Saturday, June 13, 2009

HADIAH ISTIMEWA DARI SEORANG AYAH SEMPENA HARI LAHIR

Tanggal 10hb. Jun, 2009 yang lalu adalah hari lahir saya. Sebelumnya, saya mendapat panggilan telefon daripada ayah, yang beliau akan datang kerumah saya pada hari itu. Saya amat bersyukur kerana ayah tidak pernah datang kerumah saya selama ini semenjak saya berpindah kesini. Ini kerana sepanjang hidup saya, ayah hanya pernah berkunjung kerumah saya hanya dua kali sahaja semasa saya di Melaka. Mungkin kerana beliau terlalu sibuk dengan anak-anaknya yang lain, atau tidak berupaya untuk perjalanan yang jauh. Atau mungkin beliau tidak mahu mangganggu kehidupan kami, atau mungkin beliau mahukan kami balik untuk menziarahinya dikampung.

Tetapi kehadiran beliau kerumah saya pada kali ini amat berbeza dan saya dapat rasakan ada sesuatu yang bermain difikirannya. Beliau tiba dengan sebuah kereta Proton Perdana diiringi oleh adik dan makcik serta seorang pemandu. Saya menjemput mereka semua masuk dan duduk untuk menghilangkan kepenatan perjalanan yang memakan masa lebih dari 4 jam itu. Belum pun isteri saya menghidangkan minuman dan juadah, saya telah merasakan sesuatu yang tidak kena melalui perbualan kami.

Beberapa tahun yang lalu, berlaku perselisihan faham antara saya dan kakak saya yang sememangnya seorang yang dianggap berkuasa dalam keluarga ini(kini bergelar Datin). Saya sering sahaja menjadi mangsa kerana saya tidak sependapat dengan beliau. Beliau mahukan semua adik beradik mengikut kehendaknya dan bersetuju apa sahaja yang beliau rancang. Saya juga pernah menegur beliau agar jangan terlalu taksub sangat dengan kepercayaan bomoh dan saya pernah juga diberitahu yang beliau pernah bertapa di puncak Gunung Jerai kerana terlalu mempercayai ilmu ini.

Apa yang menjadi isu perselisihan kami adalah kerana saya bertanyakan sebab mengapa beliau membatalkan rancangan perjumpaan hari raya disaat-saat akhir setelah semua persiapan dibuat. Tetapi beliau tidak menjawap pertanyaan saya itu dan terus memarahi dan menghalau saya dan anak isteri saya keluar dari rumah ayah dihadapan semua saudara mara yang ada termasuk ayah. Pada ketika itu ayah tidak berkata apa-apa atau pun berbuat apa-apa. Saya dan keluarga terus keluar dengan perasaan yang amat sedih dan hiba. Semenjak hari itu beliau sentiasa mencari kesalahan dan kesilapan saya sehingga kini. Adik beradik yang lain juga tidak berani untuk datang atau menghubungi saya dan saya rasa mereka-mereka ini telah dipengaruhinya untuk tidak berbaik-baik dengan saya.

Jadi kehadiran ayah kerumah saya pada kali ini, saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Ayah mula memberi ceramah beliau mengenai agama dan kita perlu berdampingan dengan ulama-ulama dan ustaz bagi menambah ilmu agama. Untuk tidak memanjangkan ceramah beliau, saya memohon pada ayah untuk memberikan saya ruang bagi menceritakan apa yang tersirat dan tersurat dalam hati saya ini. Tetapi ayah tidak langsung memberikan ruang kepada saya untuk menerangkan kedudukan dan situasi saya sekarang ini. Beliau langsung tidak mahu mendengar isihati saya ini dan mula menuduh saya telah terkeluar dari landasan agama dan kehadiran beliau untuk memperbetulkan kepercayaan agama saya.

Masyallah, saya rasa amat terkejut dengan tuduhan ini dan tidak dapat menerima pertuduhan ini yang datangnya dari seorang ayah. Saya terus mendesak ayah untuk mendengar rintihan hati saya terhadap perbuatan adik beradik yang lain terhadap saya selama ini, tetapi ayah terus dengan sikap degilnyanya untuk tidak mahu mendengar keluhan hati saya. Saya merasa amat-amat sedih dan tidak dapat menerima tindakan ayah ini. Berlaku sedikit pertengkaran dan ayah terus keluar rumah tanpa menjamah apa-apa dari rumah saya. Saya rasa amat sedih, kecewa dan hiba di atas apa yang berlaku. Saya menangis seperti kehilangan seseorang yang amat disayangi. Saya hairan kenapa ayah tidak mahu langsung mendengar apa yang ingin saya katakan. Saya sebenarnya inginkan jawapan mengapa adik beradik yang lain terus menerus memusuhi dan membenci saya. Semasa emak masih ada dahulu, saya banyak berkorban untuk keluarga ini dan juga adik beradik yang lain, kini pengorbanan saya sudah dilupakan.

Sudah agak lama juga saya tidak berhubung dengan adik beradik yang lain atau balik kekampung, tetapi apa saja yang berlaku saya sering dikaitkan. Sehinggakan saya dituduh dan dikaitkan dengan isu-isu berikut:

  • Ada yang membuat laporan polis, saya dituduh mengugut untuk membunuh anaknya?
  • Ada yang jadikan saya ini punca pergaduhan suami isteri dan menyebabkan suaminya (abang ipar) ingin memukul saya?
  • Ada yang memburuk-buruk nama saya setelah saya membantu anak-anak mereka untuk mendapatkan pekerjaan disyarikat saya bekerja?
  • Ada yang menghantar sms supaya saya tidak mengganggu dan mencampuri urusan keluarga ini walaupun saya salah seorang ahli keluarga ini?

Dan kali ini, ayah datang kerumah saya untuk pertama kalinya disini dengan satu matlamat hanya untuk menuduh saya sudah lari dari landasan agama saya??? Masyallah, dari manakah ayah mendapat maklumat-maklumat ini? Apakah yang menyebabkan ayah menuduh saya sebegini rupa. Saya mengucap panjang “LAILLAHAILALLAH MUHAMMADURASULLULLAH”. Kini, saya telah terputus hubungan dengan ayah dan adik beradik yang lain.

Petikan Artikel - Keluhan hati mangsa kezaliman & keegoan manusia..!!

RENUNGKANLAH !!

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI. BAHAWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA, SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI. BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA, SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA. BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERMUSUH-MUSUHAN!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.."
( Al-Qur'an, Surah Al-Hujurat ( 49 ):6 ).

No comments: