Thursday, June 12, 2008

KISAH ANAK-ANAK

Pada cuti persekolahan yang lalu saya telah dapat meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak saya kerana telah agak lama kami tidak meluangkan masa bersama. Selalunya kalau saya ada urusan di KL, saya akan mengambil kesempatan untuk melawat Ayesha di Putrajaya sambil jalan-jalan di Alamanda, tetapi Afiq telah agak lama tidak bertemu. Ayesha Shahira satu-satunya anak perempuan saya yang belajar di Putrajaya dalam Tingkatan 2 dan beliau sering cemerlang dalam pelajaranya. Walaupun Ayesha di Putrajaya saya sering berhubung dan bertanya khabar melalui handphone yang saya belikan untuknya bagi memudahkan saya berhubung dan bertanya khabar. Manakala Mohd Afiq sedang mengikuti kursus tahun pertama di Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras dan mengambil pengajian dalam bidang ‘Ijazah Pendidikan(Major dlm Muzik) selama 5 tahun. Oleh kerana minatnya dalam muzik dan juga bagi menjamin masa depan beliau, kursus ini adalah yang terbaik bagi beliau kerana setelah tamat pengajian nanti beliau akan menjadi seorang guru muzik di sekolah. Sebagai seorang bapa kita sentiasa berdoa dan cuba untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak agar mereka akan menjadi orang yang berjaya dalam bidang yang diceburi walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Yang paling utama sentiasa menghormati ibubapa dan sentiasa memohon kepada Allah SWT dalam apa jua yang kita lakukan. Insya Allah hidup kita akan sentiasa di rahmati Nya. (For both of you, baba always love you all..!!) Sempena Hari Bapa Tahun 2008, “Selamat Hari Bapa” kepada bapak-bapak semua…!!

No comments: