Sudah menjadi lumrah kehidupan didunia ini. Ramai yang
akan berada disekililing kita apabila kita senang dan kaya. Tetapi tidak ramai
yang akan berada disekeliling kita apabila kita mengalami kesusahan. Manusia
memang macam-macam ragam perangainya dan kita sering akan menemuinya tidak kira
peringkat umur dan disetiap lapisan masyarakat dan tidak kira di desa ataupun
di Bandar. Bila sudah menjadi lumrah kehidupan ianya akan menjadi satu penyakit
masyarakat iaitu satu sikap yang mengambil kesempatan terhadap orang lain. Kawan-kawan
atau saudara mara yang mendekati dan bersama kita hanya pada waktu senang untuk
merasai kesenangan kita dan juga menikmati razeki yang kita perolehi. Namun
bila kita susah tiada siapa tidak kira rakan taulan, saudara mara akan lesap
malah menghilangkan diri, nak menghulurkan bantuan jauh sekali. Bak kata
pepatah “Habis madu sepah dibuang”. Ibarat
air laut juga ada pasang surutnya, mungkin hari ini hari kita, esok entah hari
siapa...!!
No comments:
Post a Comment