Friday, May 16, 2008

TAHI BINTANG...!!

Pernahkah anda melihat tahi bintang (meteorite) ? Kalau semasa kecil dahulu kita selalu nampak cahaya yang terbang di udara atau dipanggil “shooting star”. Semasa saya berada di Namibia Afrika, saya berpeluang untuk melihat tahi bintang ini secara dekat dan duduk di atasnya. Tahi bintang ini dianggarkan telah jatuh kebumi lebihkurang 1500 tahun dahulu. Tahi bintang ini jenis Iron Meteorite yang terdiri daripada nickel-iron alloy metals, kamacite & taenite, dan beratnya pula 3 ½ kali ganda beratnya daripada batu dibumi. Tahi bintang ini sebesar 10 kaki x 10 kaki dan beratnya lebih daripada 100 tan. Semasa tahi bintang ini menghempap bumi, impak sekelilingnya meliputi lebihkurang 1.5 ke 2 km sekeliling. Jadi anda bayangkan semasa anda berada disitu ketika itu.... nasib baiklah dia jatuh 1500 tahun dahulu. Kawasan ini telah di gazet sebagai kawasan arkeoloji pelancongan di Namibia. Sesiapa yang nak melawat Namibia jangan lupa cari tahi bintang....tapi jangan pergi cari tahi binatang...sebab kat sana singa, zirafah, gajah dan kambing pun banyak..!!

Coretan pengalaman saya..!!

5 comments:

Anonymous said...

Sdr Fauzi, saya pernah ada pengalaman juga di Namibia terutama di windhoek dan Swakopmund, tetapi cuma 10 hari sahaja.

Swakopmund walaupun di negara Afrika tetapi suasananya macam di Belanda. Sejuk dan berangin di tepi pantai. Tetapi orang yang ada duitpun tak tentu boleh sampai ke sana.
skot 1654

fauziabd said...

Sdr Lokman, tempat yg sdr pergi tu memang cuacanya sejuk,Whindhoek ibu negaranya & Swakopmund pula dekat dgn pelabuhan Walvis Bay.Nanti kalau ada rancangan nak pegi pulak,kita pergi kat "Topless Town" kita ajak Jamaludin Tohar sekali,ramai sdr dia kat sana...he..he..!!

Anonymous said...

Srd fauzi,
Saya juga pernah menginap di sebuah bungalow kolonial di Walvis Bay. Memang menyamankan dengan ribuan burung bangau di pinggir pantainya. Lepas tu menonggang motosikal roda tiga mendaki bukit pasir di padang pasir.

Peluang itu saya dapat kerana mengikuti Datuk Seri Dr Mahathir hadir pada Dialog Antarabangsa Selatan Afrika (SAID).

Gambaran keindahan Namibia itu pernah saya siarkan dalam program Majalah Tiga.

Nanti kita sama-sama datang sana balik.
-1654

Yati said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Saya azlan bin othman , tahun 1989 pernah pergi ke sana ikuti pengaman pbb, dn saya pernah tido atas tahi bintang ni dinamibia , bentuk besi kita tengok depan mata mcm ais batu block tu nampak dlmnya , tapi nampak dalamnya tu hanya dalam 1 kaki je pas tu bawahnya makin gelap, besinya paling kuat dh saya cuba gergaji dgn gergaji besi , calar pn tak , cuaca panas tapi angin sejuk, saya duduk kat groupfontin 101 bn , rocana damm ni tempat air terjun tercantik ,oshakati dn odanggea,opoho, dn saya bercuti pergi ke whindhoek dn swakopmund dpat tengok burung pa ikan dn disana jugak dpat tengok berbagai kaum imbas dn binatang byk ,waktu saya sampai disana hujan sehari lebat dn banjir dpat tengok musim bumi hijau dn nk balik pn hujan negaranya terima hujan setahun sekali sahaja, diwhndhok ade kami tinggalkan nama tempat tu kg melayu mejedee walelapo mame eeh tate walelapo otoi yo pini