Friday, May 30, 2008

PENYAKIT HATI....!!


Penyakit hati umpama penyakit kanser yang merebak dalam masyarakat tanpa kita sedari kewujudanya...!!

Kisah Benar :

Seorang ibu yang kematian suami & terpaksa membesarkan 5 orang anak kecil secara bersendirian. Oleh kerana keperitan yang terpaksa ditanggung dengan hanya berbekalkan wang pencen suami sekitar Lima Ratus Ringgit sebulan & tempat tinggal yang terpaksa menumpang dirumah ibubapa. Berbagai-bagai masalah & tekanan perasaan yang sentiasa membelenggu menyebabkan timbul krisis antara saudara mara disekeliling. Lebih-lebih lagi beliau berseorangan dan sentiasa dalam keadaan tertekan dalam menjalani ranjau hidup tanpa suami. Beliau telah meluahkan perasaan mengenai kepayahan & masalah yang dihadapinya ini dengan mengaitkan krisis dengan sanak saudara sekeliling & menyalahkan orang lain seolah-olah beliau teraniaya kepada anak-anaknya semenjak dari kecil lagi. Titik-titik hitam yang disemai dalam diri anak-anak ini akhirnya akan menjadi besar & akan berakar umbi dalam hati mereka. Secara tidak langsung penceritaan penderitaan beliau ini telah menjadi penyakit dendam yang menebal sehingga anak-anak membesar & membenci sanak saudara disekeliling mereka. Hilang rasa hormat apatah lagi kasih sayang sesama saudara. Apabila mereka ini menjadi dewasa perasaan benci & dendam terhadap sanak saudara kian menebal. Berlakulah perselisihan faham & tuduh menuduh walaupun dalam perkara-perkara yang remeh temeh. Ini adalah berpunca daripada perasaan benci & dendam yang telah disemai oleh ibu mereka. Penyakit benci, dendam & irihati inilah ibarat kanser yang merebak dalam masyarakat kita. Tiada lagi perasaan hormat menghormati terutama kepada orang tua, sanak saudara, jiran-jiran, sahabat handai & masyarakat keseluruhannya. Anak-anak adalah anugerah Allah SWT kepada kita yang diibaratkan seperti kain putih, sekiranya kita mewarnakan kepada hitam ,maka hitamlah jadinya. Wallahualam..!!

Renungan :

‘ Orang-orang soleh itu diberi ujian (yang berat) oleh Allah, kemudian orang yang hampir sedarjat dengan mereka, kemudian yang lebih rendah lagi dan seterusnya’. (Al-Hadith).

Sebagai seorang muslim seharusnya memupuskan rasa dengki dengan emosi terkawal, kesabaran yang menyejukkan, dan kemudahan memaafkan yang mententeramkan. Mereka adalah orang-orang yang mudah melupakan kejahatan dan mengingatkan kebaikan orang lain. Kerana itu, taktakala kata-kata kotor dan keji terlontar untuk mereka, telinga mereka tidak merah dibuatnya. Bahkan mereka memandang kata-kata itu sebagai angin lalu yang tidak akan pernah kembali. Mereka itulah orang-orang yang selalu berada dalam kedamaian, orang-orang yang berada di sekitar mereka merasa aman, dan kaum Muslimin yang bersama mereka pun merasa tenteram. Bukanya menjadikan ujian Allah SWT ini sebagai alasan untuk membenci & mendendam orang lain.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Hadid, ayat 22 yang bermaksud ;

“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya……!!” (Percaya kepada Qadha & Qhadar).

Jadi, marilah kita fakir-fikirkan…….!!

Wednesday, May 28, 2008

PENGALAMAN LALU MENJADIKAN KITA LEBIH BERWASPADA !

Beberapa tahun yang lalu, saya pernah berurusniaga dengan sebuah syarikat bumiputra, yang terlibat dalam pengiklanan luaran (Outdoor Advertising) sebagai rakan kongsi bagi melaksanakan Projek Penajaan Mendirikan 300 unit Billboard promosi “PROFESION PILIHAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA” di seluruh Negara. Billboard ini akan didirikan di kawasan-kawasan utama yang menjadi kumpulan sasaran bagi mempromosikan kerjaya 4 cabang perkhidmatan ATM, iaitu Darat, Laut, Udara & Pasukan Simpanan AW. Objektifnya ialah untuk menarik minat anak-anak muda & kumpulan professional menyertai ATM samada dalam perkhidmatan tetap ataupun pasukan simpanan. Projek ini adalah hasil ‘brainchild’ saya sendiri untuk membantu ATM dalam mempromosikan kerjaya ATM. Walau bagaimanapun projek ini tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancang kerana beberapa faktor yang menyebabkan ianya gagal. Antaranya adalah seperti berikut :

a. Pemimpin hanya memikirkan keuntungan peribadi dan berkonflik dengan kepentingan syarikat.

b. Pemerintahan secara pemimpin tunggal dan enggan mendengar pendapat orang lain.

c. Kelemahan bahagian pemasaran & gagal merangka pelan strategik untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan baru & mengekalkan pelanggan-pelanggan yang sediaada.

d. ‘Overhead’ yang berlebihan dengan melantik pengurus-pengurus dari kalangan kenalan & memberikan gaji yang tinggi dan juga membeli asset seperti kenderaan mewah untuk kepentingan peribadi.

e. Pengurusan krisis yang tidak cekap & menyebabkan jurang yang luas antara apa yang diharapkan dengan apa yang berlaku.

f. Gagal untuk mengintegrasi organisasi yang menyebabkan hilang semangat kekitaan & timbul konflik & prasangka yang menyebabkan wujudnya sempadan antara pengurusan, jabatan & pekerja.

Akibatnya : Reputasi syarikat & terutamanya reputasi individu yang berurusan dengan pelanggan (ATM) ini terjejas. Hilang keyakinan pelanggan untuk berurusniaga dengan individu yang terlibat walaupun individu tersebut tidak lagi berkaitan dengan organisasi tersebut. Gagal untuk menterjemahkan peluang yang terhidang didepan mata & menyebabkan kehilangan projek yang bernilai RM 10 juta.

Renungan untuk dijadikan panduan & tauladan…!!

“The heart of all problems, whether economic, political, or social, is a human heart.” (Wiseman Said)

Monday, May 26, 2008

KELUARGA BESAR - RENUNGAN & PENGAJARAN

Dilahirkan dalam keluarga besar adakalanya mengembirakan dan adakalanya boleh menimbulkan banyak masalah sekiranya tidak ada rasa hormat menghormati & kasih sayang sesama saudara. Apa yang ingin saya paparkan ialah mengenai kisah sebuah keluarga besar yang mana salah seorang daripada saudara perempuan yang beranggapan beliau ialah ketua & pemimpin tanpa menghormati orang tua yang masih ada dan pendapat-pendapat saudara-mara yang lain. Oleh kerana beliau yang bergelar datin, beliau telah mengunakan kuasa & pengaruh yang ada untuk mempengaruhi saudara-mara yang lain dan menggunakan kuasa veto beliau, dan sekiranya sesiapa yang tidak mengikut kehendaknya atau tidak bersetuju dengan cara beliau, orang itu akan dihukum & akan dimusuhi bertahun-tahun lamanya.

Berlaku satu peristiwa yang mana salah seorang saudaranya ini ingin mengadakan sambutan hari raya beberapa tahun yang lalu secara besar-besaran (berkumpul saudara-mara semua secara beramai-ramai bagi mengeratkan silatulrahim setahun sekali). Pada mulanya sambutan ini telah mendapat persetujuan daripada ketua keluarga ini & beberapa saudara yang lain, tetapi disebabkan acara ini tidak mendapat restu & persetujuan beliau, dengan angkuh beliau telah membatalkan sambutan hari raya ini tanpa memberikan apa-apa sebab & beliau telah menganjurkan perjumpaan tersebut secara tertutup bagi memprotes apa yang telah dirancang sehari sebelum acara sebenar. Saudara-saudara yang juga AJK sambutan ini telah dimarahi & dimusuhinya sehingga kini. Sehingga sekarang keluarga ini telah berpecah-belah dan saudara-mara tidak bertegur sapa kerana pengaruh beliau. Apa yang menyedihkan ialah saudara-mara yang terlibat ini yang tidak mahu kes ini berpanjangan telah cuba untuk memohon maaf tetapi beliau dengan angkuhnya tidak mahu menerima kedatangan saudara-mara ini berjumpa beliau, berbagai cara telah dicuba tetapi tetap gagal.

Pengajaran daripada kes ini :

a. Memahami organisasi keluarga yang mana ketua keluarga adalah orang tua yang masih ada & setiap orang dalam keluarga ada peranan masing-masing.

b. Buangkan sikap angkuh, bangga diri dan menjadi pemaaf & bukanya menjadi hakim untuk mengadili & menghukum.

c. Cuba menghormati orang lain & tanamkan sikap kasih sayang sesama saudara & saling bantu membantu.

d. Menyelidiki secara waras sekiranya ada isu-isu yang berbangkit & bukanya membuat andaian sendiri.

e. Kuasa, wang & kedudukan bukanlah penentu untuk menjadi pemimpin tetapi ilmu pengetahuan.

f. Jadikan Al-Quran dan Hadith sebagai rujukan & bukanya hati & perasaan sebagai penentu.


RENUNGAN :

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI. BAHAWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA, SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI. BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA, SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERMUSUH-MUSUHAN!"


"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( Al-Qur'an, Al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Saturday, May 24, 2008

THYROID & TEKANAN DARAH TINGGI...!!

Pada 20 Mei, 2008, yang lalu saya membawa isteri untuk rawatan susulan beliau di sebuah hospital swasta di Alor Setar. Beliau tidak mengetahui penyakit yang beliau alami pada mulanya. Perkara ini berlaku beberapa bulan yang lalu yang mana beliau mengalami symptom susut badan secara tiba-tiba walaupun selera yang bagus, sentiasa panas / berpeluh, gatal, berdebar , menggeletar, sering buang air besar dan degupan jantung yang cepat. Perkara ini baru disedari apabila mendapat rawatan di klinik biasa yang mana doktor mengarahkan saya untuk membawa isteri saya terus berjumpa doktor pakar kerana degupan jantung yang luarbiasa (3 kali drp biasa). Saya pun membawanya ke sebuah hospital di Alor Setar, dan terus dimasukkan ke wad untuk rawatan rapi. Doktor memaklumkan kepada saya iaitu penyakit yang dialaminya ialah penyakit hyperthyroidism (hormon thyroxine berlebihan). Sekiranya lambat mendapat rawatan boleh menyebabkan stroke ataupun degupan jantung terhenti & ……!!

Doktor memaklumkan kepada saya iaitu THYROID ini juga dikenali sebagai Goiter atau beguk leher disebabkan oleh kekurangan zat iodin. Punca yang lain antaranya dikaitkan dengan jangkitan virus, penyakit autoimmuun (Hashimoto thyroiditis, Graves-Basedow), genetik, kanser dll. Ianya boleh dibahagikan kepada dua iaitu hyperthyroidism (hormon thyroxine berlebihan) yang mempunyai simtom hyperaktif, kurus walaupun selera yang bagus, sentiasa panas / berpeluh, gatal, berdebar , menggeletar, sering buang air besar dan kitaran haid yang jarang. Sementara hypothyroidism (hormon thyroxine berkurangan) mempunyai tanda sebaliknya iaitu gemuk dan kurang aktif, depressi, sembelit, sentiasa kesejukkan, suara parau dan kitaran haid yang kerap. Alhamdulillah, selepas beberapa bulan mendapat rawatan ini isteri saya telah kembali pulih dan hanya memerlukan rawatan susulan bagi mengawal agar thyroid ini tidak kembali aktif. Doktor juga menasihati saya & isteri untuk mengawasi cara pemakanan (diet) agar tidak mengalami penyakit lain seperti tekanan darah tinggi.

Tekanan darah yang normal 120/80 manakala tekanan darah tinggi berlaku apabila tekanan darah melebihi 140/90. Faktor yang menyebabkan tekanan darah tinggi ini ialah tekanan perasaan, kegemukan & merokok. Komplikasi daripada tekanan darah tinggi ini ialah sakit jantung, penyakit buah pinggang & strok, katanya. Elakan makanan bergaram & makanan seperti roti canai & tea tarik cuba dielakkan & diganti dengan capati, tosai atau naan, & minum tea o sahaja. (Sorry la, kpd yg dok berniaga roti canai & tea tarik …!!)

Kesihatan perlu diutamakan & amalkan cara pemakanan yang sihat..!!

Wednesday, May 21, 2008

BRAI KAMBING DI OSHAKATI....!!

Bergambar beramai-ramai selepas majlis brai…(BBQ) di Oshakati. Semua yg ada dalam gambar ni adalah brader yg terpilih untuk Misi UNTAG di Namibia. WALLALAPO NAWA…!!, Brader..!!

TUGAS MEMUSNAHKAN PERIOK API

Semasa saya bertugas di Namibia pada tahun 1989-90 di bawah PBB, tugas saya yang paling mencabar ialah memusnahkan periok api & UXB (Unexploded Bomb). Saya masih ingat lagi peristiwa ini semasa kami baru menjejakkan kaki di Namibia, kami telah diberi taklimat mengenai periok api & UXB ini yang telah banyak mengorbankan orang-orang awam terutama kanak-kanak. Jadi kami ditugaskan untuk mencari & memusnahkan periok api & UXB ini di kawasan penempatan yang merbahayakan orang awam. Saya mengerahkan anggota-anggota saya untuk membuat persiapan & memberikan taklimat mengenai tugas-tugas bahaya yang bakal kami laksanakan. Sebagai anggota yang terlatih & terpilih untuk misi ini, anggota-anggota kami tidak mempunyai masalah & masing-masing bersedia untuk menggalas tugas yang mencabar ini. Pada hari pertama, kami telah dapat mengesan 20 butir UXB & periok api & pada hari ke 2 pula sebanyak 30 butir, sehinggalah seminggu kami menjalankan tugas ini tanpa henti & mengesan sebanyak 200 butir semuanya.
Alhamdulillah, semua anggota-anggota saya tidak mengalami sebarang kecederaan semasa melaksanakan tugas ini. Oleh kerana kawasan ini terlalu besar & anggota-anggota saya terpaksa pula melaksanakan tugas-tugas lain, kerana pada masa yang sama Kompeni-Kompeni dari Malaysian Battalion mengambil kedudukan di penempatan masing-masing. Jadi banyak yang perlu diperbaiki & diselenggara bagi memberikan keselesaan kepada anggota-anggota kita. Saya terus memaklumkan kepada Pegawai Memerintah untuk memohon bantuan daripada Australian Engineer untuk meneruskan tugasan ini bagi memusnahkan periok api & UXB ini di kawasan-kawasan yang masih belum kami musnahkan. Semenjak dari itu anggota-anggota saya & Australian Engineer saling bantu membantu bagi memusnahkan periok api & UXB ini. Kawasan-kawasan yang merbahaya terutamanya di sempadan Namibia & Angola, yang masih saya ingat seperti Ruacana, Opuwo, Oshakati, Ondangwa, Okalongo, Eenhana dan lain-lain lagi yang menjadi sejarah dalam hidup saya. Saya bersyukor & berbangga kerana dapat melaksanakan tugas & tanggungjawab ini disamping menyelamatkan orang-orang awam terutamanya kanak-kanak yang tidak berdosa daripada menjadi mangsa periok api & UXB ini. Simbol kemegahan & keberanian “Anggota-anggota Jurutera” di Namibia ini, kami abadikan bersama “BLUE HELMET’ yang kami pamerkan di Muzium Kor Jurutera Diraja TD, Kluang, Johor.

Sekian, coretan pengalaman saya. WALLAPO NAWA...EH !!

Monday, May 19, 2008

DIARI KENANGAN - SIFU & SAHABAT SEJATI

Saya masih ingat lagi semasa saya baru menjawat jawatan sebagai Pengurus Kawasan di Tongkah Medivest Sdn Bhd (Sekarang Pantai Medivest Sdn Bhd) pada tahun 1997. Pada ketika itu saya selalu berjumpa dengan kakitangan syarikat untuk berkenalan dan ingin mengetahui tugas-tugas yang mereka laksanakan. Pada satu hari saya bertemu dengan salah seorang kakitangan ini yang agak ramah dan mesra apabila menyapa saya. Dari riak air mukanya saya nampak beliau seorang yang ikhlas, jujur dan berhemah tinggi. Mulai saat itu saya sering bertemu dengan beliau bertanyakan khabar. Beliau menceritakan latarbelakang beliau sepanjang berkhidmat di hospital ini semenjak 25 tahun dahulu dan juga pernah mewakili hospital Melaka dalam pertandingan golf yang dianjurkan dengan handicap 8, katanya. Pada ketika itu saya baru sahaja belajar main golf dan beliau secara sukarela boleh mengajar dan menjadi sifu saya. Mulai hari itu boleh dikatakan seminggu 3 atau 4 kali saya berlatih di Kelab Golf Ayer Keroh, Melaka selepas waktu kerja dibawah tunjuk ajar beliau. Dalam pada itu Pengarah Urusan & Pengurus Besar, mengetahui mengenai aktiviti kami tiap-tiap petang ini & mereka juga ingin turut serta. Maka mulai hari itu agak meriahlah aktiviti kami dengan kehadiran kedua-duanya. Kami sering bermain golf mewakili syarikat dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.

Semenjak hari itu, beliau sering membantu saya dalam urusan kerja-kerja harian, sehinggakan pegawai-pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Pengurusan hospital juga mengenali beliau. Semasa saya menghadapi masalah beliaulah yang sering bersama-sama dengan saya untuk membantu dan cuba menyelesaikannya tidak kira samada urusan kerja ataupun urusan peribadi. Beliaulah menjadi sahabat saya sewaktu susah dan senang. Sehinggalah saya meninggalkan Pantai Medivest Sdn Bhd pada tahun 2002, kami masih berhubung dan bertanya khabar. Pada akhir tahun 2007, saya telah menerima berita sedih yang beliau telah kembali ke Rahmatullah. Saya terkilan kerana tidak dapat menemuinya pada saat-saat akhir hayat beliau. Jasa dan kebaikan beliau kepada saya tetap akan menjadi kenangan saya sehinggalah akhir hayat saya. Saya sentiasa mendoakan agar Rohnya berada bersama-sama dengan orang yang Soleh, Al-Fatihah. (KENANGAN ALLAHYARHAM YAHAYA MD JADI)

Sunday, May 18, 2008

22 HB. APRIL, HARI KOR JURUTERA DIRAJA

Tahun ini merupakan tahun yang ke 12 saya telah menamatkan perkhidmatan dalam tentera dan telah meninggalkan rakan-rakan seperjuangan dalam Kor Jurutera. Semenjak dari itu saya hanya menghadiri sambutan hari Kor Jurutera, hanya 2 kali sahaja. Pada tahun-tahun yang lain tu saya tidak dijemput ataupun mungkin saya tidak dapat dihubungi, barangkali. Tetapi pada tahun ini saya telah dijemput untuk menghadiri Majlis Jamuan Makan Malam dan Perbarisan. Walau bagaimanapun saya hanya dapat menghadiri untuk Majlis Jamuan Makan Malam sahaja pada 19 April,2008 di Taiping.

Sebelumnya, saya telah dimaklumkan, iaitu satu rombongan pegawai-pegawai kanan jurutera akan berada di Alor Setar untuk menziarahi seorang rakan yang telah bersara dan baru menjalani rawatan jantung beliau. Jadi pada keesokannya, saya terus ke Alor Setar dan setibanya saya disana, saya telah bertemu dengan rakan-rakan lama, dua orang pegawai kanan yang berpangkat Kolonel, 4 berpangkat Mej & 2 Kapt, yang telah pun berada dirumah rakan yang baru menerima rawatan ini. Setelah bertanya khabar sambil menjamah minuman ringan yang disediakan, saya mengikuti rombongan ini ke Sg.Petani untuk menziarahi pula bekas Ketua Jurutera Brig Jen (B) Dato’ Jamil Tahir yang baru pulang mengerjakan haji beberapa bulan yang lalu. Setibanya dirumah Dato’ Jamil kami dihidangkan dengan jamuan makan sambil beramah-mesra dengan bekas Ketua Jurutera kami dan sebelah petangnya kami berangkat ke Taiping untuk Jamuan Makan Malam.

Disebalik kisah ini, apa yang menarik perhatian saya ialah mengenai keperihatinan pegawai-pegawai kanan jurutera ini dan rombongannya, yang telah meluangkan masa untuk menziarahi rakan-rakan lama yang telah bersara dan yang dalam rawatan. Walaupun mereka ini sibuk dengan tugasan harian, mereka masih mengambil berat rakan-rakan seperjuangan dan telah menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi.

Pada pendapat saya aktiviti-aktiviti seperti ini harus diteruskan, kerana ianya memberikan satu impak yang positif kepada rakan-rakan yang telah bersara lebih-lebih lagi kepada yang sedang sakit. Kehadiran pegawai-pegawai kanan ini telah menunjukkan sikap keperihatinan mereka kepada rakan-rakan yang telah bersara disamping menghargai perkhidmatan yang telah disumbangkan dan juga merupakan satu aktiviti kebajikan. Sekiranya aktiviti ini dijadikan aktiviti tahunan bagi sambutan hari Kor Jurutera saya percaya ianya akan memeriahkan lagi suasana sambutan dan dapat mengeratkan lagi silaturahim rakan-rakan yang masih dalam perkhidmatan dan yang telah bersara.

Syabas saya ucapkan kepada Kol Abdullah & Kol Nasir serta rombongan.
(Terima kasih juga kepada Mej Shafiee & Mej Zainal kerana jemputan)

Friday, May 16, 2008

TAHI BINTANG...!!

Pernahkah anda melihat tahi bintang (meteorite) ? Kalau semasa kecil dahulu kita selalu nampak cahaya yang terbang di udara atau dipanggil “shooting star”. Semasa saya berada di Namibia Afrika, saya berpeluang untuk melihat tahi bintang ini secara dekat dan duduk di atasnya. Tahi bintang ini dianggarkan telah jatuh kebumi lebihkurang 1500 tahun dahulu. Tahi bintang ini jenis Iron Meteorite yang terdiri daripada nickel-iron alloy metals, kamacite & taenite, dan beratnya pula 3 ½ kali ganda beratnya daripada batu dibumi. Tahi bintang ini sebesar 10 kaki x 10 kaki dan beratnya lebih daripada 100 tan. Semasa tahi bintang ini menghempap bumi, impak sekelilingnya meliputi lebihkurang 1.5 ke 2 km sekeliling. Jadi anda bayangkan semasa anda berada disitu ketika itu.... nasib baiklah dia jatuh 1500 tahun dahulu. Kawasan ini telah di gazet sebagai kawasan arkeoloji pelancongan di Namibia. Sesiapa yang nak melawat Namibia jangan lupa cari tahi bintang....tapi jangan pergi cari tahi binatang...sebab kat sana singa, zirafah, gajah dan kambing pun banyak..!!

Coretan pengalaman saya..!!

ADAKAH ANDA TAHU APA KEGUNAAN ALAT INI ??

Alat ini digunakan oleh tentera Afrika Selatan, bukan sebagai senjata atau pun dapur memasak, tetapi sebagai ‘mesin membasuh’. Mereka akan membuka penutup atas (top loading) dan memasukan pakaian kotor, dicampur air & bahan pencuci dan menutupnya kembali. Alat ini akan dipusingkan beberapa kali mengikut banyaknya baju yg diisi (light, medium & heavy) dan kemudian ditukar dengan air bersih dan setelah bersih pakaian dikeluarkan untuk dikeringkan. Alat ini tidak menggunakan kuasa letrik atau generator tetapi menggunakan tenaga manusia. Sebenarnya, mereka gunakan alat ini sebagai dua dalam satu, sambil mencuci pakaian, mereka juga boleh jadikan alat untuk ‘exercise’ tangan. Jadi tak payah la nak angkat log ke atau pumping ke untuk exercise. Jimat letrik,diesel dan air sambil keluarkan peluh....!! Sekiranya alat ini diperkenalkan kepada isteri-isteri kita agaknya kita tak ada peluang la nak main golf, jogging, cycling kat taman ke, kerana kat rumah pun boleh exercise....cuci baju...!!

Thursday, May 15, 2008

KENANGAN "SAAT YANG BAHAGIA"...(Macam lagu P Ramlee daa..!!)

Semasa saat bahagia kami sekeluarga, dalam tahun 1996, saya telah membawa keluarga bercuti ke Eropah selama dua minggu sebagai hadiah kepada isteri dan anak-anak. Saya lihat dari air muka mereka betapa gembiranya apabila saya mengatakan yang kita akan bercuti ke Eropah. Jadi masing-masing sibuklah membuat persiapan kerana pada bulan disember adalah musim sejuk dan pertama kali pulak untuk menjejakan kaki ke Eropah. Anak lelaki saya Mohd Afiq pada ketika itu berumur 9 tahun dan anak perempuan saya Ayesha Shahira berumur 2 tahun. Pada tanggal 10hb.Dis, kami pun berangkatlah ke lapangan terbang untuk memulakan percutian kami menaiki pesawat British Airways. Rombongan kami diketuai oleh pemandu pelancong Mr. Sun Sun, namanya (jadi kami tak rasa sejuklah nanti). Anak perempuan saya Ayesha Shahira adalah yang paling muda dalam rombongan ini dan dialah juga yang menjadi perhatian kerana kepetahan percakapanya.

Kami tiba di Heathrow Airport London, pada waktu pagi dalam jam 6 pagi waktu tempatan dan pertama kali menjejakan kaki di Eropah, anak-anak saya kesejukan pada mulanya, tetapi selepas berlari kesana kemari sambil menunggu bas, mereka dah mula membiasakan diri. Pagi tu selepas breakfast kami dibawa melawat ketempat-tempat menarik seperti London Bridge, Buckhingham Palace, London Albert Hall, Big Ben & lain-lain tempat menarik di kota London. Dua hari kami berada di London dan keesokannya kami ke Paris dengan menaiki bas yang disediakan. Semasa di Paris kami dibawa melawat tempat-tempat menarik seperti Eiffel Tower & Champ de Mars, Arc de Triomphe, Notre Dame dan pada malam nya dibawa menyusuri Sg. La Seine, menikmati keindahan malam kota Paris. Keesokannya kami dibawa ke Disneyland Paris, tempat yang paling disukai oleh anak-anak saya. Selepas tiga hari berada di kota Paris, keesokannya kami meneruskan perjalanan ke Belgium selama dua hari dan di Amsterdam juga dua hari. Sepanjang perjalanan Ayesha nampak banyak dutch lady, katanya kerana banyak wind mill sepanjang perjalanan. Kemudian kami balik semula ke kota London dan menghabiskan masa dua hari secara bersendirian untuk shopping dan berjalan-jalan sekitar kota London sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

Begitulah kisahnya, masa dan saat-saat bahagia bersama keluarga bercuti ke Eropah….kini semuanya tinggal kenangan..!! Anak-anak pun dah besar, entah ingat atau pun dah lupa kenangan itu..!!

Wednesday, May 14, 2008

PENGALAMAN MENAIKI KERETAPI KE UTARA..!!

Saya salah seorang yang suka menggunakan perkhidmatan keretapi daripada lain-lain pengangkutan untuk berurusan di KL. Walaupun masa perjalanan memakan masa hampir 12 jam dari utara ke KL, tetapi saya rasakan ianya satu perjalanan yang selesa sambil dapat menyiapkan dan memeriksa apa-apa dokumen yang perlu. Apabila tiba di stesen KL Sentral dalam jam 6.30 pagi, masih sempat menunaikan solat subuh dan tempat untuk mandi pun disediakan yang dikenakan bayaran hanya RM 5.00 sahaja.

Tetapi, pada 11hb. April, 2008 yang lalu pengalaman saya menggunakan pengangkutan keretapi ke utara iaitu Ekspress Langkawi yang dijadualkan bertolak dari KL Sentral pada jam 8.45 malam dan dijangka tiba di Arau pada jam 9 pagi keesokannya. Perjalanan yang saya lalui kali ini amat mengecewakan bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada pelancong-pelancong yang menggunakan perkhidmatan ini. Keretapi ini telah terlewat hampir 5 jam. Koc Buffe hanya menyediakan makanan ringan sahaja, seingat saya semasa saya menggunakan keretapi ini dahulu, makanan ada dijual dari koc ke koc dan ini memudahkan penumpang-penumpang membeli makanan yang ada bermacam-macam jenis makanan seperti nasi goring, mee goring, nasi lemak dll. Minuman panas juga disediakan disitu juga mengikut pesanan dan ini memudahkan penumpang tanpa meninggalkan tempat duduk. Bayangkanlah perjalanan memakan masa hampir 17 jam pada hari itu tanpa makanan dan minuman ditambah pula pendingin hawa juga tidak berfungsi, jadi bayangkanlah situasi pada masa itu, kepanasan dan kelaparan….hati pun panas..!!

Apa yang lebih memalukan saya ialah rungutan daripada pelancong-pelancong yang kecewa dengan situasi ini dengan mengucapkan ungkapan “MALAYSIA BOLEH” dengan nada yang sinis. Sebagai seorang rakyat Malaysia saya amat kecewa dengan keadaan perkhidmatan yang disediakan oleh KTMB dan sekiranya perkhidmatan ini tidak diperbetulkan ianya akan menjejaskan industri pelancongan negara. Selepas peristiwa tersebut saya terpaksa berfikir dua kali dan rasanya saya sudah serik untuk menaiki perkhidmatan keretapi ini, lebih-lebih lagi Air Asia dan Mas juga menyediakan promosi tambang murah yang jauh lebih selesa dan masa perjalanan lebih singkat.

Begitulah cerita pengalaman saya menaiki keretapi….!!

