Thursday, May 21, 2009

PERBEZAAN KOMPOSISI AIRMATA

Sangat menarik untuk kita mengetahui bahawa berdasarkan penelitian para ilmuan ternyata: airmata menitis, secara komposisinya tidaklah sama antara satu sama lain; komposisi itu berbeza bergantung pada faktor penyebab tangisan itu. Sebagai contohnya, komposisi cairan airmata yang disebabkan perpisahan, tidak sama dengan komposisi cairan airmata yang disebabkan oleh faktor-faktor lain, seperti penyesalan atau yang lain. Demikian juga halnya dengan suasana-suasana kejiwaan dan setiap tangisan, tentu berbeza-beza pula.

Berdasarkan dua perbezaan di atas, (komposisi dan suasana kejiwaan), maka dapat dipastikan bahawa pengaruh setiap tangisan pada jiwa manusia akan berbeza-beza pula.

Tangisan yang bermutu:

Tujuan dari beberapa keterangan dan perincian di atas ialah bahawa di antara bermacam-macam tangisan dan airmata, ada sejenis tangisan yang tidak dapat dinafikan memilikinya pengaruh sangat besar dalam menciptakan cahaya dalam hati dan jiwa iaitu airmata yang meleleh dari hamba yang tulus ikhlas beribadah dan bermunajat kepada Allah SWT dikeheningan malam. Atau airmata yang mengalir deras ketika mengenang pengorbanan dan perjuangan manusia-manusia suci dalam menegakkan agama Allah dan kebenaran.

Sangat jelas, menangisi penderitaan para kekasih Allah kerana keterikatan mereka dengan Nya, menjadikan tangisan itu memiliki warna Ilahi dan kesucian tersendiri. Dan sudah tentu ia memiliki nilai yang sangat tinggi, disamping pengaruh yang sangat dasyat pada jiwa manusia.

Pentingnya nilai airmata menurut pandangan Al-Quran dan Hadis (tentunya berkenaan dengan tangisan yang bermutu), ditambah dengan beberapa perbincangan penting tentang pengaruh dan hasil dari tangisan ini bagi kesempurnaan jiwa manusia. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi taufik Nya kepada kita semua, amin.

Untuk renungan kita bersama.

No comments: