Saturday, June 21, 2008

BAHANA KENAIKAN HARGA MINYAK..!!

Kesan bahana kenaikan minyak ini amat dirasai oleh semua lapisan masyarakat samada yang bekerja dengan kerajaan, swasta mahupun yang berniaga. Kesan yang ditanggung ini akan memberikan impak kepada emosi setiap individu. Kehidupan tidak lagi selesa sepertimana sebelumnya, dirumah, dipejabat, perjalanan menggunakan kenderaan ataupun pengangkutan awam, semuanya memberikan tekanan dalam kehidupan seharian kita.

Semakin ramai pengguna akan beralih kepada penggunaan motosikal berbanding kereta, maka semakin kurang petrol diisi di stesen minyak, itupun kerana nak pergi kerja la, kalau dah berkeluarga terpaksa juga pakai kereta. Maka dijalan ramai yang akan guna motorsikal, harap-harap lepas nih moto tak kena tol la. Kemalangan motosikal pula diharap akan berkurangan sebab kereta dijalan dah kurang kalau ada pun kereta menteri & ahli-ahli korporat saja. Janganlah pula lepas ni spare part motor akan naik gila-gila pulak, maklumlah nak kemana-mana pun guna motosikal untuk apa jua tujuan, minyak hitam pun naik, tayar moto pun naik, parking moto pun naik, tapi ada eloknya sebab rempit merempit mungkin kurang sebab minyak mahal, sekali rempit dah kena isi jadi kurang la aktiviti mat rempit, jadi tukar rempit dengan basikal je, bagus untuk aktiviti riadah. Stesen minyak mungkin naik harga dalam premis kedai masing-masing, air mineral akan melonjak naik, bermotosikal pi kerja bawa air sendiri la, kan di Selangor air free, untung la orang Selangor. Motosikal pun akan mengalami kenaikan harga la pulak lepas nih (baru dan 2nd), topi keledar pun naik harga, jadi hati-hati la, topi keledar pun akan dicuri sebab harga baru mahal, jalan pun banyak lubang sebab kurang maintenance. Kesimpulannya kenaikan harga petrol yang terlalu tinggi sebenarnya tidak sihat kepada negara, dan rakyat umumnya kerana ramai yang akan naik darah tinggi & penyakit jantung kerana tekanan emosi. Nak naik bas atau keretapi kadang-kadang terhenti-henti sepatutnya sampai pukul 9 pagi, rupa-rupanya sampai esok pagi. Kalau dulu-dulu boleh pekena teh tarik & roti canai hari-hari, tetapi la ni seminggu sekali pun kena fikir dua tiga kali. Bagusnya kat hospital swasta doktor boleh goyang kaki, tetapi hospital kerajaan ambulan jalan tak henti-henti. Kata Lokman, “Rebet setahun habis dalam sehari”. Itulah bahananya bila minyak naik…!! Ramai pulak yang akan naik minyak, jadi kawal emosi kawallah hati..!! Ini semua dugaan Allah SWT.

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Nampak sangat perbezaan kat putrajaya ni sejak harga minyak naik... Dulu ERL tu pagi2 time peak nak ke pajabat, dua tiga kerat je orang yang naik... Sekarang ni bukan saja time peak nak ke pejabat, bila-bila masa pun ramai orang yang naik ERL... Kadang-kadang sampai kena tunggu 30 minit untuk next train sebab tren penuh...

Anonymous said...

Fiq Kalau macam tu, naik je motor yg tayar satu mcm dlm gambar tu....!! Baru la macho..!!