Saturday, May 24, 2008

THYROID & TEKANAN DARAH TINGGI...!!

Pada 20 Mei, 2008, yang lalu saya membawa isteri untuk rawatan susulan beliau di sebuah hospital swasta di Alor Setar. Beliau tidak mengetahui penyakit yang beliau alami pada mulanya. Perkara ini berlaku beberapa bulan yang lalu yang mana beliau mengalami symptom susut badan secara tiba-tiba walaupun selera yang bagus, sentiasa panas / berpeluh, gatal, berdebar , menggeletar, sering buang air besar dan degupan jantung yang cepat. Perkara ini baru disedari apabila mendapat rawatan di klinik biasa yang mana doktor mengarahkan saya untuk membawa isteri saya terus berjumpa doktor pakar kerana degupan jantung yang luarbiasa (3 kali drp biasa). Saya pun membawanya ke sebuah hospital di Alor Setar, dan terus dimasukkan ke wad untuk rawatan rapi. Doktor memaklumkan kepada saya iaitu penyakit yang dialaminya ialah penyakit hyperthyroidism (hormon thyroxine berlebihan). Sekiranya lambat mendapat rawatan boleh menyebabkan stroke ataupun degupan jantung terhenti & ……!!

Doktor memaklumkan kepada saya iaitu THYROID ini juga dikenali sebagai Goiter atau beguk leher disebabkan oleh kekurangan zat iodin. Punca yang lain antaranya dikaitkan dengan jangkitan virus, penyakit autoimmuun (Hashimoto thyroiditis, Graves-Basedow), genetik, kanser dll. Ianya boleh dibahagikan kepada dua iaitu hyperthyroidism (hormon thyroxine berlebihan) yang mempunyai simtom hyperaktif, kurus walaupun selera yang bagus, sentiasa panas / berpeluh, gatal, berdebar , menggeletar, sering buang air besar dan kitaran haid yang jarang. Sementara hypothyroidism (hormon thyroxine berkurangan) mempunyai tanda sebaliknya iaitu gemuk dan kurang aktif, depressi, sembelit, sentiasa kesejukkan, suara parau dan kitaran haid yang kerap. Alhamdulillah, selepas beberapa bulan mendapat rawatan ini isteri saya telah kembali pulih dan hanya memerlukan rawatan susulan bagi mengawal agar thyroid ini tidak kembali aktif. Doktor juga menasihati saya & isteri untuk mengawasi cara pemakanan (diet) agar tidak mengalami penyakit lain seperti tekanan darah tinggi.

Tekanan darah yang normal 120/80 manakala tekanan darah tinggi berlaku apabila tekanan darah melebihi 140/90. Faktor yang menyebabkan tekanan darah tinggi ini ialah tekanan perasaan, kegemukan & merokok. Komplikasi daripada tekanan darah tinggi ini ialah sakit jantung, penyakit buah pinggang & strok, katanya. Elakan makanan bergaram & makanan seperti roti canai & tea tarik cuba dielakkan & diganti dengan capati, tosai atau naan, & minum tea o sahaja. (Sorry la, kpd yg dok berniaga roti canai & tea tarik …!!)

Kesihatan perlu diutamakan & amalkan cara pemakanan yang sihat..!!

4 comments:

Anonymous said...

wah.. dah terasa mcm baca blog doktor fauzi!! betul tu pteh, kena jaga pemakanan tapi jgn lupa bersenam. Apa kata sesekali jalan kaki dari kangaq ke aloq staq!!

rusaimi@tv3.com.my

Anonymous said...

Bukan dr fauzi tapi dr yg advise fauzi.Jadi inilah yg dikatakan pengalaman,kalau kita dah laluinya baru kita mengetahuinya. Yg exercise tu selalu buat jugak, tapi sampai kat alor je, setaq tak sampai kerana kaki dah terketaq-ketaq..!!

Anonymous said...

baru pagi ni aku pekena roti canai,tapi sekeping saja ngan teh tarik.lepas tu pi kenduri pula pekena nasi lauk daging curry dll.beringat2 dah depan mata sapu.tapi sesekali kenalah jalan kaki naik basikal ke,naik bukit.razali1646

fauziabd said...

Memangla gitu bila dah depan mata...mana tahan godaan!! Okay kalau dah makan lepas tu gi pulak exercise kira okaylah tu..!! Balance la...!!