Tuesday, May 13, 2008

TOPLESS TOWN - DI NAMIBIA


Semasa dalam perkhidmatan tentera, saya pernah bertugas di Namibia dalam tahun 1989 hingga 1990 selama setahun dibawah panji-panji PBB misi UNTAG (United Nation Transition Assistance Group). Saya mengetuai Kor Jurutera untuk misi ini. Tugas saya agak mencabar kerana terpaksa bertanggungjawab memusnahkan periok api & UXB(unexploded bomb) disamping kerja-kerja penyelenggaraan kem. Banyak tempat-tempat yang terpaksa kami lalui dan menghadapi berbagai-bagai macam ragam manusia. Tempat yang menarik untuk dikunjungi ialah sempadan antara Namibia dan Angola, yang dipanggil “TOPLESS TOWN” di Ruacana Valley. Bandar ini dipenuhi dengan wanita-wanita kaum Ohimbas, iatu kaum yang ke3 termundur dalam dunia yang masih berpakaian tradisional mereka. Tetapi kena berhati-hati kerana kalau kita curi-curi ambil gambar, mereka akan membaling kayu,batu dan apa saja kearah kita. Tetapi kalau kita beri mereka wang setiap seorang mereka akan berbaris macam model pulak...!! tetapi tidak boleh berdiri terlalu lama kerana kita perlu tahan nafas….!! Jadi kalau sesiapa yang berminat nak tubuhkan pasukan sorak pom-pom girl bolehlah panggil kumpulan ini !!
Coretan pengalaman saya...!!

Golfing....!!


Sudah hampir 3 tahun tidak bermain golf. Semenjak berpindah ke utara ni, tidak ada rakan yang hendak bermain golf, lagi pun agak sibuk dengan tugasan harian. Hari tu pada 10april yg lalu kebetulan sms seorang rakan lama yg sedang belajar di UUM dia ambil master HRM katanya, kebetulan dia nak tee off kat Kelab Golf UUM, jadi saya pun terus cari golf set yang masih tersimpan dlm stor & terus ke UUM. Mulanya bercadang nak ke driving range dulu nak betulkan yg mana patut, tetapi Tayazi kata tak perlulah sebab nanti dalam padang golf boleh betulkan...bukanya nak ada competition,katanya. Lubang pertama sampai ke3 habis rosak, pukul kiri,kanan dan bola hilang dlm hutan. Masuk lubang ke4 dapat par, oh dah semangat sikit ni...masuk lubang seterusnya kira oklay, dpt bogie & double bogie sampai lubang ke9. Kami main 9 lubang je...nak training dulu dptkan skill balik. Sepanjang permainan Tayazi ceritalah serba sedikit pengalaman beliau sampai la dia sambung belajar kat UUM ni. Jadi mulai hari tu kalau saya rasa nak main golf, saya call Tayazi dan sehingga hari ni rasanya dah 5 kali training kat padang UUM ni. Jadi rasanya ada peningkatan dlm golfing ni....rasanya sekarang dah boleh dapat balik la skill tu, cuma kadang2 pro.....(problem) jugak!


Pada 19hb.April,2008 yang lalu, saya dijemput oleh kawan-kawan lama sempena Hari Kor Jurutera, sambil melawat sahabat yg baru keluar hospital kerana baru lepas operation di Alor Setar. Dalam sembang-sembang tu diaorang ajak ke Sg.Petani untuk tee off kat Permai Pura, sambil berkunjung ke rumah ex-boss Ketua Jurutera Dato' Jamil Tahir. Jadi saya pun terus la join diaorang ni, lepas dijamu makan oleh Dato' Jamil kami pun tee off kat Permai Pura. Saya tak pernah main golf kat sini, tetapi rasanya okaylah bila dah tee off. Mula-mula dlm 3 lubang pertama, tak menjadi tetapi bila dah masuk lubang ke 4,5 & 6 dapat par in the row...seronok betul dan bertambah semangat. Sampai habis memang rasanya okay la score yang paling teruk pun double bogie. Hari tu main dapat 4 par, birdie tak ada, mungkin lain hari kut. Itula kisahnya bila dah mula gila golf ni...!! Tetapi masih menunggu seorang kawan lagi yg ada kat UUM ni tengah buat PHD, janji nak tee off, sampai la ni....tak timbul2....!! Sibuk katanya tengah buat tesis "Organ Silence"!!...sebab tu dia dok silence kut!! Ok, tak pe saya tunggu la..!!
Sekian dulu coretan saya...tk

Selamat Datang Ke blog mejasara...!!

Hari ini saya berminat untuk mencuba membina blog sendiri setelah mendapat sedikit sebanyak ilmu daripada kawan-kawan dan media massa mengenai laman blog yang telah memberikan impak dalam kehidupan seharian. Ianya juga menjadi media alternatif kepada masyarakat masakini selain media yang sedia ada. Saya juga telah mendapat sumber maklumat ini daripada blog yang telah dibina oleh rakan saya Lokman Hamidi dan ianya telah melahirkan rasa minat untuk melayari blog-blog yang berkaitan dengan situasi semasa dan info mengenai rakan-rakan lama yang telah lama terpisah.

Sekian, dulu...terima kasih
mejasara