Semasa saat bahagia kami sekeluarga, dalam tahun 1996, saya telah membawa keluarga bercuti ke Eropah selama dua minggu sebagai hadiah kepada isteri dan anak-anak. Saya lihat dari air muka mereka betapa gembiranya apabila saya mengatakan yang kita akan bercuti ke Eropah. Jadi masing-masing sibuklah membuat persiapan kerana pada bulan disember adalah musim sejuk dan pertama kali pulak untuk menjejakan kaki ke Eropah. Anak lelaki saya Mohd Afiq pada ketika itu berumur 9 tahun dan anak perempuan saya Ayesha Shahira berumur 2 tahun. Pada tanggal 10hb.Dis, kami pun berangkatlah ke lapangan terbang untuk memulakan percutian kami menaiki pesawat British Airways. Rombongan kami diketuai oleh pemandu pelancong Mr. Sun Sun, namanya (jadi kami tak rasa sejuklah nanti). Anak perempuan saya Ayesha Shahira adalah yang paling muda dalam rombongan ini dan dialah juga yang menjadi perhatian kerana kepetahan percakapanya.
Kami tiba di Heathrow Airport London, pada waktu pagi dalam jam 6 pagi waktu tempatan dan pertama kali menjejakan kaki di Eropah, anak-anak saya kesejukan pada mulanya, tetapi selepas berlari kesana kemari sambil menunggu bas, mereka dah mula membiasakan diri. Pagi tu selepas breakfast kami dibawa melawat ketempat-tempat menarik seperti London Bridge, Buckhingham Palace, London Albert Hall, Big Ben & lain-lain tempat menarik di kota London. Dua hari kami berada di London dan keesokannya kami ke Paris dengan menaiki bas yang disediakan. Semasa di Paris kami dibawa melawat tempat-tempat menarik seperti Eiffel Tower & Champ de Mars, Arc de Triomphe, Notre Dame dan pada malam nya dibawa menyusuri Sg. La Seine, menikmati keindahan malam kota Paris. Keesokannya kami dibawa ke Disneyland Paris, tempat yang paling disukai oleh anak-anak saya. Selepas tiga hari berada di kota Paris, keesokannya kami meneruskan perjalanan ke Belgium selama dua hari dan di Amsterdam juga dua hari. Sepanjang perjalanan Ayesha nampak banyak dutch lady, katanya kerana banyak wind mill sepanjang perjalanan. Kemudian kami balik semula ke kota London dan menghabiskan masa dua hari secara bersendirian untuk shopping dan berjalan-jalan sekitar kota London sebelum berangkat pulang ke Malaysia.
Begitulah kisahnya, masa dan saat-saat bahagia bersama keluarga bercuti ke Eropah….kini semuanya tinggal kenangan..!! Anak-anak pun dah besar, entah ingat atau pun dah lupa kenangan itu..!!

8 comments:
Skot, walaupun kebahagian itu sekejap tetapi kenangan manis akan kekal abadi. Ada masanya kekeurangan itu akan menjadi lebih kuat semangat. Adapun doa dan ingatan itu kekal abadi di hari akhirat. wasalam
Pteh, bersabar aje la.. semua orang ada saat saat pahit manis dalam hidup.. hidup kita kena diteruskan juga.. jangan terlalu asyik pandang belakang.. mcm filem melayu terbaru, tapi kalau nak pandang belakang juga elok guna side mirror je supaya kita tak terlepas sesuatu dihadapan!!hehehe...
rusaimi@tv3.com.my
Betul tu kekurangan akan menjadikan kita kuat & jgn pandang belakang(sekali sekala kena tengok juga takut ada yg langgar dari belakang atau jalan yg kita lalui jalan yg sama). Artikel ini memberi pengajaran kpd saya kerana:SETIAP KEBAHAGIAAN BUKAN LAHIR DARI KEMEWAHAN & KEKAYAAN, TETAPI LAHIR DARI DALAM DIRI KITA..IKHLAS,JUJUR,HORMAT MENGHORMATI,KASIH SAYANG & YG PENTING KASIH PADA YANG MAHA ESA, INSYALLAH KITA BAHAGIA"...tapi janganla pulak pergi ke taman bahagia...!! Terima kasih semua!!
Skot, setiap kenangan yang pahit membuat kita lebih dewasa. Saya percaya setiap orang mempunyai pengisian "pahit" dalam hidup mereka dan tak terkecuali saya.
Menghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlaq orang-orang mulia.
Bersabarlah! Akan tetapi, ketahuilah bahawa kita tidak mampu bersikap sabar, kecuali atas pertolongan dan taufiq dari Allah.
'Life is like a grindstone. Whether it polishes you up or it grinds you down". Dian percaya PT boleh take over everything because you are great! Dan jangan lupa pasang side-mirror, nanti kene saman ;)
[Dian]
Terima kasih Lok,begitulah kehidupan manusia tidak dpt lari drp pahit manis senario kehidupan,samalah kita sentiasa mengingati dan berdoa kepada Nya.Insyallah.
Dian,tk la krana participate dlm blog pt ni..sekurang2nya ramai anak2 sdr pt yg sentiasa menyokong pt ni. Ingat,dah lupa pd pt ni..!!TQ & pt wish u success in your career.
A'kum... Mana boleh lupa kenangan time tu...
Post a Comment