Bandar Temerloh ini juga dikenali sebagai Bandar Ikan Patin. Nama Temerloh juga adalah sama nama dengan nama daerahnya. Ia terletak lebih kurang 130km dari Kuala Lumpur. Ianya terletak diantara petemuan Sungai Pahang dan Sungai Semantan. Ianya juga terletak ditengah-tengah laluan Kuantan – Kuala Lumpur. Temerloh juga adalah Bandar kedua terbesar di Negeri Pahang Darul Makmur ini. Disini terkenal dengan Ikan patin atau lebih dikenali Patin Sangkar atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi. Terdapat berbagai jenis patin seperti Patin Muncung, Patin Buah, Patin Lawang, Patin Mas (kacukan patin buah & muncung), Patin Juara dan sebagainya. Ikan patin ini juga boleh didapati di pekan sehari yang terletaknya di Jalan Sultan Ahmad Shah hinggalah ke Jalan Semantan di Lurah Semantan yang jaraknya lebihkurang 1 km dan yang unik sekali ianya terletak di sepanjang Sungai Pahang, sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia. Urusniaga pekan sehari ini adalah seawal jam 6 pagi dan berakhir 2 petang. Pekan sehari ini juga telah berusia hampir 40 tahun.
Bandar Temerloh ini menjadi nostalgia kepada saya kerana disinilah bermulanya karier saya dalam tentera. Selepas ditauliahkan sebagai Lt Muda dalam Kor Jurutera, saya ditempatkan di Kem Bt 3, Temerloh pada tahun 1982. Sebagai pegawai muda bermacam-macam kenangan pahit manis semasa berada di sini. Rakan-rakan saya seperti Zulkifli Abdullah, Azahari Sidek, Kamaruzaman, Yunus, Ismail Hassan, Nazanuddin, Roslan dan lain-lain lagi yang masih saya ingat. Ada diantaranya masih dalam perkhidmatan dan ada juga yang telah pun menamatkan perkhidmatan mereka.
Jadi kalau sesiapa yang dalam perjalanan ke Kuantan atau ke pantai timur singgahlah di Temerloh, Bandar ikan patin.

1 comment:
Di kem Batu 3, 9 Skn Jurutera, berjabat tangan dengan 2ic 9 Skn, Kapt Kok Kuan Son, Saya ex 9 Skn Jurutera
Post a Comment