan kereta kebal. Begitulah mereka apabila membela bangsa mereka sendiri.

KATA Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani:

"Mengapa kamu dengki kepada orang lain, wahai insan? Dengkikah kamu kepada apa yang telah diberikan Allah kepadanya? Apa yang ada padanya itu adalah sebenarnya kurniaan Allah jua. Oleh itu, kenapa dengki? Jika kamu dengkikan dia kerana bimbangkan bahagian kamu, maka kamu adalah jahil kerana apa yang telah diberikan kepada kamu, tidak akan lesap ke tangan orang lain."

Wahai Melayu Bangsaku….Hayatilah & renungkanlah…..!!

5 comments:

kuzairi said...

MELAYU MEMANG KAYA DENGAN SIFAT PHD NYA, LUPAKAN APA YANG MEREKA LAKUKAN, MOHON PADA ALLAH UNTUK JADIKAN MEREKA ORANG YANG BAIK DAN TAK ADA PHD. TERUSKAN HIDUP SEPERTI BIASA, LEBIHKAN DOA KEPADA YANG ESA UNTUK KITA MENERUSKAN HIDUP YANG SEMENTARA NI.

ltkol hj zulkifli said (B) said...

salam brader,
dengki ada yg + dan ada yg - orang melayu rata-rata nya - itu sebabnya selalu di perlekeh oleh bangsa asing.
dengki + adalah baik untuk mengwujudkan semangat bersaing untuk maju tetapi ini tinggal sebagai teori sahaja. tetapi spt tulisan kuzairi hidup mesti di teruskan...

zms187

fauziabd said...

TK Kuzairi & Brader,begitulah bangsa kita dianugerahkan dgn PHD tetapi disalah gunakan.Takut menggunakan PHD utk bersaing dgn bangsa lain tetapi berani dgn bangsa sendiri shj. Suka melihat bangsa sendiri susah!! Sampai bila bangsa kita nak maju.!!

kuzairi said...

Semuanya terpulang kepada keimanan masing2 sekira kuat keimanan sesorang maka PHD akan digunakan kearah kebaikan dan sebaliknya. Kuatkan keimanan kita untuk memajukan diri, agama dan bangsa

adiniel17 said...

Kenapa semua menghujahkan kelemahan bangsa kamu sendiri...kenapa kamu tidak memberi pandangan atau idea utk mengubah kelemahan bangsa sendiri..adakah dengan menghujah dan mengaibkan bangsa sendiri dapat menyedarkan mereka?percayalah..sebenarnya melayu bukan bangsa yang hasad dengki....