Friday, July 4, 2008

LUDERITZ & GHOST TOWN

Sebuah bandar pelabuhan yang di bina oleh Heirich Vogelsang pada tahun 1883 terletak di Selatan Namibia. Namanya diambil sempena nama Adolf Luderitz seorang pedagang German yang kaya. Beliau telah menjalankan aktiviti perdagangan dan juga aktiviti penangkapan ikan dan pertanian disini. Pada tahun 1909, berlian (diamond) telah dijumpai dikawasan ini. Ianya telah menjadikan kawasan perlombongan berlian yang menyebabkan ianya berkembang pesat. Bangunannya juga bercirikan 'colonial architecture', kerana ramai yang datang kesini adalah daripada eropah. Ditepi laut terdapat banyak kehidupan laut seperti anjing laut, penguin, flamingo dan juga ostriches dikawasan pertanian. Kini bandar ini hanya dikenali untuk tujuan pelancungan dan aktiviti nelayan sahaja kerana pelabuhannya tidak sesuai untuk kapal-kapal besar kerana kawasan ini cetek dan berbatu-batan. Keadaan cuacanya yang sejuk, hotel yang berkonsepkan colonial, kawasan landscape yang cantik, menjadikan kawasan ini sebagai tarikan pelancung. Perjalanan menuju ke Luderitz, ada sebuah kawasan bekas perlombongan berlian, Kolmanskop yang dikenali sebagai "Ghost Town" kerana kawasan ini tiada lagi penduduk yang tinggal disini. Kawasan ini sering mengalami ribut pasir yang datang dari kawasan gurun Namib dan menyebabkan kawasan ini tidak berpenghuni dan dipanggil "Ghost Town".

Pemandangan Bandar Pelabuhan Luderitz


Pemandangan Tepi Pantai Lautan Atlantik


Jalan ke Luderitz melalui Gurun Namib


Pemandangan "Ghost Town" di tengah-tengah Gurun


Catatan Memori Kembara 1989-90 Namibia, Afrika.

2 comments:

mn said...

A.kum Tuan,

1. Tuan bsns apa sekarang ni?

2. Boleh ka tumpang-tumpang..

3. Kalau boleh tumpang sudilah beri tahu?

http://suarasukj.blogspot.com

Anonymous said...

Waalaikumsalam, terima kasih kerana singgah disini. Biz macam biasa, saya sering jugak ke AS. Sekiranya ada kesempatan nanti kita bertemu, Insya Allah.Mejasara