Friday, June 20, 2008

PERISTIWA BERLATIH MAIN HOKI

Masa belajar di AFATS dulu aku masih ingat lagi, bila sesi petang kita semua kena aktif bersukan. Ada yang main bola, ragbi, hoki dan yang berlari pun ada di padang, yang tak main apa-apa kena fatiq cookhouse. Jadi setiap petang kita semua kenalah ada di padang. Mulanya aku nak main bola tetapi disebabkan bola ni ramai yang nak main, jadi aku pun cubalah main ragbi pulak. Masa tu badan pun macam cikeding, sekali Fuad mamak tackle aku dengan bola-bola sekali touchdown, serik lah aku. Nak berlari ada lagi yang lari lebih laju daripada aku, terutamanya Zali Chat, jadi aku pun cuba lah main hoki pulak. Seronok pulak bila dapat main hoki ni kerana tak pakai kaki tapi pakai kayu. Jadi bila dah habis sesi latihan kami pun buatlah latihan tambahan dibelakang blok belajar flick bola.

Masa tu aku masih ingat lagi, Wak Sadiman jadi gol keeper, masing-masing ambil giliran flick bola dan tukar-tukar jadi gol keeper. Bila tiba giliran sahabat aku ni jadi gol keeper, aku pulak yang flick bola. Masa aku flick bola tu, bola terkena cermin naco dan pecah, serpihan cermin tu terkena ditelinga sahabat aku ni, apa lagi berdarah bertaburan kat situ. Nasib baik juga kena kat telinga dia, kalau kena kepala kena buat korban la pulak. Kami bawa dia ke RSAT untuk rawatan dan seingat akulah dia kena jahit telinga dia ni 7 jahitan. Semenjak hari tu aku tak berani lagi nak training hoki kat belakang blok lagi. Sehingga kehari ni sahabat aku ni tak berani nak main hoki lagi, tapi main bola dia terror..!! Sampai kehari ni bila aku ajak dia main golf dengan aku, dia tak berani. Dah banyak kali aku ajak dia, ada saja alasan. Mungkin dia takut telinga dia kena jahit kut..!! Sampailah kehari ni, bila aku pegang kayu golf mesti aku ingat kat dia. Apa pun sehingga kehari ni kami masih berhubung melalui telefon walaupun dia takut bila aku pegang kayu hoki ataupun kayu golf. Itulah peristiwa 30 tahun lalu yang masih aku ingat lagi, aku rasapun dia ingat jugak lagi peristiwa ni, sebab tu dia tak nak main golf dengan aku. Inilah dia sahabat yang aku maksudkan tu Lt Kol Zulkifli Ismail (Bung Naya) dah khatam Phd kat UUM...!!

No comments: