Penyakit hati umpama penyakit kanser yang merebak dalam masyarakat tanpa kita sedari kewujudanya...!!
Kisah Benar :
Seorang ibu yang kematian suami & terpaksa membesarkan 5 orang anak kecil secara bersendirian. Oleh kerana keperitan yang terpaksa ditanggung dengan hanya berbekalkan wang pencen suami sekitar Lima Ratus Ringgit sebulan & tempat tinggal yang terpaksa menumpang dirumah ibubapa. Berbagai-bagai masalah & tekanan perasaan yang sentiasa membelenggu menyebabkan timbul krisis antara saudara mara disekeliling. Lebih-lebih lagi beliau berseorangan dan sentiasa dalam keadaan tertekan dalam menjalani ranjau hidup tanpa suami. Beliau telah meluahkan perasaan mengenai kepayahan & masalah yang dihadapinya ini dengan mengaitkan krisis dengan sanak saudara sekeliling & menyalahkan orang lain seolah-olah beliau teraniaya kepada anak-anaknya semenjak dari kecil lagi. Titik-titik hitam yang disemai dalam diri anak-anak ini akhirnya akan menjadi besar & akan berakar umbi dalam hati mereka. Secara tidak langsung penceritaan penderitaan beliau ini telah menjadi penyakit dendam yang menebal sehingga anak-anak membesar & membenci sanak saudara disekeliling mereka. Hilang rasa hormat apatah lagi kasih sayang sesama saudara. Apabila mereka ini menjadi dewasa perasaan benci & dendam terhadap sanak saudara kian menebal. Berlakulah perselisihan faham & tuduh menuduh walaupun dalam perkara-perkara yang remeh temeh. Ini adalah berpunca daripada perasaan benci & dendam yang telah disemai oleh ibu mereka. Penyakit benci, dendam & irihati inilah ibarat kanser yang merebak dalam masyarakat kita. Tiada lagi perasaan hormat menghormati terutama kepada orang tua, sanak saudara, jiran-jiran, sahabat handai & masyarakat keseluruhannya. Anak-anak adalah anugerah Allah SWT kepada kita yang diibaratkan seperti kain putih, sekiranya kita mewarnakan kepada hitam ,maka hitamlah jadinya. Wallahualam..!!
Renungan :
‘ Orang-orang soleh itu diberi ujian (yang berat) oleh Allah, kemudian orang yang hampir sedarjat dengan mereka, kemudian yang lebih rendah lagi dan seterusnya’. (Al-Hadith).
Sebagai seorang muslim seharusnya memupuskan rasa dengki dengan emosi terkawal, kesabaran yang menyejukkan, dan kemudahan memaafkan yang mententeramkan. Mereka adalah orang-orang yang mudah melupakan kejahatan dan mengingatkan kebaikan orang lain. Kerana itu, taktakala kata-kata kotor dan keji terlontar untuk mereka, telinga mereka tidak merah dibuatnya. Bahkan mereka memandang kata-kata itu sebagai angin lalu yang tidak akan pernah kembali. Mereka itulah orang-orang yang selalu berada dalam kedamaian, orang-orang yang berada di sekitar mereka merasa aman, dan kaum Muslimin yang bersama mereka pun merasa tenteram. Bukanya menjadikan ujian Allah SWT ini sebagai alasan untuk membenci & mendendam orang lain.
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Hadid, ayat 22 yang bermaksud ;
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya……!!” (Percaya kepada Qadha & Qhadar).
Jadi, marilah kita fakir-fikirkan…….!!
1 comment:
oleh itu buat renungan kita semua kenalah ambil berat terhadap ahli keluarga terdekat dulu baru orang lain.pahala sedekah lebih besar berbanding beri pada keluarga jauh dan seterusnya.makin jauh makin kecillah pahala.1646
Post a Comment