Saturday, August 9, 2008

ADAKAH WANITA LEBIH RAMAI DARIPADA LELAKI ??

Jika kita perhatikan, kemana saja kita pergi kita akan dapati wanita lebih ramai daripada lelaki. Kalau tidak percaya cuba kita lihat di pejabat wanita lebih dominan, di sekolah guru wanita lebih ramai, di IPT juga bilangan pelajar perempuan lebih ramai daripada lelaki, di stesen bas, stesen keretapi, lapangan terbang, tempat-tempat awam, pasar borong, pasar tani, pasar raya, pendek kata semua jenis pasar, wanita lebih ramai daripada lelaki. Kalau ada jualan murah atau ‘sale’ di pasar raya, siapakah yang akan berasak-asak untuk membeli belah, kalau bukan insan yang bernama wanita. Tidak kiralah jualan Tahun Baru, Jualan Raya, Jualan Stok Penghabisan, Jualan Banjir, Last Kopek ke, hatta kaum wanitalah yang paling ramai. Sesuatu yang paling saya tidak suka apabila mengunjungi pesta-pesta sebegini kerana saya akan kelemasan dihimpit dan disondol oleh wanita-wanita disetiap penjuru. Hairan, mengapa semua perempuan...?, Jurujual perempuan, Juruwang perempuan, Pelayan perempuan, penjaga tandas pun perempuan. Sebab itulah kita semua mengandaikan wanita lebih ramai daripada lelaki.

Tetapi andaian itu rupanya tidak tepat. Mengikut perangkaan Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) tahun 2007, menunjukkan spesis lelaki lebih ramai daripada wanita. Mengikut perangkaan terkini, bilangan lelaki negara ini berjumlah 13.3 juta orang manakala wanita pula 12.8 juta orang. Ertinya, lelaki melebihi 500,000 berbanding wanita. Kalau lelaki lebih setengah juta, kenapa sana sini kelihatan wanita yang lebih ramai? Setelah dicongak-congak, dicampur dan ditolak, saya mendapat jawapan kenapa wanita nampak lebih ramai daripada lelaki....!!

Pertama : Mungkin ramai lelaki menyertai kerjaya beruniform, seperti tentera dan polis. Pasukan ini mempunyai lebihkurang 100,000 anggota dan sebahagian besarnya lelaki. Bidang ini memerlukan bertugas di perbatasan dan tempat-tempat tertentu menyebabkan kuranglah kita nampak kaum lelaki.

Kedua : Kita lihat pulak di pusat-pusat serenti kebanyakannya lelaki, yang dikesan oleh Agensi Dadah Kebangsaan yang berjumlah lebihkurang 250,000 orang dan sebahagian besar semuanya lelaki.

Ketiga : Yang maut di jalan-jalan raya, yang tertonggeng dalam parit, yang tergantung kakinya di hospital semuanya lelaki yang terlibat dalam aktiviti Mat Rempit. Jadi kuranglah yang ada dipasaran.

Keempat : Ada juga yang bekerja di luar negara dan ada juga yang berkahwin dengan mek-mek saleh ni dan terus menetap disana dan muncul bila ada musim perayaan je..!!

Kelima : Dan ada juga yang lari keluar negara kerana tidak mahu menjelaskan hutang MARA, PTPTN ke dan ada juga yang lari dari ALONG, dok kejar siang dan malam.

Pendek kata kalau dikumpulkan semuanya, beratus ribu lelaki yang wujud tetapi tidak kelihatan dalam pandangan umum. Sebab itulah wanita nampak lebih menyerlah dimana-mana sahaja kita pergi. Jadi kepada kaum lelaki yang berhajat nak buka cawangan tu, ini bukanlah alasan yang boleh diterima pakai, kenalah cari alasan lain...!!

No comments: