Monday, May 26, 2008

KELUARGA BESAR - RENUNGAN & PENGAJARAN

Dilahirkan dalam keluarga besar adakalanya mengembirakan dan adakalanya boleh menimbulkan banyak masalah sekiranya tidak ada rasa hormat menghormati & kasih sayang sesama saudara. Apa yang ingin saya paparkan ialah mengenai kisah sebuah keluarga besar yang mana salah seorang daripada saudara perempuan yang beranggapan beliau ialah ketua & pemimpin tanpa menghormati orang tua yang masih ada dan pendapat-pendapat saudara-mara yang lain. Oleh kerana beliau yang bergelar datin, beliau telah mengunakan kuasa & pengaruh yang ada untuk mempengaruhi saudara-mara yang lain dan menggunakan kuasa veto beliau, dan sekiranya sesiapa yang tidak mengikut kehendaknya atau tidak bersetuju dengan cara beliau, orang itu akan dihukum & akan dimusuhi bertahun-tahun lamanya.

Berlaku satu peristiwa yang mana salah seorang saudaranya ini ingin mengadakan sambutan hari raya beberapa tahun yang lalu secara besar-besaran (berkumpul saudara-mara semua secara beramai-ramai bagi mengeratkan silatulrahim setahun sekali). Pada mulanya sambutan ini telah mendapat persetujuan daripada ketua keluarga ini & beberapa saudara yang lain, tetapi disebabkan acara ini tidak mendapat restu & persetujuan beliau, dengan angkuh beliau telah membatalkan sambutan hari raya ini tanpa memberikan apa-apa sebab & beliau telah menganjurkan perjumpaan tersebut secara tertutup bagi memprotes apa yang telah dirancang sehari sebelum acara sebenar. Saudara-saudara yang juga AJK sambutan ini telah dimarahi & dimusuhinya sehingga kini. Sehingga sekarang keluarga ini telah berpecah-belah dan saudara-mara tidak bertegur sapa kerana pengaruh beliau. Apa yang menyedihkan ialah saudara-mara yang terlibat ini yang tidak mahu kes ini berpanjangan telah cuba untuk memohon maaf tetapi beliau dengan angkuhnya tidak mahu menerima kedatangan saudara-mara ini berjumpa beliau, berbagai cara telah dicuba tetapi tetap gagal.

Pengajaran daripada kes ini :

a. Memahami organisasi keluarga yang mana ketua keluarga adalah orang tua yang masih ada & setiap orang dalam keluarga ada peranan masing-masing.

b. Buangkan sikap angkuh, bangga diri dan menjadi pemaaf & bukanya menjadi hakim untuk mengadili & menghukum.

c. Cuba menghormati orang lain & tanamkan sikap kasih sayang sesama saudara & saling bantu membantu.

d. Menyelidiki secara waras sekiranya ada isu-isu yang berbangkit & bukanya membuat andaian sendiri.

e. Kuasa, wang & kedudukan bukanlah penentu untuk menjadi pemimpin tetapi ilmu pengetahuan.

f. Jadikan Al-Quran dan Hadith sebagai rujukan & bukanya hati & perasaan sebagai penentu.


RENUNGAN :

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI. BAHAWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA, SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI. BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA, SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERMUSUH-MUSUHAN!"


"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( Al-Qur'an, Al-Hujurat ( 49 ):6 ).

2 comments:

Anonymous said...

mengeratkan silaturrahim juga puncanya panjang dan berkatnya umur.doakan kpd allah swt semoga terbuka hati memaafkan antara satu sama lain.wallahuallam.1646

Anonymous said...

Kita berdoa & berserah kpd Allah agar membuka pintu hati mereka-mereka supaya kembali ke jalan Nya, Insya Allah..!!1679