Sudan sebuah negara yang merdeka pada 1 Jan, 1956 dibawah perjanjian kerajaan Mesir dan British. Sebuah negara terbesar di benua Afrika. Wilayah Darfur itu sahaja lebih luas daripada negara Perancis. Apabila kita melihat peta negara itu barulah kita akan terasa betapa luasnya Sudan yang berukuran 2.5 juta kilometer persegi, dan berjiran dengan lapan buah negara iaitu Republik Afrika Tengah, Chad, Republik Demokratik Congo, Mesir, Eritrea, Ethiopia, Kenya dan Uganda.
Jarak di antara Nimule, bandar yang paling Selatan dan Wadi Halfa, bandar yang paling utara negara itu melebihi dua ribu kilometer. Perjalanan darat antara Khartoum dan El-Obaeid akan mengambil masa hampir sepuluh jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda manakala yang paling jauh ialah dari Khartoum dan Port Sudan sejauh lebih seribu kilometer. Sebahagian besar penduduknya yang berjumlah lebih 39 juta orang mengikut anggaran UN pada tahun 2007. Sejumlah besar tinggal di bandar-bendar besar seperti Khartoum, Port Sudan, El-Obaied, Sawakin, Juba and Malakal. Bahagian utara negara itu beriklim panas padang pasir manakala bahagian selatan beriklim tropika.
Dua wilayah yang paling bergolak di Sudan ialah Selatan Sudan dan Darfur. Pemberontakan oleh penduduk Selatan Sudan bermula tahun 1963 dan berakhir hanya pada tahun 2004 apabila pihak kerajaan Sudan menandatangani perjanjian dengan pihak pemberontak Selatan Sudan dengan mempersetujui berkongsi hasil petroleum bagi membangunkan Selatan Sudan.
Pemberontakan oleh penduduk Wilayah Darfur pula bermula pada tahun 2003 dan sehingga sekarang keamanan di Darfur masih menjadi tanda-tanya. Penubuhan Sudan Liberation Army (SLA) pada Feb, 2003 sebuah kumpulan bersenjata ditubuhkan untuk menentang kerajaan disebabkan ketidakpuashatian mereka terhadap kerajaan kerana kurangnya perlindungan dan pembangunan di wilayah itu. Kumpulan bersenjata ini disokong kuat oleh golongan petani yang tidak berpuashati terhadap kerajan dan mereka telah bergabung dengan JEM (Justice & Equality Movement). Berlaku pertempuran bersenjata di Darfur antara tentera kerajaan dan juga kumpulan militia pro kerajaan Janjawid (Guns on Horseback). Berlaku pertempuran dan serangan dipenempatan penduduk menyebabkan rakyat di Darfur menjadi pelarian, sehinggakan ada yang menyeberangi sempadan ke Negara Chad.
Tragedi Selatan Sudan dan Darfur menjadi satu penghalang besar kepada pembangunan Sudan, dan perkara ini seolah-olah diambil kesempatan oleh kuasa-kuasa barat khasnya Amerika bagi campur-tangan di dalam hal negara Sudan. Amerika pernah mengebom kilang ubat di Khartoum pada tahun 1998 kerana Khartoum menjadi tempat tinggal Osama bin Laden ketika itu.
Sebaik sahaja tamat peperangan di Selatan Sudan timbul pula kekacauan di Wilayah Darfur, sebelah barat negara itu. Beberapa orang tempatan (warga Sudan) yang tinggal di Khartoum dan El-Obaied sama ada yang beragama Islam atau Kristian menyalahkan Amerika dan barat yang sengaja mencari kesempatan mencampuri hal-ehwal Sudan.
Beberapa pengkaji politik Mesir pernah mengingatkan pemimpin-pemimpin Mesir supaya tidak menyokong Amerika sehingga Amerika menguasai Sudan, kerana kata mereka: “Jika Amerika menguasai Sudan maka secara tidak langsung Mesir juga akan sentiasa terpaksa meminta belas ehsan Amerika, kerana sebahagian besar sumber air Mesir adalah dari Sungai Nil dan Sungai Nil ini mengalir melalui Sudan dahulu baru sampai ke Mesir. Maka jika Sudan dikuasai Amerika maka sumber air Mesir juga di bawah penguasaan Amerika.
Khemah Pelarian Krisis Darfur
Rakyat Sudan yang beragama Islam begitu tinggi semangat keislaman mereka, manakala yang beragama Kristian pula amat nasionalistik semangat mereka. Dipercayai, negara-negara barat dan Amerika tidak mudah untuk menguasai Sudan dan sekiranya tentera barat dan Amerika cuba juga untuk menguasai Sudan, maka mereka akan menerima nasib yang lebih buruk daripada yang dilalui mereka di Afghanistan dan Iraq. (Petikan dari Travelog Sudan)
Rakyat Sudan yang beragama Islam begitu tinggi semangat keislaman mereka, manakala yang beragama Kristian pula amat nasionalistik semangat mereka. Dipercayai, negara-negara barat dan Amerika tidak mudah untuk menguasai Sudan dan sekiranya tentera barat dan Amerika cuba juga untuk menguasai Sudan, maka mereka akan menerima nasib yang lebih buruk daripada yang dilalui mereka di Afghanistan dan Iraq. (Petikan dari Travelog Sudan)
Punca daripada konflik ini adalah kerana manusia sudah hilang perasaan hormat menghormati dan kasih sayang sesama manusia. Mereka yang kuat akan terus menguasai manakala yang lemah akan tertindas dan dianiaya. Masyarakat dunia sekali lagi dipaksa dan terpaksa melihat sekelompok manusia menjadi mangsa kepada sekelompok manusia yang lain. Konflik ini menambah lagi episod hitam dalam sejarah kehidupan moden umat manusia. Implikasi yang terhasil daripada tragedi ini cukup parah kerana ia bukan sekadar mencetus masalah persengketaan yang berpanjangan tetapi juga dari segi ekonomi, sosial, kesihatan, psikologi dan banyak lagi.
“Punca segala masalah samada masalah ekonomi, politik atau social adalah hati manusia”
No comments:
Post a Comment