Wednesday, July 2, 2008

KOTA BELUD, SABAH

Kota Belud adalah sebuah bandar yang terletak di Pantai Barat Utara Negeri Sabah, lebihkurang 2 jam perjalanan menggunakan jalanraya daripada Kota Kinabalu. Penduduknya terdiri daripada Kadazan-Dusun, Bajau, Irranum, Ubian, Cina dan lain-lain yang berjumlah lebihkurang 72 ribu orang. Aktiviti penduduk disini ialah bertani, nelayan, penternak dan ada yang berniaga. Asal nama KOTA Belud dipercayai berasal dari nama, KOTA bermakna KUBU PERTAHANAN, dan BELUD bermakna BUKIT. Oleh itu, Kota Belud diertikan sebagai KUBU PERTAHANAN DI ATAS BUKIT.

Menurut cerita, bahawa pada zaman silam, sebelum adanya badan pemerintah, sering berlaku permusuhan antara kaum dan antara kampung. Demi memperkukuhkan pertahanan masing-masing, mereka terpaksa mencari tempat untuk bertahan daripada serangan musuh. Justeru itu, kaum Bajau telah memilih sebuah bukit sebagai kota (kubu) mereka, dan bukit itu, dikenali sebagai Kota Belud. Setelah tibanya zaman pemerintah dan berlaku pembahagian daerah di Negeri Sabah, maka daerah ini dikenali dengan rasminya sebagai daerah Kota Belud. Sejak itu, bukit tersebut yang juga dikenali sebagai Bukit Perintah, telah dibangunkan sebagai Pusat Pentadbiran daerah dan sehingga kini menempatkan beberapa bangunan kerajaan lain, termasuklah bangunan rumah bekas Pegawai Daerah, yang kini telah dijadikan sebahagian dalam kawasan Rekreasi Taman Tun Said.

Kota Belud juga terkenal dengan tamu. Tamu adalah pekan sehari yang diadakan pada hari minggu bagi penduduk tempatan menjual dan membeli barangan hasil pertanian dan kraftangan penduduk tempatan. Berbagai-bagai barangan boleh didapati disini dan juga merupakan tempat pertemuan untuk aktiviti sosial bagi penduduk tempatan.



Bagi pegawai-pegawai tentera, daerah ini menjadi nostalgia kerana setiap yang telah menghadiri kursus disini, akan meninggalkan kesan mendalam dalam karier ketenteraan masing-masing. Kerana disinilah bermulanya latihan sebagai seorang tentera terlatih yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal.




Daerah ini juga menjadi diari kenangan dalam karier ketenteraan saya kerana pada tahun 1982, saya juga telah mengharungi latihan disini bersama rakan seperjuangan yang lain selama 5 bulan.



Kalau ke Sabah,....jangan lupa ke Kota Belud ba..!!

1 comment:

MD ANUAR ABDULLAH said...

kalu mahu kekota belud sudi singgah di rumah saya bah makin bagus di kem peradais bekarang ini jalan ketampat latihan pergi leseo pedi sudah naik tarap aspallll ba