Tuesday, May 13, 2008

Golfing....!!


Sudah hampir 3 tahun tidak bermain golf. Semenjak berpindah ke utara ni, tidak ada rakan yang hendak bermain golf, lagi pun agak sibuk dengan tugasan harian. Hari tu pada 10april yg lalu kebetulan sms seorang rakan lama yg sedang belajar di UUM dia ambil master HRM katanya, kebetulan dia nak tee off kat Kelab Golf UUM, jadi saya pun terus cari golf set yang masih tersimpan dlm stor & terus ke UUM. Mulanya bercadang nak ke driving range dulu nak betulkan yg mana patut, tetapi Tayazi kata tak perlulah sebab nanti dalam padang golf boleh betulkan...bukanya nak ada competition,katanya. Lubang pertama sampai ke3 habis rosak, pukul kiri,kanan dan bola hilang dlm hutan. Masuk lubang ke4 dapat par, oh dah semangat sikit ni...masuk lubang seterusnya kira oklay, dpt bogie & double bogie sampai lubang ke9. Kami main 9 lubang je...nak training dulu dptkan skill balik. Sepanjang permainan Tayazi ceritalah serba sedikit pengalaman beliau sampai la dia sambung belajar kat UUM ni. Jadi mulai hari tu kalau saya rasa nak main golf, saya call Tayazi dan sehingga hari ni rasanya dah 5 kali training kat padang UUM ni. Jadi rasanya ada peningkatan dlm golfing ni....rasanya sekarang dah boleh dapat balik la skill tu, cuma kadang2 pro.....(problem) jugak!


Pada 19hb.April,2008 yang lalu, saya dijemput oleh kawan-kawan lama sempena Hari Kor Jurutera, sambil melawat sahabat yg baru keluar hospital kerana baru lepas operation di Alor Setar. Dalam sembang-sembang tu diaorang ajak ke Sg.Petani untuk tee off kat Permai Pura, sambil berkunjung ke rumah ex-boss Ketua Jurutera Dato' Jamil Tahir. Jadi saya pun terus la join diaorang ni, lepas dijamu makan oleh Dato' Jamil kami pun tee off kat Permai Pura. Saya tak pernah main golf kat sini, tetapi rasanya okaylah bila dah tee off. Mula-mula dlm 3 lubang pertama, tak menjadi tetapi bila dah masuk lubang ke 4,5 & 6 dapat par in the row...seronok betul dan bertambah semangat. Sampai habis memang rasanya okay la score yang paling teruk pun double bogie. Hari tu main dapat 4 par, birdie tak ada, mungkin lain hari kut. Itula kisahnya bila dah mula gila golf ni...!! Tetapi masih menunggu seorang kawan lagi yg ada kat UUM ni tengah buat PHD, janji nak tee off, sampai la ni....tak timbul2....!! Sibuk katanya tengah buat tesis "Organ Silence"!!...sebab tu dia dok silence kut!! Ok, tak pe saya tunggu la..!!
Sekian dulu coretan saya...tk

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah pteh! dah maju selangkah lagi dalam dunia IT!! Pteh, kenapa orang business kena main golf? dah la panas.. mcm mana nak discuss pasal business? hehehe apa kata main dam haji ke..

rusaimi@tv3.com.my

Anonymous said...

Ah...dah ada yg kena!! terima kasih la ajis kerana masuk blog ni.Nak tau kenapa orang business main golf..ini jawapanya!!Kalau tak dpt projek ke atau diaorng tak setuju proposal kita,kita pukul bola golf tu kuat2 kalau tak kena bola kena depa, jadi dapat la lepas geram!!He...he...he..!!mejasara

Anonymous said...

Tahniah. Welcome to the club.
1654