Wednesday, May 14, 2008

PENGALAMAN MENAIKI KERETAPI KE UTARA..!!

Saya salah seorang yang suka menggunakan perkhidmatan keretapi daripada lain-lain pengangkutan untuk berurusan di KL. Walaupun masa perjalanan memakan masa hampir 12 jam dari utara ke KL, tetapi saya rasakan ianya satu perjalanan yang selesa sambil dapat menyiapkan dan memeriksa apa-apa dokumen yang perlu. Apabila tiba di stesen KL Sentral dalam jam 6.30 pagi, masih sempat menunaikan solat subuh dan tempat untuk mandi pun disediakan yang dikenakan bayaran hanya RM 5.00 sahaja.

Tetapi, pada 11hb. April, 2008 yang lalu pengalaman saya menggunakan pengangkutan keretapi ke utara iaitu Ekspress Langkawi yang dijadualkan bertolak dari KL Sentral pada jam 8.45 malam dan dijangka tiba di Arau pada jam 9 pagi keesokannya. Perjalanan yang saya lalui kali ini amat mengecewakan bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada pelancong-pelancong yang menggunakan perkhidmatan ini. Keretapi ini telah terlewat hampir 5 jam. Koc Buffe hanya menyediakan makanan ringan sahaja, seingat saya semasa saya menggunakan keretapi ini dahulu, makanan ada dijual dari koc ke koc dan ini memudahkan penumpang-penumpang membeli makanan yang ada bermacam-macam jenis makanan seperti nasi goring, mee goring, nasi lemak dll. Minuman panas juga disediakan disitu juga mengikut pesanan dan ini memudahkan penumpang tanpa meninggalkan tempat duduk. Bayangkanlah perjalanan memakan masa hampir 17 jam pada hari itu tanpa makanan dan minuman ditambah pula pendingin hawa juga tidak berfungsi, jadi bayangkanlah situasi pada masa itu, kepanasan dan kelaparan….hati pun panas..!!

Apa yang lebih memalukan saya ialah rungutan daripada pelancong-pelancong yang kecewa dengan situasi ini dengan mengucapkan ungkapan “MALAYSIA BOLEH” dengan nada yang sinis. Sebagai seorang rakyat Malaysia saya amat kecewa dengan keadaan perkhidmatan yang disediakan oleh KTMB dan sekiranya perkhidmatan ini tidak diperbetulkan ianya akan menjejaskan industri pelancongan negara. Selepas peristiwa tersebut saya terpaksa berfikir dua kali dan rasanya saya sudah serik untuk menaiki perkhidmatan keretapi ini, lebih-lebih lagi Air Asia dan Mas juga menyediakan promosi tambang murah yang jauh lebih selesa dan masa perjalanan lebih singkat.

Begitulah cerita pengalaman saya menaiki keretapi….!!

5 comments:

Anonymous said...

Fauzi, kan terbang lagi mudah. Pada aku lah dengan sekdikit mengalaman menggunakan pengangkutan awam di Poland dan Paris dan dengan pengalaman yang banyak sejak sekolah kat DP dulu, menggunakan bas mini, metro, ekspress, teksi jarak jauh dan dekat kat Bolehland tu, memang ada yang tak kena dengan sistem kite. Bermula dari peringkat perancangan sehingga pelaksana.Kat POland aku biasa travel 10jam, 7jam, 3jam dan berjam-jam tapi tak pernah berlaku keadaan macam tu - always on time, service ok. Dengan kata lain customer first. Nantilah aku crite panjang kat Blog Regular 21.

Anonymous said...

Fuad,terima kasih la..dari Poland hang dok intai kami kat sini.Tak taulah mungkin sistem,infra atau pun sikap orang2 kita yang tak customer oriented,dah bermacam-macam cadangan,komplen,& berbagai-bagai lagi diutarakan tetapi dok macam tu jugak.Macamana kita nak mencapai status negara maju tahun2020.Sama-samalah kita fikirkan.
dari mejasara.

Anonymous said...

KTM = Kenderaan Taktentu Masa

rusaimi@tv3.com.my

fauziabd said...

Ha..ha..ha.. KTM "Kenderaan Taktentu Masa"...nasib baik tak jadi Kenderaan Taktentu Hala, kalau tidak nak ke Batu 3 dia pergi ke Bt 11...??

Wednesday said...

haha.. abg ajis ni juara lawak la. waris takhta lawak mak njang ek.

[Dian]