Seorang sahabat yang mengikuti Kursus Sains Sukan, ada memberitahu kepada saya, sekiranya kita mula makan roti canai sebiji sehari pada usia 20 tahun, berkemungkinan umur kita tidak akan sampai 55 tahun. Kenapa ? Sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan kita berjogging 5 km. Maknanya sekiranya kita berjogging sejauh 5km, lepas tu kita pekena sebiji roti canai macam kita tak berjogging la. Dah tu kadang-kadang kita pekena 2,3 biji, jadi macam langsung tak berjogging la. Selain daripada itu, terdapat macam-macam jenis minyak bila nak buat roti canai ni, nak uli tepung pakai minyak, nak canai pakai minyak, nak goring pun pakai minyak. Dah la pulak tu, tukang buat roti canai pun berminyak-minyak (peluh mamak). Bila kita exercise, kita berpeluh, penyakit pun keluar bersama peluh. Bila makan roti canai ni, kita makan dengan penyakit yang tukang buat roti canai tu sekali. Lagi satu jangan makan roti canai yang tukang buat tu pakai cincin belah kiri, faham-faham aje lah apa kegunaan tangan kiri. Sebagai alternatif kita makan capati, kalau pekena 10 keping sehari pun okay, no problem. Kita akan sihat & kuat…!!
NASI LEMAK
Nasi lemak pulak, kandungan kalestorelnya tinggi kerana menggunakan santan. Prof Ungku Aziz ada ditanya apakah rahsia beliau sihat fizikal & minda sehingga berumur 85 tahun ? Dia jawab salah satunya kurangkan makan nasi lemak atau jangan makan langsung.
KESIMPULANNYA : Kita semua dah 40an, dan ada yang dah nak sampai 50an dah. Jadi marilah kita beringat-ingat bila makan tu, janganlah kita pekena apa yang sedap je…kesianlah kat badan kita ni..!! Kepada sesiapa yang dok jual roti canai ke, mee goring ke, tea tarik ke, tukarlah menu pulak. Jual la pulak capati ke, roti arab ke, roti perancis ke, atau pun roti Poland ke?? Kepada yang suka pekena tea tarik berkole-kole tu, cubalah minum air suam pulak…!! Ataupun susu magnolia…itupun kalau ada lagi..!! Kalau nak pekena juga roti canai & tea tarik, lepas pekena cuba balik jalan kaki pulak..boleh berjimat-cermat sambil exercise, sebab minyak keta pun dah mahal. "Selamat Mencuba...!!"
1 comment:
Maima makan apapun kalau bersederhana x pa. Yang masalahnya pantang jumpa dan pantang tengok pasti ngap sayop. Yang herannya orang makan eksotik food x pula mampus,. Tapi orang pekena RC dan NL ramai yng saluran paip dan injap tersumbat.Sekarang umur x payah tunggu 40 tahun yang jubli Mas ramai yang kena high LDL dan angin akhar n stroke. Nak exercise la ni pun x larat semput dan penyakit M. Anyway baguih nasihat u kalu nak makan roti canai juga kenalah double up jogging sampai 10K dan tambah lagi 10 K kalau makan nasi lemak.
Post a Comment