Tuesday, July 29, 2008

KENALI DIRI ANDA MELALUI TARIKH LAHIR ANDA..!!

FORMULANYA :

Contoh tarikh lahir anda : 31 . 7. 1959 (Jumlahkan kesemuanya & dijadikan angka tunggal)




Contoh : 1957 + 7 + 31 = 1995
1 + 9 + 9 + 5 = 24
2 + 4 = 6
-------------------------------------------
Anda dalam kategori PERSONALITI NO. 6


PERSONALITI NO 1.

Pada kebiasaannya, anda tidak suka diarah atau bekerja di bawah orang lain. Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik bagi anda. Anda merupakan seorang yang berani, tegas dan mempunyai cita-cita tinggi. Anda adalah seorang individualis dalam fikiran dan tindakan. Anda menghendaki kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Anda amat yakin dengan diri anda, anda rasa betul dan efisien serta tidak mahu mengalah dalam banyak perkara. Anda suka mengambil inisiatif dan suka menjadi terbaik dan kebiasaannya adalah atau boss.

Selain daripada itu, anda juga bersifat kurang sabar tetapi jujur. Mereka yang tergolong ke dalam temperamen ini mempunyai perilaku yang cepat dalam fikiran dan aksi. Semua kerja hendaklah dijalankan dengan cepat dan tidak boleh ditunggu dan ditangguh. Anda boleh jadi gelisah, dan mungkin akan menyudahkan kerja seseorang yang bekerja secara perlahan. Anda juga mempunyai perasaan cemburu, iri hati, membenci, membalas dendam, curiga dan seumpamanya. Keadaan emosi teramat teramat kuat membakar sehingga menimbulkan cetusan kemarahan.

Antara kelemahan pada diri anda yang sepatutnya diperbaiki ialah sifat anda yang keras kepala, ketuanan, perangai yang sukar berubah, terlalu yakin, tamak dan kurang sabar. Kekuatan diri anda pula ialah banyak idea dan cara baru. Anda mestilah belajar untuk menjadi orang yang pertama dan tidak teragak-agak untuk menangani perkara yang luarbiasa dan original. Sifat keras, fikiran dan kehendak yang tidak dapat diubah boleh menimbulkan ketegangan minda dan tubuh serta penyakit.

Anda dinasihatkan menerima idea dan pendapat orang lain dan berfikiran secara terbuka. Anda sepatutnya kreatif dan mencipta perkara baru. Anda sebaiknya menjadi pengurus syarikat perniagaan atau menceburi bidang keusahawanan, kejuruteraan atau penulisan, maka anda patut mempertingkatkan kebolehan mengurus, keazaman serta wawasan. Pada keseluruhannya anda berada di bawah lambang “KEBEBASAN DAN KETULINAN”.

PERSONALITI NO. 2

Pada kebiasaannya, anda adalah seorang yang bijaksana dengan idea yang bernas tetapi tidak mempercayai kebolehan anda sendiri. Kurang keyakinan diri dalam membuat keputusan. Anda banyak menghabiskan masa untuk membuat pemilihan dan disebabkan perangai ini, anda mungkin kehilangan peluang keemasan. Kelemahan anda ialah amat sensitive, malu dan segan serta takut membuat kesilapan. Anda adalah seorang yang patuh mengikut kata. Anda suka mengikut gerak hati dan tidak suka bersendirian tetapi sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

Selain daripada itu, anda suka menolong dan suka membuat kerja untuk orang lain. Ini membuatkan anda mudah letih dan hilang tenaga. Anda juga mudah mengalah, menyebabkan anda menjadi mangsa orang-orang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun pendiam, fikiran anda aktif, sentisa bersedia dan cerdas. Kurang membantah dan membahaskan. Kebiasaannya, amalan hidupnya dipengaruhi oleh keluarga. Anda selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.

Anda adalah seorang yang baik, pendiam, lemah lembut dan suka melayan orang lain. Tidak tahu mengatakan “tidak”. Dengan itu seluruh tenaganya digunakan untuk membantu orang lain. Kejayaan hidup anda terletak pada kebolehan anda untuk menolong orang lain tanpa mengharapkan ganjaran. Dari segi kerjaya, anda boleh berjaya dalam bidang politik, pegawai kerajaan, pembantu dalam apa juga bidang, kerja-kerja seni, melukis, muzik, dan lain-lain. Anda patut memperbaiki kerja-kerja yang terperinci dan halus.

Kekuatan anda adalah bersifat pendamai dan pengaman. Oleh itu anda sangat sesuai berperanan sebagai diplomat. Anda patut mempertingkatkan kebijaksanaan dan diplomasi. Daya penarik anda sepatutnya ditingkatkan terhadap kumpulan dan masyarakat. Anda patut belajar bergaul dengan baik, lemah lembut dan pandai memujuk serta belajar meningkatkan nilai kendiri (self esteem) danmeluahkan perasaan secara terbuka. Pada keseluruhannya, anda berada di bawah lambang “KERJASAMA DAN PENDAMAI”.

PERSONALITI NO. 3

Pada kebiasaannya, anda adalah seorang yang kreatif, inisiatif, suka bersosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. Anda mempunyai kebolehan yang paling baik jika anda melakukan kerja-kerja yang berkait dengan fikiran. Selain daripada itu, anda juga boleh berjenaka dan senang bergaul. Anda merupakan seorang yang serba boleh. Dengan ini mungkin menghalang diri anda dan mencapai kejayaan yang tinggi kerana banyak penglibatan.

Anda dinasihatkan belajar untuk bertutur dengan baik kerana anda mempunyai kelebihan lisan dan perkataan yang boleh digunakan dalam penulisan, percakapan dan lakonan. Anda juga mesti belajar untukmendengar bisikan hati anda. Anda suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa saja untuk mencapainya. Anda biasanya sangat popular dan idealistik. Selain daripada itu, anda perlu mengelakkan diri dari mengkritik orang lain, tidak sabar, sukar menerima pendapat dan terlalu optismitik.

Anda mungkin kelihatan tenang dan damai, tapi dalam diri anda berkemungkinan ada sifat-sifat negatif seperti benci, marah, iri hati, dengki, ingin melihat kegagalan dan lain-lain. Pengendalian emosi sangat penting, kalau tidak memungkinkan anda berseorangan tanpa kawan karib. Anda mempunyai tabiat, perangai, sifat dan kelakuan tersendiri. Boleh marah-marah terhadap perkara kecil. Kelebihan anda ialah hendakkan kesemuanya dalam teratur, mengikut urutan dan disiplin. Anda perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan realistic.

Oleh itu, bidang kerjaya yang patut anda ceburi ialah sebagai penulis, penceramah, pengkritik, menteri, pelukis, pengiklan, peguam, pakar makanan dan kesihatan, penghias dalaman atau bidang psikik. Pada keseluruhannya, anda berada di bawah lambang “PENERANGAN DIRI DAN CERIA”

PERSONALITI NO. 4

Pada kebiasaannya, anda adalah seorang yang mempunyai cita-cita tinggi. Anda sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Anda sangat peka dan tradisional, dan hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya anda lakukan. Anda suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu secara kerja secara bersendirian. Anda mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.

Anda mungkin bersikap agak degil dan mahu sesuatu mengikut cara anda sendiri, anda cenderung untuk lalai mengambil manafaat dari perkara-perkara besar dan penting kerana terlalu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara kecil dan remeh. Walau bagaimanapun anda berupaya untuk bersabar dan tekun bekerja.

Oleh itu adalah dinasihatkan anda mestilah belajar untuk menjadi seorang yang praktikal, merendah diri dan konservatif. Anda perlu belajar untuk menerima arahan dan nasihat, kerana anda perlu mendapat sesuatu dari diri sendiri dan bukan hanya dari orang lain. Anda juga harus belajar untuk lebih fleksibel dan bersikap lebih baik terhadapa diri sendiri.

Anda juga harus mengubah sifat keras hati, fikiran dan kehendak yang tidak dapat diubah serta kurang simpati kerana ini boleh menimbulkan ketegangan minda dan tubuh serta seterusnya boleh menyebabkan punca-punca masalah dan penyakit yang tidak diingini.

Dari segi kerjaya, anda mungkin lebih berjaya dalam bidang arkitek, petani, kontraktor, mekanik, tukang jahit, pelukis pelan, guru, akauntan atau membuka perniagaan kecil. Pada keseluruhannya, anda berada di bawah lambang “PEROGANISASIAN DAN KONSERVATIF”.

PERSONALITI NO. 5

Pada kebiasaannya, anda ingin menjadi manusia yang serba boleh. Anda perlu belajar mengenainya. Anda berkemungkinan besar mahu menceburkan diri dalam lebih satu kerja pada satu masa. Anda perlukan kebebasan untuk melancong, mencuba perkara baru, melakukan perubahan dan mengikut cara luar biasa. Selain daripada itu, anda mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat. Anda perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.

Anda juga tergolong dalam keperibadian yang menarik perhatian lelaki atau wanita, serta orang ramai. Anda tidak pernah rasa senang hati apabila melakukan kerja-kerja rutin. Anda perlu berhati-hati agar jangan terjerat dalam penyalahgunaan dadah dan seumpamanya kerana anda mudah terpengaruh kepada perkara-perkara yang merugikan bakat anda. Anda merasakan dunia ini adalah sekolah anda, anda memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.

Anda mempunyai tenaga dan semangat yang kuat dan akan merasa muda sentiasa. Antara perkara yang anda perlu elakkan ialah merasa tidak tenteram, tidak puas hati dan mahukan perubahan yang berterusan. Anda sepatutnya tekun pada sesuatu kerja sehinggalah ianya selesai. Persoalan yang bermain difikiran anda tidak pernah terhenti. Anda dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat fakta yang diperlukan sebelum membuat kesimpulan.

Dalam kerjaya, anda boleh berjaya dalam bidang kejurujualan, pengiklanan, ahli psokoloji, penulis, pengarah personal, penyiasat, guru, promoter, guru ilmu ghaib, pensyarah atau penulis cerita misteri atau detektif. Pada keseluruhannya, anda adalah di bawah lambang “ KEBEBASAN DAN PRINTIS”.

PERSONALITI NO. 6

Kebiasaannya, anda adalah seorang yang menginginkan ketepatan, disiplin dan kesemuanya dalam keadaan teratur, tersusun dan mengikut urutan. Anda juga tidak suka mengganggu kehidupan orang lain kerana anda terlampau menumpukan perhatian kepada kesempurnaan diri sendiri. Anda mengharapkan kesempurnaan sepenuhnya dalam apa perkara yang dilakukan dan tidak suka kepada orang yang bersikap sambil lewa dan malas. Anda mungkin seorang yang idealistic dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.

Oleh hal yang demikian, anda mesti belajar untuk bertanggungjawab dan mahu berkhidmat untuk orang lain serta memberi nasihat dan petunjuk secara percuma. Anda mestilah belajar untuk berjaya dalam bidang pelajaran, rumahtangga, atau keluarga. Anda adalah cekap dan mempunyai cara. Kelemahan yang patut dielakkan ialah degil, suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan dan membuat sesuatu yang sukar diterima akal. Walau bagaimanapun anda boleh menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.

Anda juga merupakan seorang yang idealis dan mampu untuk membuat kebajikan yang banyak untuk manusia. Anda selalunya mahu melakukan sesuatu mengikut cara sendiri, meletakkan idea dan juga ideanya ke atas orang lain. Anda juga perlu hidup dalam persekitaran yang artistic dan juga mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga. Hubungan kekeluargaan yang kuat adalah penting buat anda. Anda sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. Anda juga dikatakan sangat setia dan boleh menjadi guru terbaik.

Dari segi kerjaya, anda mungkin boleh lebih berjaya dalam bidang mengajar, memasak, mengetuai institusi, menjadi menteri, menjual makanan, tukang jahit, penghias dalaman, artis, pemuzik, petani, penjual perabot, pelukis atau doktor. Pada keseluruhannya, anda berada di bawah lambang ’PERKHIDMATAN DAN ROMANTIK’.

PERSONALITI NO. 7

Pada kebiasaannya, anda merupakan seorang pemikir atau saintis, seorang yang mahukan kesempurnaan serta seorang penganalisa. Anda tidak menerima sesuatu melainkan ianya terbukti atau boleh dikaitkan dengan fakta. Anda mempunyai minda yang baik dan mampu mengumpulkan pengetahuan dari berbagai bidang. Anda juga mampu menumpukan masa untuk mengkaji berseorangan, beribadat atau munajat. Oleh itu anda patut memilih bidang kerja yang khas. Anda merupakan golongan PENCARI. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi dan anda sukar menerima sesuatu perkara dengan mudah. Anda juga termasuk golongan orang yang suka berahsia.

Selain daripada itu, anda inginkan ketepatan, hendaklah kesemuanya dalam keadan teratur, tersusun, mengikut urutan dan berdisiplin. Anda mengharapkan kesempurnaan sepenuhnya dalam apa jua perkara yang dilakukan dan tidak suka kepada orang bersikap sambil lewa dan malas. Anda tidak pula mengkritik secara terbuka atas keadaan sedimikian, tetapi anda melahirkan rasa tidak senang secara menunjukkan contoh teladan supaya menjadi ikutan. Anda mungkin suka mempersoalkan apa yang ada disekililing anda tetapi anda tidak suka dipersoalkan. Anda kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Anda gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Anda patut memilih bidang kerjaya yang khas. Kerjanya adalah professional bukan manual. Oleh itu, bidang kerjaya yang patut anda ceburi ialah menjadi pendidik, saintis, peguam, guru, penulis, pemain organ, pegawai agama, pakar, pencipta, pelakon atau dalam hal mistik. Anda juga boleh menjadi inspirasi kepada orang lain. Pada keseluruhannya, anda berada di bawah lambang “PENGKHUSUSAN DAN INTELEKTUAL”.

PERSONILITI NO. 8

Pada kebiasaannya, anda mempunyai kebolehan mengurus dan boleh mengurus syarikat besar. Anda mestilah belajar menjadi praktikal, cekap dan seorang yang pandai mengenai perangai dan sikap orang lain. Anda adalah ketua samada dalam perniagaannya sendiri atau dikaca mata awam. Anda mempunyai falsafah, tapi anda seorang seorang yang tabah, waras dan adil. Anda termasuk dalam golongan penyelesai masalah. Anda adalah professional, berterus terang, penilai yang baik dan tegas.

Kejayaan yang besar dalam diri anda akan dicapai bila anda dapat menyeimbangkan antara wang dan keperluan kerohanian, kerana dalam kebiasaan anda mungkin bekerja terlalu kuat untuk menjadi mewah dan ini mungkin meletihkan diri anda dan memesongkan anda dari apa yang sebenarnya anda ingin capai. Anda selalunya mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang baik. Anda sangat suka mengendalikan manusia. Anda melihat manusia sebagai objektif. Anda perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan orang lain.

Anda sepatutnya belajar menjadi seorang pentadbir atau pengurus yang cekap. Oleh itu, bidang kerjaya yang patut anda ceburi ialah menjadi hakim, peguam, jurubank, penasihat kewangan, broker, penganalisis sikap atau dalam perniagaan/keusahawanan, kegiatan sukan, hartanah atau penerbitan atau bekerja dengan kerajaan atau swasta. Pada keseluruhannya anda adalah di bawah lambang “PENGURUSAN DAN PENYELESAIAN”.

PERSONALITI NO. 9

Pada keseluruhannya, anda adalah seorang yang cintakan sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk menolong orang lain. Anda lebih menumpukan perhatian kepada pihak orang ramai. Anda bersifat gagah, boleh dipercayai dan diharap serta menanggung beban tanpa sungutan. Anda tekun bekerja dan berusaha walaupun menghadapi rintangan dan kekecewaan.

Anda mempunyai kelebihan untuk menghiburkan orang lain, sangat penyayang dan pemurah. Dengan daya tarikan yang ada, tiada sesiapa pun yang dianggap asing kepada anda. Anda juga mungkin suka bekerja lebih dan menyembunyikan daripada diketahui orang lain. Kemungkinan anda juga seorang yang agak lambat menyudahkan sesuatu tugas tetapi tekun bekerja. Anda juga patut belajar untuk tidak menjadi tamak dan tidak mengharapkan ganjaran dari usaha anda.

Selain daripada itu, anda juga patut menjadi rajin, bersimpati, tolak ansur dan sensitive terhadap perasaan orang lain. Anda mempunyai imiginasi yang baik dan boleh berjaya didalam banyak bidang. Anda mempunyai personality yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling anda untuk memahami diri anda. Anda boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Untuk lebih berjaya anda perlu membina landasan kasih sayang dan tidak bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

Diantara bidang yang patut anda ceburi ialah bidang perguruan, kedoktoran, menjadi artis, pemuzik, tabib, penulis, pendakwah atau penjual makanan kesihatan. Anda juga boleh jadi penghibur atau pengurus jualan. Anda seorang idealis dan sering kecewa apabila orang lain tidak dapat mencapai apa yang anda harapkan. Oleh itu, anda perlulah mengelakkan diri daripada menjadi kepala angin, penyegan dan teragak-agak. Pada keseluruhannya, anda berada di bawah lambang “KESELURUHAN DAN PENGHIBUR”.


CATATAN : Kajian ini tidak semestinya tepat kerana banyak faktor-faktor lain yang mempengaruhi sikap setiap individu, ianya hanya untuk panduan sahaja.

PASIR MAS, SALOR

Dalam tahun 1985, saya telah ditugaskan untuk membina dan memperbaiki rumah orang-orang tua dalam projek jiwa murni disini. Ada lebihkurang 30 orang semuanya yang menghuni dipondok-pondok ini. Pihak kami telah membina 10 unit rumah yang telah dapat memberikan keselesaan kepada penghuni-penghuninya. Semasa kami disini, kami telah menerima layanan yang baik daripada penghuni-penghuni dan penduduk setempat. Lebih-lebih lagi kemesraan dan keramahan penduduk-penduduk disini yang menyebabkan kami merasa amat selesa sekali. Boleh dikatakan setiap hari kami akan disajikan dengan berbagai-bagai makanan yang dimasak oleh penduduk setempat disini. Kadang-kadang kami dijemput kerumah penduduk-penduduk yang mengadakan kenduri atau jamuan makan. Ada yang menjamu kami dengan laksam, pulut durian, nasi dengan berbagai-bagai jenis lauk pauk, tidak ketinggalan budu & ikan bakar. Kami juga disajikan dengan buah-buahan seperti buah jabit, timun cina, limau dan lain-lain lagi, tetapi buah yang paling saya tidak boleh lupa ialah ‘buah keriat’, yang rasanya agak masam. Saya merasa bersyukur kerana dapat membantu dan berkhidmat kepada masyarakat dengan memberikan keselesaan kepada mereka-mereka yang amat memerlukan.

Nostalgia Coretan kembara kehidupan 1985.

Saturday, July 26, 2008

KAWAL PENINGKATAN KOLESTEROL ANDA...!!

Kolesterol darah yang tinggi merupakan satu keadaan di mana tahap kolesterol dalam darah meningkat tinggi. Lazimnya, badan kita akan mengimbangi kolesterol yang diperolehi dari makanan supaya apabila terlalu banyak kolesterol dihasilkan dari makanan, organ hati akan mengurangkannya. Tetapi jika kita mempunyai berlebihan berat badan atau memakan makanan yang tinggi lemak, maka badan kita tidak lagi mampu mengimbanginya. Bila ini terjadi, paras kolesterol darah akan meningkat.



Faktor risiko penyakit jantung yang lain :

· Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung.
· Tekanan darah tinggi.
· Merokok.
· Diabetes.
· Kegemukan (berlebihan berat badan).
· Gaya hidup yang sedentari.


Jika anda memiliki satu atau lebih dari faktor di atas, anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan kolesterol darah anda.

RISIKO :

Paras kolesterol yang tinggi boleh meningkatkan risiko saluran darah tersumbat yang boleh mengakibatkan:
  • Serangan jantung
  • Angin ahmar (strok)
  • Serangan sakit dada atau angina
  • Tekanan darah tinggi
  • Kegagalan buah pinggang

DIET & GAYA HIDUP

Antara tip untuk mengekalkan paras kolesterol yang sihat:

  1. Buangkan semua lemak dan kulit daripada daging, ayam dan itik sebelum makan. Tukar cara masakan dari menggoreng kepada membakar atau memanggang.
  2. Elakkan kuah dan sos yang berlemak. Gantikan krim dengan yogurt sebagai sos dan hiasan. Pilihlah buah-buahan segar sebagai pencuci mulut dan bukannya kek atau biskut.
  3. Guna minyak sayuran seperti kanola, kesumbar dan zaitun dalam kuantiti yang kecil untuk menggoreng. Kurangkan penggunaan marjerin kerana ia mengandungi minyak separa ter-hidrogen (asid lemak trans).
  4. Hadkan pengambilan makanan yang mengandungi minyak kelapa sawit, minyak kelapa, mentega, telur kuning dan lemak susu.
  5. Udang dan kerang-kerangan boleh diambil sekali-sekala kerana kandungan kolesterolnya lebih rendah daripada yang disangkakan dan ia mengandungi lemak tepu yang rendah.
  6. Tambahkan serat ke dalam diet anda terutamanya serat oat. Pilih bijirin penuh apabila membeli roti atau bijirin.
  7. Hadkan pengambilan organ dalaman haiwan seperti hati, ginjal, otak dan limpa yang tinggi dengan kolesterol.
  8. Senaman adalah senjata penting untuk menentang kolesterol tinggi dan penyakit jantung. Kajian menunjukkan senaman yang kerap (kira-kira 30 minit sebanyak tiga hingga lima kali seminggu) dapat meningkatkan paras HDL serta menyingkirkan kolesterol LDL berlebihan daripada darah. Anda boleh melakukan senaman aerobik, berenang, angkat berat, berjalan kaki dan menari.
Pilihan Makanan :

· Kurangkan makanan bergoreng , coklat, kek dan biskut.
· Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
· Pilih makanan hasil tenusu (dairy products) rendah lemak.
· Pilih makanan kekacang dan daging berikut Ayam, ikan, kacang soya.
· Kurangkan pengambilan jenis-jenis kekerang, udang dan organ-organ dalaman.
· Kurangkan memakan kuning telur dan telur ikan.
· Gunakan minyak sayur-sayuran (kecuali minyak kelapa).


Jumlah paras kolesterol yang disyorkan :

Di bawah 200mg/dl atau di bawah 5.5mmol/L dengan paras kolesterol LDL kurang dari 130 mg/dl dan paras kolesterol HDL lebih dari 35 mg/dl (#1.6 mmol/L). Pada kebiasaannya kaum wanita yang masih mengalami haid mempunyai HDL lebih tinggi dari kaum lelaki. Jadi untuk kaum wanita, paras HDL yang melebihi 55 mg/dl adalah baik dan disyorkan. Jumlah paras kolesterol yang melebihi 200 hingga 220 mg/dl selalunya dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.

Anda disyorkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan agar kalestrol anda berada ditahap yang selamat.

Friday, July 25, 2008

CERITA SENSASI KOR JURUTERA DIRAJA

Penubuhan RAJD pada 22 April, 1953 dengan cogan kata ‘BERUSAHA BERFAEDAH’. Tugas-tugas RAJD bermula dengan peranan awal yang terhad dalam membantu operasi TENTERA PERSEKUTUAN menentang komunis, khasnya dalam tugas-tugas memusnah bom, membersih kawasan periuk api, membina jalan, jambatan, landasan kapal terbang serta menyediakan bekalan air. Sekarang RAJD mampu memainkan peranan yang lebih luas dalam membantu pembangunan negara setelah dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan peralatan dan jentera serta mempunyai pegawai-pegawai dan warga RAJD yang berkemahiran tinggi dan profesional.

Walau bagaimanapun, berlaku peristiwa-peristiwa mengegarkan negara juga melibatkan pegawai-pegawai RAJD. Beberapa tahun dahulu kita masih ingat lagi berlaku peristiwa ‘AL-MAUNAH’, yang mana telah menggemparkan seluruh negara kerana penglibatan salah seorang pegawai RAJD dan yang terkini pula melibatkan pasangan suami isteri yang menjadi tajuk utama di paparan media massa juga dari RAJD. Tetapi adakah ini kebetulan atau pun tidak, sebenarnya pegawai-pegawai yang telah menggemparkan negara ini sebenarnya pegawai-pegawai yang pernah berkhidmat di Skuadron yang sama, Skuadron Jurutera Ke 3. Allahyarham Mej Jamaludin Darus dan Lt Kol Aziz Buyong, kedua-duanya pernah berkhidmat di Skuadron Jurutera Ke 3.

Jadi, kepada pegawai-pegawai RAJD yang pernah berkhidmat dalam Skuadron Jurutera Ke 3 ni cubalah renung-renungkan, apa yang istimewanya mengenai Skuadron Jurutera Ke 3 ini...!!

Wednesday, July 23, 2008

SEJARAH RINGKAS NEGERI PERAK

Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari 'kilatan ikan dalam air' yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.

Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 4 ratus hingga 8 ribu tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama ‘Perak Man’.Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.

Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Roman. Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.

Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar. Dengan kejumpaan ini ekonomi Negeri Perak berkembang dengan pesat dan lebih banyak kawasan perlombongan dibuka. Selain bijih timah, getah juga memainkan peranan yang penting dan ditanam setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.Implikasi dari perkembangan ekonomi ini telah mengwujudkan masyarakat majmuk terutama kaum Cina yang bekerja di lombong-lombong di negeri ini.

Inggeris yang telah lama menaruh hati terhadap Negeri Perak telah campur tangan melalui Perjanjian Pangkor l874 setelah wujudnya kacau bilau di Larut. Dari campur tangan ini sistem pentadbiran Residen telah diperkenalkan dengan J.W.W.Birch sebagai Residen pertamanya.Pada mulanya sistem Residen dijangkakan mendatangkan implikasi yang baik, tetapi kerana pelaksanaannya yang menyeleweng dan ditambah dengan sikap masyarakat pribumi yang tidak mahu dijajah, telah berlaku penentangan yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela. Akibatnya J.W.W.Birch dibunuh pada tahun 1875.Sistem Residen masih juga diteruskan sehinggalah kedatangan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 194l.

Negeri Perak turut mengalami kepahitan semasa pendudukan Jepun hingga tahun l945.Babak penjajahan Inggeris selepas Jepun menyerah diri belum berakhir, malah diteruskan sehingga darurat berlaku pada tahun 1948. Keganasan banyak berlaku di Negeri Perak yang mana Parti Komunis Malaya bertanggung jawab mengenainya.Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu kedudukan Negeri-negeri Melayu adalah tidak stabil. Ditambah dengan kemunculan semangat kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan di kalangan rakyat jelata. Inggeris sedaya upaya mengekalkan kedudukannya dengan memperkenalkan beberapa sistem pentadbiran seperti Malayan Union pada tahun l946.Rakyat jelata mengembeling tenaga bersama-sama dengan pembesar-pembesar negeri telah menentang habis-habisan semua sistem Inggeris. Sehinggalah Inggeris mengisytiharkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu pada tahun l957.

Kemerdekaan Tanah Melayu, bererti kebebasan negeri-negeri gabungannya dan Negeri Perak adalah salah satu dari negeri-negeri tersebut. Perkembangan pesat di semua bidang terus berjalan sehingga sekarang setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.Demi mengenang jasa pejuang-pejuang kebangsaan Negeri Perak samada baginda Sultan sendiri mahu pun pengikut-pengikutnya, maka makam-makamnya telah dipulih dan diabadikan serta diisytiharkan sebagai pahlawan tanah air.

Gitu le coritenye yang teman tau pase negeri Perak ni….!! Moh kite ke Kuale..!! Tapi teman dah tak tingge lagi kat Perak ni yob..!! Mungkin kawan-kawan teman ase orang Perak yang boleh komen, Lokman Hamidi, Raja Ikram, Razali Teori, Shahrudin Keretapi, Helmi, Noorkiah, Sufian, Redzuan Tanjung, Rani Saidin, Tajul Hasnan, Shafiee Lenggong, dll. Yang jadi orang Perak pun ade...Omda & Jamal Tohar kahwin orang Perak..!! Moh kite yob...!!

Sunday, July 20, 2008

SALAM - DISEBALIK BERJABAT TANGAN

BERJABAT tangan, bersalam; satu amalan yang begitu ‘dekat’ dalam kehidupan masyarakat kita sejak dulu lagi. Ia sudah menjadi budaya dan kelaziman, serta pengukur tinggi budi seseorang. Amalan bersalam tidak terbatas untuk masa tertentu saja, malah ia bagaikan satu kemestian dalam jalinan sesebuah hubungan interpersonal. Ia bukan saja diamalkan di kalangan orang kita saja, malah di peringkat global juga walaupun sesetengah negara mempunyai tradisi berlainan dalam menunjukkan ‘salam’ mereka.

Kita sudah terbiasa, bila berjumpa dan diperkenal dengan sesiapa, akan didahului dengan jabat tangan dan apabila hendak berpisah, salam turut dihulur sebagai tanda minta diri. Dalam adat perkahwinan Melayu, sewaktu upacara lafaz akad nikah juga dilakukan secara bersalam antara jurunikah dan pengantin dan juga dalam dunia korporat, amalan ini sering dilihat di waktu perjumpaan, mesyuarat dan tidak ketinggalan di sesuatu majlis menandatangani perjanjian atau kerjasama perniagaan. Jika dilihat dalam kehidupan seharian, khususnya dalam konteks kekeluargaan, bersalam dianggap sebagai tanda hormat kepada seseorang, daripada yang muda kepada yang tua, juga sebaliknya.

Malah, nilai murni ini diterapkan sejak kecil, dan pada peringkat itu lagi kita sudah dididik supaya bersalam dengan orang tua, selain membongkok sedikit bila berjalan di hadapan mereka. Tingginya nilai kedua-dua amalan ini dalam budaya kita hingga seseorang itu dikatakan kurang adab jika tidak melakukannya. Melihat dari gaya hidup masa kini pula, amalan bersalam bukan lagi sekadar perlakuan menghulur dan menyambut tangan semata-mata, tetapi pelbagai jenis salam yang dilakukan segelintir masyarakat pada hari ini.

Diperhatikan, segelintir remaja dan golongan tertentu yang mempunyai gaya bersalam yang tersendiri. Ada yang berjabat tangan, kemudian bercalit ibu jari, ada yang bersalam kemudian berlaga pipi dan tak kurang juga yang sekadar bertampar tangan saja. Yang tak biasa bersalam pun ada! Apapun gaya bersalam yang diamalkan, pokok-pangkalnya kembali kepada diri sendiri. Masing-masing mempunyai hak dalam menentukan tingkah laku masing-masing.

Namun, pada zahirnya, setiap tindak-tanduk dan perlakuan adalah refleksi kepada peribadi kita, seperti yang dikatakan Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Prof Madya Dr Noriah Mohamed. Ikuti paparan nobel mengenai nilai bersalam dan apakah maksud tersirat yang terselindung di sebalik amalan ini.

Salam tanda hormat, kasih “AMALAN" bersalam sememangnya dianjurkan namun ia masih tertakluk kepada batasan tertentu.“Biarpun ia suatu amalan yang dapat merapatkan hubungan persaudaraan dan persahabatan, ia perlu dilaksanakan dengan cara yang betul dan sesuai dengan adat dan kepercayaan kita,” kata Prof Madya Dr Noriah Mohamed.

Melihatkan cara segelintir orang kita bersalaman hari ini, katanya, dapat dikatakan bahawa kebanyakannya tidak benar-benar mengikut matlamat sebenar amalan bersalam. Ada yang tidak bersungguh-sungguh, bersalam secara sambil lewa, jelasnya. Beliau berkata, bersalam nampak seperti mudah, tetapi pada setiap gerak laku itu sebenarnya memberi makna.

Dr Noriah turut memberi contoh bersalam yang wajar diamalkan. “Pada saya, cara yang elok untuk bersalam adalah dengan menghulurkan kedua-dua tangan, digenggam sedikit, kemudian tangan dilekatkan ke dada masing-masing. “Menghulur kedua-dua belah tangan menunjukkan kita ikhlas memberi salam dan menyambutnya dengan dua belah tangan pula menunjukkan kita benar-benar menghargai salam yang dihulurkan. “Sesudah itu, apabila kita meletakkan tangan ke dada, menggambarkan bahawa kita menyematkan kasih sayang yang dihulur melalui salam itu ke hati, ”katanya.

Mengenai pelbagai cara bersalam ‘kontemporari’ yang diamalkan sekarang ini, Dr Noriah mengulas, kebanyakan cara bersalam yang ditampilkan itu ditiru daripada Barat yang kadangkala tidak bersesuaian dengan norma masyarakat kita yang kuat berpegang kepada adat dan agama. “Mengapa perlu mengikut cara orang lain sedangkan budaya warisan kita sudah cukup cantik untuk diamal dan ditunjukkan? “Kadang-kadang ia bukan saja tak manis dipandang, malah tidak membawa apa-apa makna, lari dari prinsip mengapa amalan ini digalakkan. “Ada juga yang tidak menyedari cara bersalam yang mereka ‘pinjam’ dan praktikkan itu mungkin berasal daripada gaya sesetengah kumpulan tertentu seperti gangster atau kongsi gelap yang menggunakan cara berkenaan sebagai identiti mereka,” katanya.

Seelok-eloknya, kata Dr Noriah, sambil bersalam, mata memandang ke arah orang yang disalam. “Ia menunjukkan yang kita hormat pada orang itu. Tidaklah seperti segelintir yang bersalam tapi tak pandang muka, malah ada juga yang menyentuh hujung jari saja. Itu tidak bagus dan bagi yang tidak selesa bersalam kerana perbezaan jantina, cukup sekadar senyum dan tunduk sedikit,” katanya.Dr Noriah turut berpesan kepada generasi muda supaya memelihara budaya bersalam kerana ia melambangkan jati diri bangsa. “Nilai seperti inilah yang melambangkan warisan dan budi pekerti sesuatu bangsa,” jelas beliau.


INFO SALAM (BERJABAT TANGAN)

Menurut sejarah, amalan bersalam dalam Islam adalah tradisi kaum Yaman pada zaman pra-Islam yang kemudiannya tersebar mengikut perluasan empayar Islam. Tujuan perlakuan salam pada zaman dulu adalah untuk membuktikan bahawa seseorang itu datang secara aman, tidak bersenjata. Melalui salam, kita boleh mendapat gambaran mengenai hubungan yang bakal dilalui dengan orang yang disalam.Ia juga dapat menunjukkan ciri-ciri atau perangai seseorang itu.
  • Ada yang mengatakan orang yang mempunyai tapak tangan besar yang menilai melalui pandangan mata, seorang yang terurus dan bekerja mengikut kaedah.
  • Orang yang bertapak tangan kecil pula mempunyai perancangan yang besar, bervisi dan imaginatif serta tidak gemar kerja bersistem.
  • Jari yang panjang pula menunjukkan orang itu mengambil masa yang lama untuk membuat sesuatu keputusan dan kurang aktif.
  • Yang berjari pendek pula dikatakan agak panas baran, periang, materialistik dan suka mengawal.
  • Tangan yang berpeluh menunjukkan orang itu jenis yang tidak bermuka-muka.
  • Genggaman yang kuat menunjukkan orang itu suka mengongkong.
  • Jika yang menggenggam hanyalah jari, menunjukkan orang itu kurang yakin dengan hubungan yang terjalin.

JENIS JABAT TANGAN

Biasanya tapak tangan akan berpeluh bila anda gugup, jadi pastikan ia kering sebelum bersalam.

  • Jabat tangan lembut - menunjukkan kelemahan, kurang keyakinan, dan kurang minat.
  • Jabat tangan sekadar sentuh - cara begini patut dihindari kerana ia akan membuat orang tidak suka kepada anda. Namun ia boleh terjadi bila anda dalam keadaan tergesa-gesa, oleh itu segeralah meminta maaf.
  • Jabat tangan peras - kadangkala yang bersalam itu ingin membuktikan bahawa dia yang paling kuat. Ada yang suka bersalam cara begini tetapi apa-apapun pastikan orang yang anda salam itu boleh menerima cara anda.

Petikan Balqis: Salam - Disebalik jabat tangan.

Friday, July 18, 2008

TSUNAMI POLITIK - GELOMBANG BELUM BERAKHIR..!!

Tsunami politik selepas PRU ke 12, masih belum berakhir. Walaupun hampir 5 bulan sudah berlalu, tetapi kesannya amat dirasai oleh rakyat kini. Gelombang kesan bahana kenaikan minyak amat dirasai oleh semua lapisan masyarakat samada yang bekerja dengan kerajaan, swasta, berniaga apatah lagi yang bekerja sendiri. Kesan yang ditanggung ini telah memberikan impak kepada emosi setiap individu. Kehidupan tidak lagi selesa sepertimana sebelumnya, dirumah, dipejabat, perjalanan menggunakan kenderaan ataupun pengangkutan awam, semuanya memberikan tekanan dalam kehidupan seharian. Semuanya resah dengan kenaikan harga barang keperluan harian yang mendadak akibat kenaikan harga minyak.

Kemudian diikuti dengan situasi politik negara kini yang mencetuskan suasana yang tegang dikalangan rakyat. Kini rakyat keliru dan perpaduan dikalangan orang-orang Melayu terutamanya telah retak kerana telah disajikan dengan isu-isu keaiban sesama pemimpin-pemimpin Melayu sendiri. Tuduh menuduh dengan isu-isu yang kita sendiri pun tidak tahu kesahihannya. Maka emosi dikalangan penyokong-penyokong akan terserlah dengan kemarahan dan kekacauan. Maka ramailah yang keluar dijalan-jalan berteriak dengan slogan-slogan yang mengutuk dan mengaibkan sesama kita.

Apabila pihak berkuasa membuat sekatan dijalan-jalan, menyebabkan kesesakan lalulintas, maka ramai yang terkandas untuk urusan kerja harian. Emosi tidak terkawal dan kerja tidak lagi produktif. Masing-masing akan meluahkan perasaan tidak puashati dan timbul pula gelombang penyebaran fitnah melalui laman blog dan email yang tidak dapat dibendung. Rakyat disajikan dengan berbagai-bagai cerita yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat. Rakyat tidak lagi produktif dan mula melemparkan kritikan akibat tindakan pihak berkuasa. Di Parlimen, wakil-wakil rakyat pula bertegang urat bukan untuk menyelesaikan masalah rakyat tetapi untuk melepaskan perasaan geram masing-masing.

Akibatnya, keamanan negara tergugat. Kemakmuran dan kesejahteraan dalam masyarakat majmuk tidak boleh dibanggakan lagi. Dunia kini memerhatikan kita dengan isu-isu yang boleh menjejaskan kredibiliti sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Negara-negara yang mencemburui kita akan bertepuk tangan dan mungkin ada yang akan mengekploitasi suasana politik dan ekonomi yang tidak menentu ini. Sekiranya kita memenangi 10 pingat emas sukan olimpik ogos ini sekalipun, rasanya tidak boleh memulihkan imej yang telah tercalar dimata dunia, tidak ada yang boleh dibanggakan lagi. Tidak perlu kita memberikan imbuhan RM1 juta kepada pemenang-pemenang pingat emas seperti yang dicadangkan oleh KBS.

Ada baiknya kita memberikan imbuhan ini kepada pemikir-pemikir yang boleh mencetuskan idea dalam kemelut masalah kenaikan harga minyak ini. Kita mempunyai IPTA dan IPTS yang mempunyai prasarana yang boleh mengilhamkan idea dalam mengkaji dan mencipta sumber alternatif tenaga yang baru. Sebagai contoh, biofuel,biodiesel & hydrofuel yang boleh mengurangkan penggunaan minyak kenderaan, tenaga solar bagi menggantikan penggunaan tenaga elektrik, tenaga air dan angin yang mungkin boleh membantu dalam penghasilan tenaga alternatif dan berbagai-bagai idea yang boleh diketengahkan yang lebih ekonomi dan bersifat mesra alam. Dengan imbuhan RM 1 juta ini, kita boleh mengubah minda rakyat daripada ‘pengkritik’ kepada ‘pemikir’. Maka, tidak secara langsung kita dapat melahirkan rakyat yang kreatif, inovatif dan produktif.

Janganlah dibiarkan gelombang tsunami yang sedang bergelora dikalangan rakyat menjadi tsunami yang boleh memusnahkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Janganlah kita lupa pengorbanan wira-wira dan pemimpin-pemimpin kita yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara yang kita kecapi selama ini. Kemenangan wakil-wakil rakyat yang dipilih bukan bermakna ‘kesenangan’ dan ‘kekayaan’ sudah ditangan tetapi merupakan amanah yang perlu dipikul sebaik mungkin. Kini rakyat sudah semakin matang dan bijak memilih serta menentukan pemimpin. Suara rakyat jangan dipermudahkan lagi sepertimana pilihanraya sebelum ini…!!

Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat, bumi di pijak milik orang,
Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesama kita, cinta lenyap diarus zaman,

Indahnya bumi kita, warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain, kitakan merintih sendiri,
Jangan buang waktu lagi, majulah raih semua mimpi,
Hapuskan sengketa teruskan usaha, kita gagah dinusantara…!!



Untuk renungan kita bersama..!!

SETAHUN DI OSHAKATI

Setahun aku meninggalkan tanah air Malaysia, kerana melaksanakan tugas sebagai pasukan pengaman di bawah PBB untuk misi UNTAG di Namibia, yang berpengkalan di Oshakati. Bermakna juga setahun aku meninggalkan keluarga, lebih-lebih lagi berpisah dengan satu-satunya anak aku yang berumur 2 tahun pada ketika itu yang tidak pernah terpisah dengan aku. Suara tangisannya masih aku dengar semasa menghantar aku di Lapangan Terbang Subang pada 20hb. April, 1989. Begitulah juga rasa rindu teramat sangat berpisah dengan mereka. Pada ketika itu hanya surat sebagai penyambung berita, kadang-kadang aku ke Pos Kantoor (Pejabat Pos) untuk membuat panggilan telefon, tetapi adakalanya gagal kerana masalah teknikal. Kadang-kadang rasa pilu apabila melihat rakan-rakan menerima surat serta gambar-gambar keluarga yang dikirim, tetapi aku tidak menerima apa-apa berita. Walau bagaimanapun aku tetap bersyukur kerana Allah SWT memberikan kekuatan untuk melaksanakan tugas yang memang mencabar di Namibia dan berjauhan dengan keluarga.

Cuaca panas dan bulan puasa pula semasa menjalankan tugas memusnahkan periok api dan UXB, kadangkala mencabar ketabahan dan kesabaran aku. Walau bagaimanapun demi tugas aku terpaksa juga mengharungi cabaran itu. Alhamdulillah, lama kelamaan aku dapat membiasakan diri. Tugas-tugas yang diamanahkan dapat juga aku laksanakan bersama-sama dengan anggota-anggota aku yang memang terlatih bagi menjalankan tugas-tugas ini. Selepas musim panas dan hujan, tiba pula musim sejuk dan adakalanya sampai ketulang hitam. Bila tiba malam minggu kami akan sembelih kambing untuk brai (BBQ). Kambing di Namibia kami tukar je dengan nenas dalam tin, jem dan biskut. Orang tempatan memang suka bila dapat nenas dalam tin ini, sampai menjilat jari.

Masalah utama ialah komunikasi, terpaksa la guna bahasa isyarat, kadang-kadang aku bawa jurubahasa, baru boleh bercakap dengan diaorang. Orang-orang tempatan memang suka dengan tentera Malaysia, sebab kata mereka kita ni baik-baik dan tak sombong (ta tak sombong). Tetapi lama kelamaan aku dapat juga memahami dan bertutur bahasa mereka sikit-sikit. Kalau Selamat Pagi kaum Ovambo kata ‘Wararapo’, kaum Harero pula kata, ‘moro wapenduka’ dan bahasa Afrikaan pula ‘guir more’. Kalau apa khabar, kaum Ovambo kata, ‘ongipi nawa’, kaum Harero kata ‘biri nawa’ dan Afrikaan kata ‘ogandit’. Tetapi bahasa Afrikaan ni ada juga persamaan dengan bahasa kita, contohnya pisang, diorang pun kata pisang, laci pun diorang kata laci dan ada beberapa perkataan lagi yang sama. Sebabnya, pengaruh bahasa dari Malay Cape. Aku pernah bertemu seorang yang berketurunan Malay Cape masa di Whindhoek, dia menceritakan yang datuk beliau berasal dari Johor. Ha...jumpa orang kampung la pulak..!!

Selepas penat menjalankan tugas kami bercuti pusing Namibia. Biasanya aku dengan kumpulan aku yang sehati sejiwa. Kami melawat ke Luderitz, Swakopmund,Walvis Bay, Namib Desert, Meteorite, Hardap Dam, First River Canyon dll. Skot aku Jamal Tohar (Mej(B)KP), pasal makan & pengangkutan dia la yang incharge. Azeri (Kapt(B) Ord), tukang siapkan peralatan khemah & kelengkapan sekali sekala kena buat minuman hot cokelat. Azman (Mej paymaster dlm service lagi kut), dia siapkan RM tukar ke Rand & welfare officer, tak cukup duit Azman la yang jadi banker. Zainol (sekarang Lt Kol kor Ord masih dlm service),jadi driver la tukar-tukar dgn aku. Tapi Zainol dia akan bawa buah dadu dan gantung dlm Land Cruiser UNTAG 1092, kalau tidak dia tak boleh drive..!! Kadang-kadang Ustaz Kapt Nikmat (Mej(B)) pun join kami juga. Seronoknya Ustaz Nikmat ni, dia kelakar...tapi bila kuliah atau Kutbah Jumaat semua lah kena hentam kalau ada yang tak kena...!!

Selepas setahun berada di Namibia, tanggal 3hb.April, 1990 kami selamat tiba di Lapangan terbang Subang disambut oleh kaum keluarga dan sahabat handai serta pegawai-pegawai tinggi ATM. Anak aku Mohd Afiq, mulanya tak dapat mengenali aku kerana setahun berpisah....!! Agak lama juga barulah dia okay...!! Walau bagaimanapun, Alhamdulillah kami dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan jayanya serta mendapat pengikhtirafan dari PBB.



Coretan Kembara Namibia 1989-1990

Wednesday, July 16, 2008

MENGENALI PERWATAKAN ANDA MELALUI BULAN KELAHIRAN

Menurut kajian psikoloji, perwatakan manusia boleh dilihat daripada bulan kelahiranya mengikut tarikh-tarikh seperti dibawah. Bagi yang lahir pada pertindihan tarikh, ianya bermaksud seseorang itu cenderung bersikap mengikut dua bulan. Walau bagaimanapun kajian ini tidak semestinya tepat kerana banyak faktor-faktor lain yang mempengaruhi sikap seseorang itu terutamanya, corak kehidupan, keluarga, persekitaran termasuk seorang ibu semasa mengandungkanya.

18 DISEMBER – 23 JANUARI
Bercita-cita tinggi; serius; suka mendidik dan dididik; mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik; rajin; kemas dan teratur; sensitif; pandai mengambil hati orang; pemalu; daya tumpuan sangat tinggi; berdisiplin; romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya; sayang kanak-kanak; suka duduk rumah, setia; perlu belajar kemahiran sosial; cemburu.


18 JANUARI - 23 FEBRUARI
Berfikiran abstrak; bijak; personaliti mudah berubah; pendiam; pemalu dan rendah diri; jujur dan setia; keras hati; tidak suka dikongkong; suka kegiatan lasak; sensitif; mudah mempamerkan marah; tidak suka benda remeh-temeh; suka berkawan tapi kurang mempamerkan; berani; bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan; pemerhatian tajam; suka berhibur dan bersukan; suka benda seni; sangat romantik; cenderung kepada benda tahyul; boros.

18 FEBRUARI - 23 MAC
Personaliti menarik; mudah didampingi; pemalu; pemendam rasa; jujur; pemurah; mudah simpati; sangat sensitif dengan perkataan yang dituturkan; peka keadaan orang lain; tidak cepat marah dan amanah; tahu membalas budi; pemerhatian dan penilaian tajam; suka berangan-angan; suka melancong, manja dan suka perhatian; suka hiasan rumah; bakat dalam seni muzik.

18 MAC – 23 APRIL
Sangat aktif dan dinamik; cepat buat keputusan tetapi cepat menyesal; pandai manjakan diri; ingatan dan gerak hati yang sangat kuat; pandai memujuk; suka berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang; sangat berani; suka pengembaraan; pengasih; sopan santun dan pemurah; emosi cepat terusik; agresif; pandai mendorong diri dan memotivasikan orang lain; terlalu cemburu.

18 APRIL – 23 MEI
Keras hati dan degil; kuat semangat, bermotivasi tinggi; pemikiran tajam; mudah marah; pandai mengambil hati; tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi orang lain; mudah dipujuk; kuat daya firasat; memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu; daya khayal tinggi; pandai berdebat; suka sastera, seni muzik, serta melancong; tidak berapa suka duduk di rumah; tidak boleh duduk diam; rajin dan bersemangat tinggi; agak boros.

18 MEI – 23 JUN
Berfikiran jauh; berwawasan; mudah ditawan kerana sikap baik; lemah lembut; mudah berubah sikap, idea dan mood; idea terlalu banyak; sensitif; sentiasa berfikir; suka bertangguh; terlalu memilih; mahukan yang terbaik; cepat marah cepat sejuk; suka bercakap dan berdebat; suka buat lawak, bergurau; cerdas; berangan-angan; mudah dan pandai berkawan; sangat tertib; pandai mempamerkan sikap; mudah kecil hati; suka berkemas; cepat bosan; cerewet; kurang mempamerkan perasaan; lambat hendak sembuh apabila terluka hati; suka kepada barang berjenama.

18 JUN – 23 JULAI
Seronok didampingi; berahsia dan sukar dimengerti terutama lelaki; pendiam; mementingkan maruah; tidak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan; mudah dipujuk dan bercakap lurus; sangat menjaga hati orang lain; sangat peramah; mudah terluka; berjiwa sentimental; mudah memaafkan tetapi sukar melupakan; tidak suka remeh-temeh; peka, penyayang; tinggi daya simpati; pemerhatian tajam; suka menilai orang lain dengan pemerhatian; mudah dan rajin belajar; suka muhasabah diri; suka mengenang peristiwa atau kawan lama; suka mendiamkan diri; suka duduk rumah; suka tunggu kawan tapi tidak cari kawan; tidak agresif kecuali terpaksa; minta disayangi; mudah terluka hati tapi lambat pulih; terlalu mengambil berat; rajin dalam membuat kerja.

18 JULAI – 23 OGOS
Suka berlawak; mudah tertawan kepadanya; sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain; tidak tahu takut; agak tegas; bersikap kepimpinan; pandai memujuk; pemurah; ego; dahagakan pujian; semangat juang luar biasa; cepat marah; mudah mengamuk; sangat cemburu; daya pemerhatian tajam; teliti; cepat berfikir; suka memimpin dan dipimpin; suka berangan; berbakat dalam seni lukis, hiburan; sangat sensitif tetapi tidak mudah merajuk; belajar untuk bertenang; sikap kelam kabut; romantik; penyayang; suka mencari kawan.

18 OGOS – 23 SEPTEMBER
Bersopan santun; bertolak ansur; teliti; teratur; mengkritik; pendiam tetapi pandai bercakap; tenang; baik; mudah simpati; sangat prihatin; terperinci; amanah; setia; jujur; kerja sangat sempurna; sensitif; banyak berfikir; daya penaaklukan yang baik; bijak; mudah belajar; suka mencari maklumat; pandai mendorong diri; mudah memahami orang lain(daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia; suka sukan, hiburan, melancong; kurang menunjukkan perasaannya; terluka hatinya sangat lama disimpan; terlalu memilih pasangan; bersistematik.

18 SEPTEMBER – 23 OKTOBER
Suka bersembang; suka ambil jalan tengah; sopan-santun; tidak pandai berbohong, berpura-pura; mudah simpati, baik, pentingkan kawan; sentiasa berkawan; hati mudah terusik tetapi merajuk tidak lama; cepat marah; tidak menolong orang kecuali diminta; suka melihat dari perspektifnya sendiri; tidak suka menerima pandangan orang lain; suka berangan; pandai bercakap; daya firasat sangat kuat(terutama perempuan); suka melancong, sastera, seni; penyayang; lemah-lembut; romantik dalam percintaan dan mudah terusik hati; cemburu; ambil berat mengenai orang lain; suka kegiatan luar; adil; boros; mudah dipengaruhi persekitaran; mudah patah semangat.

18 OKTOBER – 23 NOVEMBER
Sensitif, cekal, suka menunjukkan kuasa dan suka dominan dalam perhubungan sosial. Banyak idea; berfikiran kehadapan, unik dan bijak; banyak idea baru; tajam fikiran; daya firasat sangat halus dan tinggi; cermat dan teliti; personaliti dinamik; berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia; banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra; berani, pemurah, setia dan sabar; degil; tidak suka marah kecuali digugat; ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah dan mendorong diri; tidak hargai pujian; semangat dan daya juang sangat tinggi; romantik; rajin dan berkemampuan tinggi; amanah, jujur dan setia; bercita-cita tinggi; perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

18 NOVEMBER – 23 DISEMBER
Sangat setia dan pemurah; patriotik; aktif dalam permainan dan pergaulan; kurang sabar dan tergesa-gesa; bercita-cita tinggi; suka menjadi orang berpengaruh; suka bergaul; suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai; jujur, amanah, dan bertolak-ansur; tidak pandai berpura-pura; cepat marah; perangai berubah-ubah; tidak ego walaupun harga diri sangat tinggi; benci kongkongan; suka berlawak; dan berfikiran dengan lojik.

Sumber dipetik dari Dimensi Berita Minggu, Mac2007.
"Dalam Islam, perlakuan yang dilakukan selama 40 hari berturut-turut akan menjadi tabiat baru dan nama juga menjadi doa bagi mengubati perlakuan buruk kita" - Dato' Fadzillah Kamsah.

Sunday, July 13, 2008

ISN'T IT AMAZING THAT GEORGE CARLIN COULD WRITE SOMETHING SO VERY ELOQUENT AND SO VERY APPROPRIATE FOR US TO REMEMBER..!!

George Denis Patrick Carlin (May 12, 1937June 22, 2008) was an American stand-up comedian, actor and author who won four Grammy Awards for his comedy albums. Carlin was noted for his political insights, his black humor and his observations on language, psychology, religion and on many taboo subjects. Carlin and his "Seven Dirty Words" comedy routine were central to the 1978 U.S. Supreme Court case F.C.C. v. Pacifica Foundation, in which a narrow 5–4 decision by the justices affirmed the government's power to regulate indecent material on the public airwaves.


In the 1990s and 2000s, Carlin's stand-up routines focused on the flaws in modern-day America. He often took on contemporary political issues in the United States and satirized the excesses of American culture. He was placed second on the Comedy Central cable television network list of the 10 greatest stand-up comedians, ahead of Lenny Bruce and behind Richard Pryor.[20] He was a frequent performer and guest host on The Tonight Show during the three-decade Johnny Carson era, and was also the first person to host Saturday Night Live.


A Message by George Carlin:


The paradox of our time in history is that we have taller buildings but shorter tempers, wider Freeways , but narrower viewpoints. We spend more, but have less, we buy more, but enjoy less. We have bigger houses and smaller families, more conveniences, but less time.

We have more degrees but less sense, more knowledge, but less judgment, more experts, yet more problems, more medicine, but less wellness. We drink too much, smoke too much, spend too recklessly, laugh too little, drive too fast, get too angry, stay up too late, get up too tired, read too little, watch TV too much, and pray too seldom.

We have multiplied our possessions, but reduced our values. We talk too much, love too seldom, and hate too often.We've learned how to make a living, but not a life. We've added years to life not life to years. We've been all the way to the moon and back, but have trouble crossing the street to meet a new neighbor. We conquered outer space but not inner space.

We've done larger things, but not better things. We've cleaned up the air, but polluted the soul. We've conquered the atom, but not our prejudice. We write more, but learn less. We plan more, but accomplish less. We've learned to rush, but not to wait. We build more computers to hold more information, to produce more copies than ever, but we communicate less and less.

These are the times of fast foods and slow digestion, big men and small character, steep profits and shallow relationships. These are the days of two incomes but more divorce, fancier houses, but broken homes. These are days of quick trips, disposable diapers, throwaway morality, one night stands, overweight bodies, and pills that do everything from cheer, to quiet, to kill. It is a time when there is much in the showroom window and nothing in the stockroom. A time when technology can bring this letter to you, and a time when you can choose either to share this insight, or to just hit delete...!!

Remember; spend some time with your loved ones, because they are not going to be around forever.

Remember, say a kind word to someone who looks up to you in awe, because that little person soon will grow up and leave your side.

Remember, to give a warm hug to the one next to you, because that is the only treasure you can give with your heart and it doesn't cost a cent.

Remember, to say, 'I love you' to your partner and your loved ones, but most of all mean it. A kiss and an embrace will mend hurt when it comes from deep inside of you.

Remember to hold hands and cherish the moment for someday that person will not be there again.Give time to love, give time to speak! And give time to share the precious thoughts in your mind.

AND ALWAYS REMEMBER: Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.

By : George Carlin

Rcvd email from funser…tq

Saturday, July 12, 2008

GUA MUSANG

Gua Musang terletak dibahagian selatan Negeri Kelantan . Ia disempadani oleh jajahan Kuala Krai dan Jeli di Utara. Manakala negeri Pahang dibahagian selatan, negeri Perak di barat dan negeri Trengganu dibahagian timur. Ia merupakan jajahan yang paling jauh dari bandar Kota Bharu ,ibu negeri Kelantan. Kawasan ini merupakan kawasan pertanian dan tanaman utama ialah kelapa sawit, sayur-sayuran ditanah tinggi dan tanah rendah, buah-buahan dan lain-lain tanaman jangka pendek . Kebanyakan kawasan adalah dibawah pentadbiran KESEDAR (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan), agensi pembangunan tanah persekutuan. Pada umumnya kawasan disini adalah tanah tinggi dan curam dilitupi oleh hutan dan berbukit-bukau.
Gua Musang merupakan bandar yang menghubungkan Kuala Lipis, Pahang ke Kota Bahru, yang akan melalui Kuala Krai, Kelantan.

Pada tahun 1984, saya telah ditugaskan disini untuk membina sebuah kem tentera di Gua Musang. Ini adalah merupakan projek yang pertama dalam karier saya sebagai seorang pegawai jurutera. Kem ini pada mulanya tidak mempunyai kemudahan asas, dan anggota-anggota tentera yang bertugas disini hanya tinggal didalam khemah dan pondok sementara sahaja. Saya bersama dengan 30 anggota-anggota jurutera yang berpengkalan di Kem Desa Pahlawan pada ketika itu telah dapat melaksanakan pembinaan kem yang mempunyai bangunan kediaman, pejabat dan rumah masak yang lengkap dengan bekalan letrik yang menggunakan generator dan sistem bekalan air. Kem ini dapat memberikan keselesaan kepada anggota-anggota tentera yang bertugas disini.

Kini Gua Musang telah berubah wajah, banyak pembangunan telah berlaku disini. Dahulu, bandarnya agak sunyi, kini telah sibuk dan kawasan-kawasan menarik untuk tujuan rekreasi dan pelancungan juga ada disini. Kalau anda dalam perjalanan ke Kota Bahru melalui Kuala Lipis, anda akan melalui Gua Musang. “Jange lupo singgoh dulu di Guo Musee, kito make nasi berlauk…!!”

Catatan Kembara kehidupan 1984..!!

Friday, July 11, 2008

MANUSIA ISTIDRAJ MANUSIA YANG LUPA DARATAN

Walaupun dia membuat maksiat, tapi dia merasakan Allah SWT menyayanginya. Manusia seperti ini kadang-kadang memandang hina kepada orang-orang yang suka beramal dan ke masjid. Apatah lagi orang yang selalu ke masjid itu hanya berselipar jepun atau berterompah kayu, sedangkan dia naik kereta mewah.

“Alah, siang malam ke masjid, ke surau, tapi basikal buruk pun tak ada. Tengok aku..! Aku nak ke kelab malam dengan kereta mewah. Walaupun aku tidak pernah bersembahyang, tapi Allah SWT sayangkan aku. Kalau awak sedikit ibadat, tentu awak juga akan kaya macam aku.” Katanya dengan sombong.

Inilah jenis manusia yang tidak sedar akan dirinya sendiri. Dia melakukan maksiat pagi petang, siang dan malam, dia sangka Allah SWT sayangkannya.

Maka mereka yang berpendapat sedemikian, baik mereka mereka yang mengaku muslim, lebih-lebih lagi yang kepada orang yang sudah nyata kafirnya, berterusanlah mereka menggunakan nikmat pemberian Allah SWT yang berupa harta kekayaan, kebesaran, pangkat dan kuasa mereka untuk melakukan penindasan dan kezaliman serta maksiat (derhaka) kepada Allah SWT yang berterusan.

Sesungguhnya mereka tidak faham dan tidak sedar sama sekali bahawa pemberian nikmat itu ada istidraj daripada Allah SWT. Dengan pemberian nikmat yang tidak diredhaiNya itu mereka akan lalai dari mengingati Allah SWT. Akhirya mereka akan menemui kehancuran dan kemusnahan.

Kadang-kadang Allah SWT memberikan manusia nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullullah saw bersabda dengan bermaksud;

“Apabila Allah SWT mengkehendaki untuk membinasakan semut, Allah SWT terbangkan semut itu dengan dua sayapnya”(Daripada kitab Nasa’ihbul ‘Ibad)

Anai-anai misalnya, kalau tidak ada sayap selamatlah dirinya. Dia akan duduk diam di bawah daun atau merayap di celah-celah batu. Jika Allah SWT hendak membinasakanya, Allah SWT berikan ia sayap. Anai-anai kalau sudah bersayap namanya akan berubah menjadi kelkatu. Otaknya menjadi otak kelkatu. Kelkatu, bila dapat nikmat dia cuba lawan api. Begitulah juga lumrah manusia, bila mendapat nikmat, dia cuba melawan kekuasaan Allah SWT.

Untuk renungan kita bersama...!!

Monday, July 7, 2008

PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG DILAKNATI ALLAH SWT

Buktinya telah banyak kita lihat dan kita dengar. Berapa ramai pemimpin-pemimpin yang dahulunya gagah dan sombong telah dilaknati Allah SWT. Tidak kurang juga jumlahnya kerajaan yang besar lagi utuh telahpun hancur dan musnah.

Firaun yang gagah mengaku Tuhan, Namrud yang sombong membakar Nabi Allah SWT Ibrahim as, Qarun yang kaya, Tha’labah yang bakhil dan banyak lagi semuanya telah musnah bersama dengan kesombongan dan keangkuhan mereka!

Nikmat Allah SWT yang diberikan kepada Firaun tidak terkira banyaknya. Bersinpun tidak pernah. Jangan kita ingat kita sihat Allah SWT sayang kita. Firaun lagi sihat, tetapi dengan nikmat kesihatan itulah Allah SWT binasakannya. Orang lain selalu sakit, tetapi Firaun tidak. Orang lain mati, sedangkan dia belum juga mati-mati hingga dia merasa besar diri, sombong dan takbur. Akhirnya dia mengaku dirinya sebagai Tuhan.

Namrud begitu sombong dengan Allah SWT hingga membakar Nabi Ibrahim as. Berapa besar pangkat Namrud? Bagaimana dia menemui ajalnya? Kematianya hanya disebabkan oleh seekor nyamuk yang masuk ke lubang hidungnya!

Tidak ada seorangpun manusia pada hari ini yang sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja 40 ekor unta membawanya. Akhirnya Allah SWT tenggelamkan hartanya dengan dirinya sekaligus. Hingga kini harta itu tidak timbul-timbul. Harta Qarun itulah yang kita cari sehingga lupa sembahyang! Kalau kita kaya, kita sangka Allah SWT sayang. Qarun lagi kaya, akhirnya Allah SWT jahanamkan harta kekayaannya dengan dirinya sekali.

Di mana dan bagaimanakah keadaan mereka itu sekarang? Tanyalah pada tanah! Tanah yang mereka pijak semasa mereka diistidrajkan oleh Allah SWT yang akan memberikan jawapannya!!

Kita baru naik kereta sudah sombong. Rasullullah SAW naik ke langitpun tidak sombong. Kita kalau berjumpa dengan orang besar sudah sombong dan merasa bangga. Kalau menteri senyum kepadanya dia merasa bangga. Rasullullah SAW berjumpa dengan Allah SWT di langit, tetapi baginda SAW tidakpun sombong, apatah lagi sekiranya kita menjadi orang besar atau pemimpin-pemimpin yang berkuasa.

Kejadian seperti ini akan terus berlaku sepanjang zaman. Allah SWT berfirman bermaksud ; “Sunnah Allah SWT tidak pernah berubah atau bertukar”

Apabila kita tinjau semua ini, akan hilanglah segala persoalan yang tidak terjawab dan menjadi keraguan selama ini yang sentiasa mengganggu fikiran kita. Mengapa orang-orang kafir kaya raya? Mengapa orang-orang yang sentiasa membuat maksiat hidup mewah? Tidakkah kita hairan mengapa orang-orang yang selalu ke masjid hanya berbasikal, motorsikal atau kereta biasa? Sedangkan yang ke kelab-kelab malam, hotel-hotel naik kereta mewah?

Begitulah juga Allah SWT dengan kita. Kadang-kadang manusia mendapat nikmat yang diredhai Allah SWT dan kadang-kadang tidak. Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud ;

“Apabila kamu melihat bahawa Allah SWT memberi nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diIstidrajkan oleh Allah SWT”.

Jadi, marilah kita renung-renungkan bersama..!!

Sunday, July 6, 2008

DAKWAAN LIWAT : Mufti Perlis minta Anwar, Saiful Bersumpah

Oleh ZIEMAN - 03 Jul, 2008

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini kali kedua berhadapan dengan isu dakwaan meliwat dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya 'mubahalah' (bersumpah).

"Daripada bertengkar tidak tentu arah, saya syorkan mubahalah agar dapat menyelesaikan kekalutan isu liwat ini. Disebabkan isu yang semakin kalut ini, rakyat menjadi celaru," kata beliau dalam Kuliah Hadith lewat malam semalam di Masjid Alwi, Kangar Perlis.
(Rakaman ucapan Mufti Perlis boleh diakses di laman web beliau http://www.drmaza.com/).

Asri menjelaskan: "Kita tidak tahu siapa sebenarnya yang berbohong. Dia kata dia, ada kata orang ni. Ada kata konspirasi, niat jahat sampai rakyat berkelahi dan bertumbuk. Macam-macam cerita kita dengar.

Di sebalik isu berkenaan, Asri berkata, beliau kecewa kerana politik tanah air kini menjurus ke arah tindakan mengaibkan satu sama lain.

"Dalam Islam, pada asalnya tidak boleh buka aib orang, cerita peribadi orang tidak boleh dedah pada orang lain. Tapi dalam politik Malaysia sekarang, main lawan dedah aib. Dua kali lima, lima kali dua. Semua dok pakat bongkar hal orang," katanya lagi.

Tambah Asri, beliau tidak berhasrat membela sesiapa dalam isu liwat tersebut.
"Saya tak nak bela sesiapa. Yang untungnya, surat khabar laku. Asalnya memang perkara peribadi macam ini tidak boleh dedah," katanya.

"Ada orang kata kena kemukakan empat orang saksi. Saya tidak setuju sebab budak (Saiful) ini mendakwa diri dia sendiri (seorang diri), bukan orang lain.

"Pihak yang mendakwa (Saiful) hendaklah mendatangkan bai'nah (bukti). Sila bersumpah pada orang yang dituduh yang dia tidak melakukannya.

"Kedua-dua pihak (Anwar dan Saiful) hendaklah bersumpah. Kalau tidak puas hati lagi, bermubahalah seperti ini... 'Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya laknat Allah kepada saya' dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi... saya tidak melakukannya," katanya.

Selepas bersumpah, kata Asri, kedua-dua pihak dan semua orang kena senyap dan tidak perlu memberikan sebarang ulasan lanjut.

"Ini benda peribadi tapi sudah jadi urusan rakyat. Serahkan pada Allah kerana ini urusan Allah," kata Asri.

Kata Asri, politik pada asalnya ialah satu tanggungjawab khilafah yakni memakmurkan dunia dan khalifah yang dilantik mesti menegakkan agama dan menguruskan dunia.

"Tapi sekarang politik sudah jadi lawan tuduh dan lawan dedah. Gelanggang yang kotor. Tokoh Turki Badiuzzaman Said Nursi pernah berkata 'Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik'," ujar beliau.

Katanya, tokoh agama Rasyid Ridha pula pernah berkata, "Aku berlindung dengan Allah daripada politik dan apa sahaja terbitan politik".

Beliau turut merujuk pertama kali mubahalah dilakukan dalam satu peristiwa pada zaman Nabi apabila puak Kristian di Najran mempertikaikan kebenaran Nabi.

"Nabi telah membawa Hussin, Hassan dan Fatimah dan mencabar puak Kristian di Najran untuk bermubahalah iaitu laknat-melaknati atas nama Tuhan tapi puak Kristian Najran tidak berani...," katanya.

Seperti yang terkandung dalam Ayat 59-61, Surah Ali-Imran di mana antara lain, Allah berfirman,"Kebenaran itu dari Tuhanmu. Jangan kamu termasuk dalam golongan mereka yang ragu. Setelah datang kepada engkau keterangan dan ilmu. Katakanlah pada mereka semua..."

Katanya lagi, ulamak Al Abbas pernah melakukan mubahalah, begitu juga Ibnu Hajar Al-Asqalani (penyusun kitab Bulughul Maram) pernah mencabar pendapat kesesatan ahli sufi Ibnu Arabi dengan mubahalah apabila pertengkaran mereka melarat sampai ke pengetahuan Sultan.

"Ketika itu, Ibnu Hajar dan Ibnu Arabi bermubahalah di mana dia berkata kalau Ibnu Hajar berada di atas petunjuk Allah, Allah akan laknat aku dan begitu juga jika dia berada di atas kesesatan Allah."

Kata Asri, mubahalah itu dilakukan pada bulan Ramadan. Bila tiba bulan Zulkaedah, bapa saudara Ibnu Arabi buta mata dan mati.
Untuk renungan kita bersama..!!

Saturday, July 5, 2008

PEMBOHONGAN & FITNAH - SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH ??

Situasi politik negara kini mencetuskan kekeliruan kepada rakyat. Siapa yang benar dan siapa yang salah ? Kini orang-orang Melayu sendiri keliru dan perpaduan dikalangan orang-orang Melayu juga telah rapuh kerana telah disajikan dengan isu-isu keaiban dan ketidakjujuran pemimpin-pemimpin Melayu sendiri. Tuduh menuduh dengan isu-isu yang kita sendiri pun tidak tahu kesahihannya. Maka emosi penyokong-penyokong kepada yang tertuduh akan terserlah dengan kemarahan dan kekacauan. Maka ramailah yang keluar dijalan-jalan berteriak dengan slogan-slogan yang mengutuk dan mengaibkan sesama kita. Apabila dihalang maka akan berlaku huru-hara dan berkemungkinan ada yang akan tercedera atau terbunuh. Ada pihak-pihak lain yang akan mengambil peluang ini, untuk mengekploitasi isu ini untuk kepentingan agenda politik mereka termasuk negara-negara yang memang mencemburui kesejahteraan dan keharmonian negara kita.

Orang-orang Melayu semuanya beragama Islam. Dalam Islam kita diajar untuk tidak bersengketa sesama Islam. Kenapa semua ini berlaku? Kerana agama telah dipolitikkan? Kenapa tidak berlaku kepada agama-agama lain? Ini kerana orang-orang Melayu berpegang kuat kepada agama Islam, sekiranya hendak memecahbelahkan orang-orang Melayu, agamanya yang menjadi kuncinya. Sekiranya kita berpegang teguh kepada ajaran agama Islam, pembohongan dan fitnah tidak akan bermaharajalela. Seperti yang disarankan oleh Mufti Perlis, dalam isu DSAI kedua-dua yang terlibat mesti berani bermubahalah atau bersumpah. Pendapat saya, isu ini juga seharusnya di bicarakan di Mahkamah Syariah kerana isu ini melibatkan kedua-dua yang beragama Islam dan disebuah mahkamah yang berlandaskan hukum Islam dan juga bagi mengelakkan campurtangan barat terutamanya AS yang mempertikaikan sistem kehakiman negara apabila membicarakan isu DSAI. Sekiranya kita menggunakan khidmat peguam yang bukan dikalangan orang-orang Islam dalam membicarakan kes-kes sebegini, saya percaya ada hujah-hujah yang mungkin ada pembohongan dan fitnah. Sepertimana isu Balasundram yang telah membuat akuan bersumpah pada mulanya dan kemudiannya mengubah pendirian. Ini kerana mereka tidak memperdulikan soal dosa dan pahala, yang penting untuk wang dan agenda politik mereka. Manakala bagi kita setiap orang Islam tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita akan dihitung di akhirat kelak..!!

Sebagai seorang Islam kita seharusnya kembali kepada Al-Hadith dan Al-Quran. Sekiranya kita difitnah atau dianiaya, kita mohon kepadaNya agar melindungi kita dan saudara-saudara kita. Setiap doa orang yang teraniaya Allah SWT akan makhbulkan doanya, InsyaAllah...!!



RENUNGKANLAH !!

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI. BAHAWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA, SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI. BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA, SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA. BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERMUSUH-MUSUHAN!"
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.."

( Al-Qur'an, Surah Al-Hujurat ( 49 ):6 ).


Fikir-fikirkan lah..!!

Friday, July 4, 2008

LUDERITZ & GHOST TOWN

Sebuah bandar pelabuhan yang di bina oleh Heirich Vogelsang pada tahun 1883 terletak di Selatan Namibia. Namanya diambil sempena nama Adolf Luderitz seorang pedagang German yang kaya. Beliau telah menjalankan aktiviti perdagangan dan juga aktiviti penangkapan ikan dan pertanian disini. Pada tahun 1909, berlian (diamond) telah dijumpai dikawasan ini. Ianya telah menjadikan kawasan perlombongan berlian yang menyebabkan ianya berkembang pesat. Bangunannya juga bercirikan 'colonial architecture', kerana ramai yang datang kesini adalah daripada eropah. Ditepi laut terdapat banyak kehidupan laut seperti anjing laut, penguin, flamingo dan juga ostriches dikawasan pertanian. Kini bandar ini hanya dikenali untuk tujuan pelancungan dan aktiviti nelayan sahaja kerana pelabuhannya tidak sesuai untuk kapal-kapal besar kerana kawasan ini cetek dan berbatu-batan. Keadaan cuacanya yang sejuk, hotel yang berkonsepkan colonial, kawasan landscape yang cantik, menjadikan kawasan ini sebagai tarikan pelancung. Perjalanan menuju ke Luderitz, ada sebuah kawasan bekas perlombongan berlian, Kolmanskop yang dikenali sebagai "Ghost Town" kerana kawasan ini tiada lagi penduduk yang tinggal disini. Kawasan ini sering mengalami ribut pasir yang datang dari kawasan gurun Namib dan menyebabkan kawasan ini tidak berpenghuni dan dipanggil "Ghost Town".

Pemandangan Bandar Pelabuhan Luderitz


Pemandangan Tepi Pantai Lautan Atlantik


Jalan ke Luderitz melalui Gurun Namib


Pemandangan "Ghost Town" di tengah-tengah Gurun


Catatan Memori Kembara 1989-90 Namibia, Afrika.

Thursday, July 3, 2008

INFO SIHAT

AWASI TANDA-TANDA SERANGAN JANTUNG & STROK..!!

Fakta ini sangat bagus, bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung...!! Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan. Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung ;

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Manakala tanda-tanda amaran strok;

Menurut Perunding Neurologi di salah sebuah hospital di ibu negara, Dr. Lee Moon Keen, strok tidak terjadi begitu sahaja kerana lazimnya terdapat tanda-tanda amaran seperti yang dijelaskan.
Dengan mengenalpasti tanda-tanda ini dan bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya. Di negara ini katanya, strok adalah pembunuh yang keempat terbesar selepas kanser dan penyakit jantung. Strok juga penyebab utama ketidakupayaan yang teruk, di mana kos merawat pesakit juga adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut mengambil masa yang panjang serta mahal.

Menerangkan lebih lanjut mengenainya, terdapat dua jenis serangan strok iaitu, strok iskemia dan strok berdarah.

Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak. Biasanya strok iskemia adalah akibat daripada pengumpulan kolestrol dan puing lain di dalam arteri semenjak bertahuntahun lamanya. Strok jenis tersebut mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (tombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak, menghalang bekalan darah.
Manakala embolisme serebrum berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau di jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak.

Menerangkan mengenai strok berdarah katanya, ia terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan. Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberi memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah. Strok berdarah kemungkinan disebabkan oleh pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah di dalam otak.

Manakala pendarahan subraknoid, iaitu apabila salur darah di permukaan otak berdarah dan darah tersebut meresap ke dalam kawasan di antara otak dan tengkorak yang dikenali sebagai ruang subarakanoid. Menurut Dr. Lee, strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah. Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok. Sesetengah faktor risiko boleh diubah dan sesetengahnya tidak.

Amat penting katanya, mengingati bahawa mempunyai satu atau lebih faktor risiko yang boleh diubah meningkatkan risiko serangan strok. Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara. Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, perokok, diet tidak seimbang dan stres.

Bagaimana strok didianogsis?

Kata Dr. Lee, doktor akan melakukan dianogsis klinikal dengan cara mendapatkan sejarah perubatan pesakit diikuti dengan pemeriksaan fizikal. Selepas itu doktor akan melakukan ujian bersesuaian yang diperlukan untuk merawat pesakit dengan berkesan. Pengimejan menggunakan imbasan tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI) membantu doktor merawat pesakit.

Menjelaskan mengenai kesan strok kepada pesakit kata beliau, ia adalah pelbagai. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku. Katanya, otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan di dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu. ‘‘Oleh sebab otak mengawal kesemua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang,” ujarnya.

Ditanya pula tentang sejauh mana kepentingan melakukan pemulihan segera terhadap mangsa strok, beliau menegaskan pemulihan segera adalah amat penting dimana setiap mangsa mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Katanya, semakin cepat terapi pemulihan dimulakan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal dan kelewatan akan menyukarkan proses pemulihan.

Terapi pemulihan meliputi fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan kaunseling. Dr. Lee juga menegaskan risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain dapatkan khidmat doktor sebelum mengambil pil kontraseptif.

Beliau turut memberi nasihat jika seseorang itu pernah diserang strok, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.