Saturday, June 14, 2008

KOMPLEKS PADANG BESAR, PERLIS

Pada minggu lepas saya telah berkunjung ke Padang Besar, Perlis untuk membawa anak saya yang datang bersama kawannya dari KL. Memandangkan ini adalah pertama kali kawannya berkunjung ke Perlis, saya membawanya untuk melihat sebuah pekan kecil yang terletak disempadan antara Malaysia dan Thailand. Pekan ini adalah sebuah pekan yang terkenal dikalangan pelancong-pelancong tempatan untuk membeli belah. Terdapat berbagai-bagai barangan yang dijual disini termasuk pakaian, pinggan-mangkuk, periok-belanga, beg tangan & beg pakaian, perhiasan rumah, mainan kanak-kanak, aksesori wanita, makanan, sehinggakan peralatan perkahwinan seperti bunga-bungaan, peralatan hantaran, kad jemputan dan berbagai-bagai macam benda boleh didapati disini. Harganya pula berpatutan dan kebanyakannya adalah barangan daripada Thailand. Kalau sesiapa yang ingin membeli barangan berjenama dengan harga murah silalah berkunjung kesini, jam tangan rolex, beg tangan bonia, jeans guess dan bermacam-macam lagi. Tempat ini adalah tempat yang menjadi tumpuan terutama surirumah yang suka membeli-belah terutamanya bila musim cuti sekolah dan cuti hujung minggu. Kalau nak keluar negara kenalah bawa passport kerana bersebelahan kompleks ini pekan padang besar disebelah Thailand. Biasanya kaum bapak passport mereka sampai kat sini je...tak boleh keluar negara...!!

No comments: