Monday, April 26, 2010

KENANGAN MENGUSIK JIWA-SAMBUTAN HUT RAJD KE 57

Pada 21 dan 22hb. April, 2010 yang baru lalu, aku mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur untuk sambutan HUT RAJD Ke 57. Pada mulanya ramai yang ingin turut serta, melebihi 50 orang. Ketua rombongan En Abd Rani Ibrahim dah pening kepala, bas hanya muat untuk 40 orang saja. Tetapi saat-saat akhir ada yang tarik diri, jadi ketua rombongan legalah sikit kerana yang nak pergi hanya 35 orang sahaja. Aku pergi juga ke KL tetapi dengan kereta sendiri bersama dengan Mej (B) Nazlan & Kapt (B) Azhari (Ex-Sappers juga ni geng lama di 9 Skn RAJD). Kebetulan singgah di R & R Gunung Semanggol kami berjumpa dengan rombongan ini. Mantan Ketua Jurutera, Dato’ Jamil & Datin pun ada sekali dan kami sempat berbual sambil makan tengahari sementara menunggu solat zohor.

Sambil makan kami memerhatikan gelagat anggota tentera mundar mandir disitu. Apa yang kami perhatikan ialah cara mereka memakai uniform, ada yang hanya pakai seluar uniform dan T Shirt, baju dibuka dan diletakkan di atas bahu dan ada juga yang memakai baju tetapi dibiarkan terbuka. Cara pemakaian uniform sebegini tidak mencerminkan sebagai seorang tentera yang berdisiplin lebih-lebih lagi ditempat-tempat awam sebegini. Kalau diperhatikan juga terutamanya di Sg Petani dipusat-pusat membeli belah tidak kira waktu, samada waktu kerja atau selepas waktu kerja kita akan nampak mereka berpakaian begini. Kata Dato’ Jamil, kalau dulu nak keluar kem samada dengan uniform atau awam kita akan berpakaian lengkap dan akan diperiksa sebelum keluar dari pintu ‘Guard Room’ dan kita berbangga dengan uniform kita. Aku juga masih ingat peristiwa dimana aku telah ditegur oleh seorang pegawai kanan kerana tidak memakai beret semasa berada dalam Landrover dalam perjalanan dari KL ke Utara. Waktu zohor pun dah masuk dan selepas menunaikan solat zohor kami pun berangkat menuju ke KL.

Kami tiba di Kem Batu Kentonmen jam 6.00 petang dan disambut oleh Mej Hj Sabri Ali dan Mej Subramaniam di Wisma Perwira dan menikmati minum petang yang disediakan oleh 91 Rej Bina RAJD. Kami teringat pula masa-masa dalam perkhidmatan dulu disinilah tempat kami tinggal. Kini hanya tinggal kenangan mengusik jiwa…!! Selepas solat maghrib, kami diraikan pula dengan jamuan makan malam bersama dengan Ketua Jurutera. Kami berkesempatan bertemu dengan rakan-rakan lama yang dah bersara dan juga yang masih dalam perkhidmatan. Banyak yang dibualkan sambil mengimbau kenangan lama. Aku berkesempatan juga bertemu dengan Lt Kol Kamarudin Jani JP&P dan Mej(B) Tajul Hashnan Ghazali yang kini orang kuat di SPNB(Intake sekupang), dan juga Kapt (B) Harris Hussain senior kami masa di AFATS dulu (Intake 8). Aku juga dapat bertemu dengan pegawai yang banyak mengajar aku dan juga sahabat baik aku, Kol Abu Sufian Ahmad yang sekarang ni sebagai Atache di Turki, banyak yang kami bualkan dan rasanya malam tersebut terlalu singkat sebab esok masing-masing nak menghadiri perbarisan pulak. Sedang aku berjalan balik kebilik, aku diajak pula oleh Mej Zamri, Rani & Lt Kol Redo Abduh Abd Hamid untuk pekena teh tarik dan kami berbual panjang mengimbau peristiwa-peristiwa semasa kami di 72 Skn RAJD di Taiping.

Pada keesokannya kami semua berkumpul dan menyaksikan perbarisan HUT RAJD Ke 57. Selepas perbarisan semasa jamuan aku sekali lagi dapat bertemu dengan rakan-rakan yang dah lama tak berjumpa, Mej Nasarudin Che Om (Intake 9) senior kat AFATS dan di RMC TJT 20 dulu. Dicelah-celah tetamu jemputan aku dapat juga berjumpa dengan Lt Kol Dato’ Hj Abd Rahim Abd Aziz, Pegawai Memerintah 40 Rejimen Pakar Pelabuhan dan Lt Kol (B) Baharin Tahir pegawai dari KTMB yang telah bersara dari KTMB dan juga bekas Peg Memerintah 50 Rejimen Pakar Keretapi. Kami sama-sama dahulu terlibat dalam aktiviti-aktiviti dan latihan Rejimen Pakar. Selesai acara kami dan rombongan bergerak balik ke utara dengan seribu kenangan manis. Aku berkesempatan jumpa anak aku Ayesha di Putrajaya sambil makan tengahari.

Aku rasa amat bersyukur kerana masih berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan serta dapat mengimbau kembali kenangan-kenangan lalu dan sekiranya masih berpeluang, Insyaallah ditahun-tahun hadapan aku akan meluangkan masa dalam aktiviti yang dianjurkan, sekiranya dijemput.

Coretan perjalanan ke HUT RAJD KE 57


No comments: